Senarai Ahli Parlimen Malaysia Dan Jumlah Aset Mereka – Tempat Pertama Ada RM75.8 Juta

Salah satu inisiatif kerajaan bagi memerangi gejala rasuah adalah dengan meminta ahli-ahli parlimen dan menteri-menteri di dalam kabinet mengisytiharkan harta mereka. Ini bagi membolehkan kita sebagai rakyat Malaysia, menilai tahap kekayaan mereka.

Ada yang mengisytiharkan harta mereka secara individu, ada yang isytihar bersama dengan pasangan suami atau isteri masing-masing, dan tidak kurang juga yang mengisytiharkan harta mereka sekeluarga dengan anak-anak.

Tempat Pertama Ada Aset Bernilai RM75.8 Juta

Nak tahu kekayaan mereka tahap mana? Jom kita tengok aset yang telah mereka isytiharkan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

(Boleh sort jadual di bawah mengikut tajuk)

Menurut jadual ini, YB Tuan Hassan Bin Abdul Karim, Ahli Parlimen Pasir Gudang (PKR) memiliki aset paling rendah iaitu bernilai RM29,000 sahaja.

Sumber: Portal Perisytiharan Harta

Setakat ini, 115 orang atau 89.8% ahli Parlimen telah mengisytiharkan harta, manakala lagi 13 orang atau 10.2% yang belum mengisytiharkan harta mereka kepada pihak SPRM.

Bagi anggota pentadbiran pula, seramai 62 orang atau 71.3% telah mengisytiharkan harta mereka, manakala ada lagi seramai 25 orang atau 28.7% yang masih belum mengisytiharkan harta.

*Senarai ini dikemaskini setakat Jumaat, 23 November 2018

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Prestasi KWAP Perlu Dinilai Secara Adil, Catat RM12.9 Bilion Untung Bersih – PM Anwar

KUALA LUMPUR, 20 Julai (Bernama) — Prestasi Kumpulan Wang Persaraan (Diperbadankan) (KWAP) perlu dinilai secara adil memandangkan dana persaraan itu berjaya mencatatkan keuntungan bersih RM12.9 bilion, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Anwar, yang juga Menteri Kewangan berkata ia tidak mungkin dicapai tanpa kepakaran, komitmen dan dedikasi panel pelaburan, pengurusan serta kepimpinan KWAP.

Mengenai pelaburan dalam eFishery, Perdana Menteri berkata bukan sahaja KWAP, malah syarikat pelaburan terkemuka Singapura seperti Temasek, bank Jepun SoftBank, Sequoia Capital, Aqua-Spark, 42XFund yang berpangkalan di Abu Dhabi and NorthStar dari Indonesia, turut melabur dalam syarikat pemula teknologi akuakultur itu.

“Jadi saya mohon rakan-rakan Yang Berhormat melihat keseluruhannya kerana keuntungan dan pertumbuhan yang disebut pertumbuhan kompaun tahunan itu melebihi 8.5 peratus,” kata beliau pada sesi soal jawab di Dewan Negara hari ini.

Perdana Menteri menjawab soalan Senator Mohd Hasbie Muda berhubung strategi bagi memastikan tabung persaraan negara iaitu Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan KWAP mampu memberikan dividen terbaik walaupun berdepan ketidaktentuan geopolitik global.

Sementara itu, beliau turut menjelaskan bahawa KWAP tidak hanya melabur dalam syarikat asing, sebaliknya turut mempunyai pelaburan yang besar dalam syarikat pemula tempatan.

Anwar berkata selain pelaburan sedia ada, KWAP turut terbabit dalam inisiatif GEAR-UP yang diterajui Kementerian Kewangan (MOF) bersama KWAN, melibatkan dana berjumlah RM30 bilion.

Menjawab soalan tambahan Mohd Hasbie mengenai unjuran KWAP membiayai sepenuhnya tanggungan pencen melalui pulangan pelaburannya tanpa bergantung kepada dana kerajaan, Anwar berkata setakat ini keuntungan yang dicatatkan, meskipun mencecah puluhan bilion ringgit, masih belum mampu menampung kos pencen bagi jangka panjang.

“Sebab itu kita juga terpaksa berdepan dengan kontroversi mengenai tuntutan sebahagian pihak supaya dana dikeluarkan dengan lebih mudah,” kata beliau.

Menjawab soalan tambahan Senator Datuk Abdul Hasim Suleiman mengenai keanggotaan jawatankuasa pelaburan KWAP dan sama ada majoritinya terdiri daripada golongan profesional, Anwar berkata panel pelaburan itu dianggotai sepenuhnya oleh golongan profesional manakala lembaganya turut diwakili wakil kementerian dan pekerja.

“Bagaimanapun, saya setuju dengan Yang Berhormat, kerugian itu (atas pelaburan dalam eFishery) harus memberikan kita peringatan, tidak semestinya kelulusan diberikan oleh panel pelaburan besar dunia, macam kita lihat tadi dari Eropah, Jepun, (misalnya) itu harus mempengaruhi kita.

“Tentunya ia memberi sedikit pertimbangan kerana untuk Softbank, misalnya melabur atau Emiriah Arab Bersatu atau Eropah, tentunya bagi pertimbangan besar tapi kalau kita lihat, cerakin proses, ia satu kejadian luar biasa,” kata Anwar.

— BERNAMA