Stripe, Syarikat Pembayaran Dalam Talian Yang Bernilai Hampir USD100 Bilion Walaupun Belum IPO

Pasaran e-commerce berkembang dengan sangat pesat ketika krisis pandemik Covid-19 melanda yang telah banyak mengubah norma kehidupan manusia ketika ini.

Perniagaan online banyak mendapat manfaat tetapi yang lebih kritikal adalah sistem pembayaran online yang perlu kekal berdaya saing.

Salah sebuah syarikat terkenal di dunia yang menawarkan perkhidmatan pembayaran secara online dan yang paling popular sekali adalah PayPal. Syarikat ini yang merupakan syarikat pertama yang menyediakan perkidmatan tersebut.

Perkhidmatan yang disediakan oleh PayPal memudahkan mana-mana pihak membuat pembayaran secara online di seluruh dunia.

Kini, banyak syarikat yang menyediakan perkhidmatan yang hampir serupa dengan PayPal. Di antara syarikat yang menyediakan perkhidmatan pembayaran secara online adalah Stripe, yang merupakan syarikat yang semakin popular dan sedang meningkat naik di pasaran Amerika Syarikat.

Malahan banyak syarikat e-commerce yang terkemuka dunia kini menggunakan Stripe berbanding dengan pesaing yang lain.

Asal-Usul Penubuhan Stripe

Kredit Gambar: FT

Stripe diasaskan oleh dua orang adik-beradik yang berasal dari Ireland. Mereka adalah Patrick Collison dan John Collison.

Mereka berdua berasal dari keluarga terpelajar dengan ibunya merupakan ahli biologi dan bapanya seorang jurutera.

Ketika masih remaja, kedua adik-beradik ini sering menghabiskan masa membangunkan laman web mereka sendiri. Daripada situ mereka telah belajar computer programming.

Mereka kemudiannya berpindah ke Amerika Syarikat dan salah seorang daripada mereka memasuki Universiti Harvard dan MIT. Mereka kemudiannya keluar dari universiti tersebut kerana tidak sesuai dengan matlamat asal mereka untuk membangunkan laman web online.

Kredit Gambar: Wired

Pada ketika itu menurut mereka, pembayaran secara online agak susah dan tidak efisien seperti sepatutnya. Mereka kemudiannya mencari jalan penyelesaian untuk membuat pembayaran secara online menjadi lebih mudah, maka tertubuhlah Stripe.

Sebelum wujudnya Stripe, mereka telah membangunkan syarikat yang diberi nama Auctomatic yang telah dijual pada harga USD5 juta pada tahun 2008.

Mereka mendapat dana untuk membangunkan Stripe daripada Y Combinator yang merupakan badan yang bertanggungjawab dalam memberikan dana pelaburan kepada syarikat start-up yang baru.

Pesaing Utama Stripe

Pesaing utama Stripe sangat banyak dan yang paling popular adalah PayPal. Ia merupakan syarikat yang menjadi perintis kepada syarikat pembayaran secara online.

Walaupun begitu, Stripe sedang bersaing sengit dengan PayPal walaupun syarikat itu sangat baru dalam pasaran berbanding dengan PayPal.

Kredit Gambar : Press Idium

Walaupun kedua-dua syarikat ini menyediakan perkhidmatan pembayaran dalam talian, terdapat perbezaan ketara yang wujud dalam perkhidmatan yang ditawarkan.

PayPal menyediakan servis untuk pengguna yang terdiri daripada orang awam (penjual) yang tidak mempunyai asas computer programming. Kebanyakan pengguna PayPal adalah orang ramai yang hanya menggunakan perkhidmatan yang disediakan oleh PayPal.

Berbeza pula dengan Stripe. Teknologi yang dibangunkan oleh Stripe adalah untuk syarikat-syarikat besar dan untuk mereka yang tahu tentang asas computer programming atau lebih mesra kepada developer.

Disebabkan itu, kebanyakan syarikat gergasi dunia menggunakannya dalam urusan pembayaran mereka kerana mereka telah mempunyai pasukan khusus untuk membantu membuat programing mengikut citarasa masing-masing.

Mereka boleh mengubah mana-mana bahagian yang perlu bagi menyesuaikan teknologi Stripe dengan keperluan mereka.

Syarikat Besar Yang Menggunakan Stripe

Kredit Gambar: CB Insights

Antara syarikat yang terkenal yang menjadi pelanggan kepada Stripe adalah Amazon yang merupakan syarikat e-commerce terbesar di Amerika Syarikat.

Walaupun Amazon mempunyai teknologi mereka sendiri di dalam pembayaran e-commerce, mereka tetap menggunakan Stripe kerana  kelebihan yang ada pada Stripe.

Selain itu juga, Zoom dan Shopify juga adalah pelanggan tetap kepada Stripe.

Kini, Stripe telah dinilai setinggi USD95 bilion dolar. Buat masa ini, Stripe tidak bercadang untuk mengapungkan saham syarikatnya kepada orang ramai tetapi terdapat desas-desus yang bertiup kencang kemungkinan ia akan diapungkan pada tahun ini.

Sama-sama kita nantikan.

Sumber Rujukan: Tech Crunch

First Step Melabur Di Wall Street

Dah lama pendam niat nak melabur saham di Wall Street?
Nak ada pegangan saham syarikat yang terkemuka di dunia seperti Facebook, Google, Tesla dan banyak lagi?
Nak merasa buat duit ekstra dalam USD?

Kami tahu kebanyakan buku-buku yang dijual di pasaran adalah dalam Bahasa Inggeris dan susah nak difahami…

Jangan risau…

Demi followers yang disayangi, kami hasilkan e-book yang mudah difahami.

Tak kira anda pelabur baru atau lama, e-book ini memang sesuai untuk anda.

Dalam e-book ini, anda akan belajar:
• 3 indeks yang ada di Wall Street
• Cara pilih saham-saham yang berkualiti
• Cara pilih saham mengikut kriteria
• Teknik yang berkesan untuk beli saham Wall Street
• Cara menentukan saham patuh syariah atau tidak
• Kenali broker-broker yang ada untuk jual beli saham Wall Street
• Dua screener percuma

Dapatkannya sekarang di -> eBook Dari Malaysia Ke Wall Street

Previous ArticleNext Article

Banyak Keistimewaan Jadi Miskin di Malaysia?

Jangan salah faham. Menjadi miskin bukanlah satu keistimewaan. Tetapi di Malaysia, golongan berpendapatan rendah dan keluarga yang benar-benar memerlukan memang mempunyai akses kepada pelbagai bentuk bantuan kerajaan.

Antaranya:

1. STR – Sumbangan Tunai Rahmah
Bantuan tunai kepada golongan yang memenuhi syarat pendapatan dan kategori ditetapkan.

2. SARA – Sumbangan Asas Rahmah
Bantuan untuk membeli barangan keperluan asas menggunakan MyKad.

Penerima STR 2026 yang telah disahkan daripada data Miskin Tegar dan Miskin eKasih layak SARA 2026 berjumlah RM200 / RM150 / RM100 setiap bulan bagi tempoh 12 bulan (Januari 2026 – Disember 2026).

3. Bantuan perumahan
Ada skim seperti Program Perumahan Rakyat (PPR) dan Rumah Mesra Rakyat (RMR), selain skim sewaan atau subsidi tertentu untuk keluarga berpendapatan rendah.

Keluarga berpendapatan kasar isi rumah sehingga RM3,000, belum memiliki rumah dan memenuhi syarat boleh memohon PPR.

4. Rumah Mesra Rakyat (RMR)

Ini berbeza dengan PPR.

Contoh:
Keluarga berpendapatan rendah mempunyai tanah sendiri tetapi belum mempunyai rumah yang sesuai boleh melihat kelayakan RMR.

Antara syarat yang dinyatakan SPNB ialah pendapatan isi rumah tidak melebihi RM3,000 dan pemohon/pasangan tidak mempunyai rumah sendiri atau mempunyai rumah yang usang/tidak sempurna. Tanah yang sesuai juga diperlukan.

Cara mohon:
Permohonan dibuat melalui SPNB dan dokumen berkaitan tanah, pendapatan serta maklumat keluarga perlu disediakan.

5. Bantuan JKM
Ini antara yang ramai tak tahu sebab bantuan JKM bukan satu jenis sahaja.

Contohnya terdapat bantuan berkaitan kanak-kanak, warga emas, OKU, penjagaan dan keadaan keluarga tertentu.

Cara mohon:
Permohonan boleh dibuat melalui sistem eBantuan JKM bagi negeri yang menyokong permohonan dalam talian, kemudian pemohon perlu hadir ke Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah bersama dokumen sokongan.

Terdapat pelbagai skim mengikut keadaan penerima, termasuk bantuan kanak-kanak, warga emas dan bantuan am.

6. Bantuan Kesihatan – mySalam

Skim Perlindungan B40 merupakan Skim Perlindungan Takaful PERCUMA yang disediakan oleh kerajaan kepada komuniti B40 di Malaysia. Skim ini bernaung di bawah kelolaan Kementerian Kewangan Malaysia (MOF) melalui Tabung Amanah mySalam dan diuruskan sepenuhnya oleh Syarikat Great Eastern Takaful Berhad.

Bagi penerima yang layak pada 2026, mySalam menyediakan manfaat seperti hospitalisasi sehingga RM700 setahun dan RM8,000 untuk penyakit kritikal yang dilindungi, tertakluk kepada syarat skim.

Cara mohon:
Semak kelayakan di Portal mySalam. Jika layak dan berlaku kejadian yang dilindungi, tuntutan dibuat secara dalam talian dengan memuat naik dokumen seperti nota discaj atau borang doktor.

7. Bantuan pendidikan
Bantuan yuran, tuisyen, biasiswa dan pelbagai bentuk sokongan pendidikan disediakan secara bersasar untuk keluarga yang memerlukan.

  • BAP (Bantuan Awal Persekolahan) → bantuan tunai RM150 seorang murid untuk murid yang layak.
  • RMT (Rancangan Makanan Tambahan) → murid yang layak mendapat makanan pada setiap hari persekolahan; KPM menetapkan sehingga 190 hari setahun.
  • KWAPM (Kumpulan Wang Amanah Pelajar Miskin) → bantuan khusus untuk membantu murid miskin supaya tidak tercicir daripada persekolahan.
  • BKP (Biasiswa Kecil Persekutuan) → antara bantuan kewangan pendidikan yang disenaraikan KPM untuk murid yang memenuhi syarat.
  • Elaun Murid Berkeperluan Pendidikan Khas (EMBPK) → bantuan khusus untuk murid yang memenuhi syarat berkaitan pendidikan khas.

8. Bantuan zakat
Bagi orang Islam yang layak, boleh memohon bantuan daripada institusi zakat negeri masing-masing.

Contohnya bantuan boleh melibatkan:

  • sara hidup
  • pendidikan
  • perubatan
  • sewa/rumah
  • bantuan kecemasan
  • modal perniagaan

Cara mohon:
Bergantung kepada negeri. Contohnya di Selangor, permohonan dibuat melalui saluran rasmi institusi zakat negeri dan biasanya memerlukan dokumen pendapatan, tanggungan, tempat tinggal dan dokumen sokongan berkaitan.

9. Bantuan pekerjaan & latihan
Kerajaan juga menyediakan program pekerjaan dan latihan kemahiran untuk membantu golongan berpendapatan rendah meningkatkan pendapatan.

MYFutureJobs
Portal pekerjaan nasional yang dikendalikan PERKESO. Boleh cari kekosongan kerja, daftar sebagai pencari kerja dan dapatkan khidmat padanan pekerjaan.

TVET
Kalau nak belajar kemahiran seperti automotif, elektrik, kimpalan, penyelenggaraan, teknologi dan sebagainya, boleh semak institusi TVET kerajaan dan permohonan melalui UP_TVET.

HRD Corp
Terdapat pelbagai program peningkatan kemahiran dan latihan pekerjaan, bergantung kepada program serta kelayakan peserta.

Program penempatan pekerjaan PERKESO
PERKESO juga menjalankan program padanan pekerjaan, karnival kerjaya dan penempatan pencari kerja dengan majikan.

10. Bantuan membaiki atau membina rumah
Program bantuan perumahan turut merangkumi pembinaan baharu dan baik pulih rumah, khususnya bagi isi rumah miskin tegar.

Contoh 1 : Program Baik Pulih Rumah Daif di Bandar

KPKT ada Program Baik Pulih Rumah Daif di Bandar untuk isi rumah yang memenuhi syarat kemiskinan, termasuk yang disahkan dalam eKasih.

Contohnya rumah mengalami:

  • bumbung rosak
  • kerosakan akibat banjir/ribut/kebakaran
  • kerosakan kecil kerana faktor usia
  • keadaan rumah yang tidak lagi selesa tetapi masih ekonomik untuk dibaiki

Kadar bantuan maksimum yang dinyatakan KPKT ialah RM13,000 di Semenanjung dan RM15,000 di Sabah, Sarawak dan Labuan.

11. Bantuan / inisiatif sewa rumah mengikut negeri

  • Selangor → Skim Smart Sewa – sewa pada kadar berpatutan + 30% bayaran sewa boleh dikumpulkan untuk membantu pemilikan rumah.
  • Johor → Bantuan Sewa Rumah Perumahan Kasih Johor – bantuan RM2,500 kepada penerima yang layak. Antara penambahbaikan yang diperluaskan bagi Bantuan Sewa Rumah ialah syarat kelayakan dengan membuka peluang kepada pelajar IPTA/IPTS di Negeri Johor untuk memohon.
  • Sarawak → Skim Bantuan Sewa Rumah (SRAS) – bantuan sewa untuk isi rumah yang memenuhi syarat.
  • Perak → Skim Bantuan Sewa Rumah MAIPk – bantuan sewa sehingga RM500 sebulan untuk asnaf yang layak.

12. Nak berniaga tetapi perlukan bantuan

Contohnya di Selangor:

  • Dana Usahawan Madani Selangor menyediakan bantuan dalam bentuk mesin dan peralatan perniagaan sehingga RM30,000, tertakluk kepada syarat kelayakan. Ini geran bukan pinjaman. Tetapi setiap program ada syarat, kategori penerima dan tempoh permohonan tersendiri.
  • Program Bantuan Blueprint Pembasmian Kemiskinan Negeri Selangor menyediakan bantuan berbentuk mesin dan peralatan kepada usahawan kecil bernilai sehingga RM10,000. Program ini merupakan salah satu usaha Kerajaan Negeri Selangor untuk meningkatkan taraf ekonomi peniaga kecil melalui pemberian bantuan peralatan atau mesin berdasarkan perniagaan yang sedang dijalankan.

Jadi, betul ke “banyak keistimewaan jadi miskin”?

Banyak bantuan disediakan untuk mereka yang berada dalam keadaan miskin atau berpendapatan rendah. Dan bantuan ini bukan bermaksud hidup mereka lebih mudah.

Sebab di sebalik setiap bantuan itu ada satu perkara yang kita selalu terlupa:

Miskin tetap bermaksud mempunyai sumber kewangan yang terhad.

Bantuan kerajaan mungkin meringankan beban, tetapi tidak semestinya mengubah kehidupan seseorang menjadi senang.

Bantuan ialah jaring keselamatan. Bukan tiket untuk hidup mewah.

Bantuan ini diwujudkan untuk membantu mereka yang layak. Gunakan bantuan sebagai ruang untuk meringankan beban, bukan untuk mengambil kesempatan.

Dan jangan lupa, Islam juga mengajar kita untuk berusaha mencari rezeki.

Rasulullah SAW bersabda:

“Tidaklah seseorang makan makanan yang lebih baik daripada hasil kerja tangannya sendiri.”
— Riwayat al-Bukhari