Tips Mengurus Kewangan Dalam Jangkamasa Pendek Semasa Krisis Covid-19

COVID-19 @ SARS 2.0 sememangnya memberi impak yang amat dalam kepada semua umat manusia. Isu ini menjadi krisis global yang amat teruk melebihi krisis kewangan global pada tahun 2008 dengan kejatuhan indeks-indeks saham dunia tak terkecuali Bursa Malaysia.

Ditambah pula dengan katalis sedia ada sebelum ini seperti isu perang perdagangan di antara Amerika Syarikat dan China, serta kejatuhan harga minyak global kepada $27 USD setong dari $72 USD setong.

Dengan arahan drastik kerajaan yang melaksanakan pergerakan terhad, dijangka lebih banyak perniagaan & seterusnya pekerja yang akan terjejas, terutamanya dalam sektor swasta. Notis cuti tanpa atau separuh gaji memburukkan lagi keadaan kerana ramai mempunyai tanggungan yang perlu diberi makan.

Pada saat ini, ramai orang baru sedar tentang kepentingan mempunyai simpanan kecemasan. Sudah lambat untuk memulakan kerana pada saat ini, simpanan inilah yang akan menentukan berapa lama kita boleh ‘survive’ dalam situasi gawat ini.

Namun, kita masih boleh berbuat sesuatu.

Sebagai perancang kewangan professional & berlesen dengan Suruhanjaya Sekuriti (SC) dan Bank Negara Malaysia (BNM) yang aktif membuat konsultasi kewangan tanpa bias, saya akan kongsikan garis panduan dan langkah-langkah yang boleh diambil untuk membantu anda dalam menghadapi situasi genting seperti ini dalam aspek perancangan kewangan peribadi.

LANGKAH PERTAMA: SEMAK

1. ASET CAIR

  • Tunai dalam tangan
  • Akaun simpanan / Semasa ( Jumlahkan semua )
  • ASB / ASN/ AHB
  • Tabung Haji

Instrumen di atas adalah tempat di mana simpanan kecemasan perlu berada.

Kenapa? Akses mudah & segera, nilai tetap, tiada caj, risiko rendah.

2. ASET PELABURAN CAIR

  • Deposit Tetap ( FD )
  • Unit Amanah
  • Saham
  • Emas
  • Nilai tunai takaful ( berkaitan pelaburan )

Aset di atas perlu digunakan jika simpanan kecemasan di bahagian A sudah habis digunakan. Pada tahap ini, anda perlu tahu instrumen ini ada susut nilai jika digadaikan seperti emas dan mungkin perlu dijual pada harga pasaran dengan risiko rugi ( unit amanah, saham ) dan ada caj tambahan keranan melanggar tempoh tertentu ( Deposit tetap ).

Walaubagaimanapun, keseluruhan aset ini masih cair walaupun mengambil masa lebih sedikit untuk dicairkan berbanding aset cair ( 2-5 hari bekerja )

3. PERBELANJAAN SEMASA

Dengan kelebihan tinggal di rumah selama 2 minggu dan kemungkinan dipanjangkan, anda sebenarnya sudah automatik mengurangkan perbelanjaan dengan memasak sendiri. Tetapi, apabila membeli keperluan dapur, pastikan beli yang perlu sahaja.

Jangan membazir dan menurut kemahuan. Pastikan anda bawa ‘shopping list’ apabila keluar membeli supaya tidak terlebih belanja. Turut berhati-hati dengan perbelanjaan tidak perlu seperti online shopping. Saya sarankan uninstall sahaja aplikasi tersebut.

Berikut merupakan senarai perbelanjaan yang perlu disemak semula:

LANGKAH KEDUA: LAKSANA

1. Kurangkan perbelanjaan

Buat bajet yang ketat. Yakin boleh anda mampu lakukan. Bezakan keperluan dan kemahuan.

Berikut merupakan ‘adjustment’ yang boleh dibuat dalam mengawal aliran tunai anda selain mengurangkan perbelanjaan semasa di atas ( C )

Jika langkah-langkah di atas dapat dilaksanakan, anda sebenarnya mampu mempunyai lebihan aliran tunai dalam sekurang-kurangnya 20-50%.

2. Cairkan Aset

Dengan memulakan langkah pengurangan perbelanjaan, anda sebenarnya telah memanjangkan jangka hayat simpanan kecemasan yang ada.

Sampai masa, mulakan dengan mencairkan simpanan kecemasan ( A )dan diikuti dengan asset pelaburan cair ( B )

3. Cari pendapatan tambahan

Ikhtiar mencari pendapatan tambahan sementara mengambil langkah 1 & 2 demi kelangsungan hidup.

JANGAN

1. Berhenti bayar takaful / insurans

Cuba sedaya-upaya untuk sambung mencarum Takaful nyawa & perubatan. Pelan perlindungan amat penting pada waktu sebegini seandainya anda & keluarga tiba-tiba jatuh sakit.

Sudahlah tiada perlindungan manfaat dari syarikat, ada kemungkinan anda akan menghadapi beban kewangan yang lebih teruk jika tiba-tiba anda ditimpa kemalangan atau jatuh sakit tanpa simpanan kecemasan.

Tetapi, anda mungkin mahu menyemak semula pelan yang sedia ada jika ianya berkaitan pelaburan kerana nilai tunai yang anda mungkin mampu menampung komitmen bulanan untuk beberapa tempoh tertentu.

2. Berhenti bayar pinjaman

Untuk pinjaman rumah, anda boleh mengeluarkan simpanan akaun 2 KWSP untuk menampung bayaran bulanan buat sementara waktu.

Pembayaran kredit kad boleh dibuat secara minimum. Walaupun ini bukanlah tindakan yang bijak, tetapi dalam jangkamasa pendek ( 3-6 bulan ) langkah ini terpaksa dilakukan.

Untuk pinjaman kereta, tiada alternatif buat masa ini selain ‘downgrade’ kereta di kemudian hari.

Jika kesemua langkah di atas tidak mampu dilakukan dan simpanan kecemasan anda sudah habis digunakan, anda boleh memilih  untuk berbincang dengan pihak bank atau membuat penstrukturan semula pinjaman dengan mengunjungi pejabat AKPK.

Pilih untuk ‘URUS’

Jangan biarkan diri anda diisytihar Muflis!

Saya harap kita semua mampu menghadapi krisis ini bersama-sama.

Marilah kita berdoa agar wabak ini akan reda tidak lama lagi dan kita akan menjalani hidup semula seperti biasa. Mari bersatu perangi COVID-19 dengan ‘social distancing’ & tinggal dengan selamat di rumah.

Nota : Tips di atas adalah berkaitan kawalan aliran tunai dalam jangka masa pendek ( 1-6 bulan ) bukan teknik lupus hutang dengan mengambil kira faktor kehilangan pendapatan.

Untuk nasihat yang lebih tepat, dapatkan khidmat kewangan professional.

Ditulis oleh:

INAZ HASHIM
MB BCH BAO, FAR, FPR, ShRFP
Perancang Kewangan Berlesen dengan Suruhanjaya Sekuriti & Bank Negara Malaysia.
www.inazhashim.com

Di saat suram ini, masih ada jalan keluar untuk semua orang. Bagi mereka yang terjejas, Pembayaran Balik Pinjaman Rumah Boleh Ditangguhkan Dengan Adanya ‘Moratorium’.

Semoga kita semua dapat bertahan dan diberikan jalan keluar daripada musibah yang menimpa.

Nak Deposit Rumah Pertama? ‘Overlap’ Hutang? Bayar Tunggakan PTPTN?

Ringankan tanggungan semasa anda dengan pembiayaan peribadi berkonsep syariah di platform Direct Lending. Dapatkan pinjaman kadar rendah untuk satukan semua hutang mahal anda. Semak kelayakan secara percuma. Anda boleh semak dahulu & mohon kemudian. Tiada apa-apa caj yang dikenakan.

KLIK sini untuk terima pembiayaan bank & koperasi yang bersesuaian dengan posisi kewangan anda.

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Google Tubuh Entiti Tempatan Di Malaysia: Implikasi Terhadap WHT di Malaysia

Google baru-baru ini memaklumkan kepada pelanggan di Malaysia bahawa syarikat itu sedang menubuhkan entiti tempatan, Google Cloud Malaysia Sdn. Bhd.

Langkah ini membawa perubahan kepada struktur transaksi Google Cloud Platform dan Google Workspace bagi pelanggan yang mempunyai alamat pengebilan di Malaysia dan membuat pembayaran dalam Ringgit Malaysia (MYR).

Sebelum ini, transaksi pelanggan Malaysia dibuat dengan Google Asia Pacific Pte Ltd yang berpangkalan di Singapura.

Selepas migrasi, kontrak dan akaun pelanggan yang terlibat akan dipindahkan kepada Google Cloud Malaysia Sdn. Bhd.

Perubahan ini bukan sekadar melibatkan syarikat teknologi, malah berpotensi memberi kesan kepada perniagaan dalam talian (online business) di Malaysia yang bergantung kepada perkhidmatan Google Cloud dan Google Workspace untuk menjalankan operasi harian.

Apa perubahan yang bakal berlaku?

Antara perubahan utama yang diumumkan:

1. Invois dikeluarkan oleh syarikat tempatan

Selepas migrasi, invois dan penyata bil akan dikeluarkan atas nama Google Cloud Malaysia Sdn. Bhd., termasuk alamat dan nombor pengenalan cukai entiti tempatan.

2. SST 8% dikenakan

SST akan dipaparkan sebagai komponen berasingan dalam invois dan dikutip oleh Google Cloud Malaysia mengikut kadar yang dinyatakan dalam notis tersebut.

3. Kontrak dipindahkan kepada entiti Malaysia

Kontrak sedia ada dengan Google Asia Pacific akan dipindahkan kepada Google Cloud Malaysia. Entiti tempatan ini akan mengambil alih kedudukan kontrak berkenaan.

Jadi, bagaimana pula dengan Withholding Tax (WHT)?

Ini bahagian yang menarik dari perspektif percukaian.

Sebelum ini, pembayaran pelanggan Malaysia kepada Google Asia Pacific Pte Ltd perlu dinilai dari sudut cukai pegangan di bawah Akta Cukai Pendapatan 1967 (ACP 1967).

Antara peruntukan yang relevan ialah Seksyen 109 berkaitan pembayaran royalti kepada bukan pemastautin.

Mengapa royalti?

Di bawah Seksyen 2 ACP 1967, definisi royalti merangkumi bayaran bagi penggunaan atau hak untuk menggunakan hak cipta, termasuk perisian (software).

Sebagai contoh, bayaran untuk mendapatkan hak penggunaan sesuatu aplikasi atau perisian oleh pelanggan sendiri berpotensi dikategorikan sebagai royalti dan tertakluk kepada WHT di bawah Seksyen 109.

Kadar domestik WHT bagi royalti ialah 10%, tertakluk kepada kadar atau layanan berbeza di bawah Perjanjian Pengelakan Pencukaian Dua Kali (DTA), jika berkenaan.

Apa implikasinya kepada Malaysia?

Perubahan struktur entiti syarikat teknologi antarabangsa seperti Google AKAN memberikan beberapa implikasi kepada landskap percukaian negara:

  1. Lebih banyak transaksi perkhidmatan digital boleh dilaksanakan melalui entiti tempatan.
  2. Kutipan SST dapat dilaksanakan melalui pembekal tempatan.
  3. Pelanggan Malaysia mungkin tidak lagi perlu membuat potongan WHT bagi pembayaran Google Cloud yang telah dipindahkan kepada Google Cloud Malaysia, tertakluk kepada struktur kontrak dan penerima sebenar pendapatan.

Bila migrasi ini akan berkuatkuasa?

Google akan menghantar dua notifikasi berasingan kepada pelanggan:

  1. Sebelum migrasi – pemberitahuan awal sebelum akaun dan kontrak dipindahkan.
  2. Selepas migrasi – pengesahan bahawa perubahan telah berkuat kuasa.

Notifikasi akan dihantar ke alamat e-mel yang didaftarkan.

Kesimpulannya, penubuhan entiti tempatan oleh syarikat teknologi antarabangsa bukan sekadar perubahan alamat invois. Ia boleh mengubah kedudukan percukaian transaksi, termasuk kewajipan cukai pegangan di Malaysia.