Hedge Fund Terbesar Dunia Membuat Pertaruhan $15 Bilion Ke Atas Pasaran Eropah Ketika Ekonomi Semakin Lemah

Bridgewater Associates telah membuat satu pertaruhan yang besar ketika suasana tidak menentu sedang melanda pasaran Eropah. Syarikat yang berpangkalan di New York dan dikendalikan oleh pelabur tersohor dunia iaitu Ray Dalio, nampak peluang di sini.

Syarikat yang mempunyai sebanyk $160 bilion dalam aset pengurusan telah membuat pertaruhan sebanyak $15 bilion di dalam pasaran di negara Eropah. Ray Dalio melakukan diversification terhadap pelaburan di Eropah.

Di antara negara yang menjadi destinasi pelaburan yang dibuat oleh beliau adalah di Perancis sebanyak $5.3 bilion, $4.7 bilion di Jerman dan $2.7 billion di Belanda. Ini bukan merupakan kali pertama syarikat ini membuat pelbran dalam jumlah yang besar didalam pasaran Eropah.

Pada tahun 2018, syarikat ini telah melabur sebanyak $22 bilion  ke dalam pasaran Eropah yang mana memfokuskan pasaran di negara seperti Jerman,Itali dan juga Perancis.

Di antara syarikat yang menajdi pilihan Bridgewater Associates terdiri daripada lebih 30 buah syarikat termasuklah Adidas, Bayer, Allianz, BBVA, Santander, DHL, Mercedes Benz,  SAP, Siemens, Intesa Sanpaolo, Munich Re, BASF, Telefonica, AXA, BNP Paribas, Societe Generale, dan banyak lagi.

Bridgewater Associates juga melakukan pertaruhan yang besar terhadap syarikat teknologi SAP dari Jerman sebanyak $1 bilion dan sebuah lagi syarikat semiconductor dari Belanda iaitu ASML sebanyak $715 juta.

Ray Dalio yang percaya bahawa keadaan ekonomi di Eropah buat masa sekarang berada dalam keadaan yang lemah dan sangat sesuai untuk melakukan pembelian ketika orang ramai masih lagi berada di dalam keadaan panik,

Ekonomi di Eropah telah menjadi parah akibat dari kesan Covid-19 ini. Banyak kerajaan di Eropah mula membantu syarikat-syarikat dari negara masing-masing buat masa sekarang,

Perancis telah memberi jaminan kepada pemain industri di sana dan juga perniagaan yang bersaiz besar atau kecil dengan bantuan kewangan bagi menghadapi virus yang membahaya ini. Kerajaan Perancis telah memberi inisiatif yang luar biasa kepada mereka dengan menangguhkan pembayaran cukai.

Selain itu juga, kerajaan Perancis akan memberi suntikan pinjaman kewangan bagi menghadapi masalah ini. Presiden Perancis memberi jaminan bahawa tiada syarikat negara itu akan muflis dan jika keadaan terdesak, negara itu akan menasionalkan mana-mana syarikat yang besar menghadapi masalah dengan situasi ini.

Jerman juga tidak berkecuali dalam membantu syarikat terkemuka mereka. Jerman yang menjadi tunjang kepada ekonomi di benua Eropah telah memberi suntikan kewangan sebanyak $500 bilion dan menagguhkan kutipan cukai terhadap syarikat dan industri di negara terbabit.

Britain juga turut mengambil inisiatif yang sama dalam mengekang kemelesetan ekonomi negara mereka walaupun negara tersebut kini bukan lagi di dalam Kesatuan Eropah (EU). Britain yang menyuntik dana kewangan sebnyak $400 bilion kedalam ekonomi mereka dan para penyewa di negara terbabit telah bersetuju mengangguhkan pembayaran sewa selama 3 bulan kepada penyewa akibat dari wabak yang membahaya ini.

Sepanyol pula memberi bantuan kepada ekonomi negara dengan pinjaman sebanyak $220 bilion sebagai pelan penyelamat untuk syarikat-syarikat yang ada di negara tersebut.

Sumber Rujukan:

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Google Tubuh Entiti Tempatan Di Malaysia: Implikasi Terhadap WHT di Malaysia

Google baru-baru ini memaklumkan kepada pelanggan di Malaysia bahawa syarikat itu sedang menubuhkan entiti tempatan, Google Cloud Malaysia Sdn. Bhd.

Langkah ini membawa perubahan kepada struktur transaksi Google Cloud Platform dan Google Workspace bagi pelanggan yang mempunyai alamat pengebilan di Malaysia dan membuat pembayaran dalam Ringgit Malaysia (MYR).

Sebelum ini, transaksi pelanggan Malaysia dibuat dengan Google Asia Pacific Pte Ltd yang berpangkalan di Singapura.

Selepas migrasi, kontrak dan akaun pelanggan yang terlibat akan dipindahkan kepada Google Cloud Malaysia Sdn. Bhd.

Perubahan ini bukan sekadar melibatkan syarikat teknologi, malah berpotensi memberi kesan kepada perniagaan dalam talian (online business) di Malaysia yang bergantung kepada perkhidmatan Google Cloud dan Google Workspace untuk menjalankan operasi harian.

Apa perubahan yang bakal berlaku?

Antara perubahan utama yang diumumkan:

1. Invois dikeluarkan oleh syarikat tempatan

Selepas migrasi, invois dan penyata bil akan dikeluarkan atas nama Google Cloud Malaysia Sdn. Bhd., termasuk alamat dan nombor pengenalan cukai entiti tempatan.

2. SST 8% dikenakan

SST akan dipaparkan sebagai komponen berasingan dalam invois dan dikutip oleh Google Cloud Malaysia mengikut kadar yang dinyatakan dalam notis tersebut.

3. Kontrak dipindahkan kepada entiti Malaysia

Kontrak sedia ada dengan Google Asia Pacific akan dipindahkan kepada Google Cloud Malaysia. Entiti tempatan ini akan mengambil alih kedudukan kontrak berkenaan.

Jadi, bagaimana pula dengan Withholding Tax (WHT)?

Ini bahagian yang menarik dari perspektif percukaian.

Sebelum ini, pembayaran pelanggan Malaysia kepada Google Asia Pacific Pte Ltd perlu dinilai dari sudut cukai pegangan di bawah Akta Cukai Pendapatan 1967 (ACP 1967).

Antara peruntukan yang relevan ialah Seksyen 109 berkaitan pembayaran royalti kepada bukan pemastautin.

Mengapa royalti?

Di bawah Seksyen 2 ACP 1967, definisi royalti merangkumi bayaran bagi penggunaan atau hak untuk menggunakan hak cipta, termasuk perisian (software).

Sebagai contoh, bayaran untuk mendapatkan hak penggunaan sesuatu aplikasi atau perisian oleh pelanggan sendiri berpotensi dikategorikan sebagai royalti dan tertakluk kepada WHT di bawah Seksyen 109.

Kadar domestik WHT bagi royalti ialah 10%, tertakluk kepada kadar atau layanan berbeza di bawah Perjanjian Pengelakan Pencukaian Dua Kali (DTA), jika berkenaan.

Apa implikasinya kepada Malaysia?

Perubahan struktur entiti syarikat teknologi antarabangsa seperti Google AKAN memberikan beberapa implikasi kepada landskap percukaian negara:

  1. Lebih banyak transaksi perkhidmatan digital boleh dilaksanakan melalui entiti tempatan.
  2. Kutipan SST dapat dilaksanakan melalui pembekal tempatan.
  3. Pelanggan Malaysia mungkin tidak lagi perlu membuat potongan WHT bagi pembayaran Google Cloud yang telah dipindahkan kepada Google Cloud Malaysia, tertakluk kepada struktur kontrak dan penerima sebenar pendapatan.

Bila migrasi ini akan berkuatkuasa?

Google akan menghantar dua notifikasi berasingan kepada pelanggan:

  1. Sebelum migrasi – pemberitahuan awal sebelum akaun dan kontrak dipindahkan.
  2. Selepas migrasi – pengesahan bahawa perubahan telah berkuat kuasa.

Notifikasi akan dihantar ke alamat e-mel yang didaftarkan.

Kesimpulannya, penubuhan entiti tempatan oleh syarikat teknologi antarabangsa bukan sekadar perubahan alamat invois. Ia boleh mengubah kedudukan percukaian transaksi, termasuk kewajipan cukai pegangan di Malaysia.