Pembayaran Balik Pinjaman Rumah Boleh Ditangguhkan Dengan Adanya ‘Moratorium’

Rasanya ramai yang tak pernah dengar tentang moratorium ni kan?

Tempoh moratorium ialah tempoh di mana pelanggan yang membuat pinjaman dengan bank diberi kelonggaran dan tidak perlu membayar bayaran bulanan pinjaman selama tempoh yang tertentu. Sebagai contoh, pinjaman pendidikan yang diberi kepada pelajar tidak perlu dibayar sehingga pelajar tamat pengajian.

Dalam suasana pandemik Covid-19 yang kita hadapi, sudah pasti akan ada syarikat dan individu yang terkesan dengan situasi ini. Pekerja mungkin diberhentikan kerja atau diberi cuti tanpa gaji, syarikat tidak mempunyai sebarang keuntungan akibat terpaksa ditutup dalam tempoh Restricted Movement Order.

Selain daripada itu, pesakit yang telah disahkan positif Covid-19 atau kontak rapat yang terpaksa menjalani kuarantin 14 hari sudah pasti akan menyebabkan pendapatan mereka terjejas. Peniaga makanan dan kedai baju juga terpaksa ditutup menyebabkan pemilik hilang pendapatan.

Sekiranya anda seorang yang terkesan dengan Covid-19 dan dapat membuktikan kepada pihak bank yang pendapatan atau gaji anda terjejas, anda boleh segera ke bank untuk berbincang dan memohon supaya pembayaran pinjaman anda ditangguhkan sementara.

Anda boleh dapatkan tempoh moratorium selama 6 bulan supaya anda tidak perlu membayar bayaran bulanan pinjaman rumah, kereta mahupun peribadi buat masa sekarang. Bayaran ansuran bulanan akan bersambung semula selepas tempoh moratorium.

Association of Banks in Malaysia (ABM) telah mengeluarkan kenyataan bahawa bank-bank telah bersedia untuk membantu syarikat yang terkesan dengan virus Covid-19. Syarikat yang mengalami kesulitan kewangan akibat dari penularan wabak Covid-19 perlu berbincang segera dengan pihak bank dengan pilihan untuk penstrukturan semula pinjaman atau penangguhan bayaran semula pinjaman.

Selain itu, Maybank telah mengeluarkan kenyataan dengan menyediakan special relief facility untuk pelanggan yang terkesan dengan wabak Covid-19. Malah Presiden dan CEO Maybank Group, Datuk Abdul Farid Alias mengatakan sekiranya situasi ini berterusan, pihak Maybank akan mempertimbangkan untuk memanjangkan tempoh moratorium lebih lama

Sila isi borang ini untuk permintaan moratorium pinjaman / pembiayaan Maybank.

Bank-bank lain seperti Public Bank, CIMB Bank, BSN dan RHB Bank juga telah mengeluarkan kenyataan hampir sama dengan menawarkan penangguhan bayaran semula pinjaman atau moratorium selama 6 bulan.

Sila isi borang ini untuk permintaan moratorium pinjaman / pembiayaan CIMB Bank.

Selain itu, syarikat insurans dan takaful milik bank seperti Etiqa juga menyediakan perlindungan untuk pemegang polisi yang dijangkiti wabak Covid-19.

Association of Islamic Banking and Financial Institutions Malaysia (AIBIM) juga telah mengeluarkan kenyataan berkenaan hal ini dengan mengingatkan pelanggan untuk segera dapatkan khidmat nasihat dari bank masing-masing berkenaan kesulitan yang dihadapi berkenaan pandemik Covid-19.

Semoga kita dilindungi dan dijauhi dari pandemik Covid-19 yang melanda. Jaga diri dan keluarga semoga kemelut yang melanda tidak berpanjangan.

#StayAtHome

Artikel ini ditulis oleh Mohd Arif Irfan, seorang juruaudit di salah sebuah firma audit di Malaysia. Beliau telah lulus kesemua kertas peperiksaan ACCA dan sedang mengutip pengalaman untuk menjadi akauntan bertauliah. Meminati bidang hartanah dan pelaburan serta rajin berkongsi ilmu di FB Arif Irfan.

Sumber Rujukan:

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Do NOT follow this link or you will be banned from the site!