Walmart Plus, Program Terbaru Dari Walmart Untuk Bersaing Dengan Amazon Prime

Ketika musim pandemik yang melanda dunia, kita melihat urusan jualbeli di dalam talian telah menjadi satu norma baru dalam masyarakat di seluruh dunia.

Industri penjualan secara online telah meningkat dengan begitu mendadak sehingga  syarikat  peruncitan yang dulunya memfokuskan kepada jualan offline terpaksa menukarnya kepada perniagaan online bagi menjalankan perniagaan yang semakin mencabar.

Gergasi peruncitan dunia, Walmart yang turut meningkat jualan mereka melalui online ketika musim pandemik melanda ini turut memperkuatkan indusrti perniagaan online mereka untuk bersaing dengan Amazon.

Walmart yang telah melancarkan satu program yang bakal bersaing dengan Amazon yang telah lama menguasai pasaran perniagaan online terutamanya di Amerika Syarikat.

Walmart yang bakal memperkenalkan  program yang dikenali sebagai Walmart Plus untuk menandingi penguasaan pasaran online Amazon. Penganalisis percaya yang Walmart cuba untuk mengambil pelanggan Amazon dengan menawarkan program yang hampir sama dengan yang dilakukan oleh Amazon terhadap pelanggan mereka.

Seperti sedia maklum, Amazon yang  yang mengisytiharkan dirinya sebagai syarikat customer-centric yang mana mereka mengambil berat kehendak  pelanggan mereka. Syarikat Amazon merupakan syarikat yang terkenal dalam menyediakan perkhidmatan yang memberi kepuasan yang sangat tinggi terhadap pelanggan mereka.

Dengan tindakan yang dilakukan oleh syarikat tersebut, kita melihat model perniagaan yang dilakukan oleh Amazon ini sangat berjaya.

Amazon yang terkenal dengan program yang telah menjadikan syarikat tersebut gergasi peruncitan iaitu program Amazon Prime. Program ini yang dilancarkan pada tahun 2005 telah berjaya menjadikan Amazon sebuah syarikat yang seperti sekrang.

Dengan mempunyai subscriber seramai 150 juta di seluruh dunia, Amazon telah menjadi sebuah syarikat gergasi peruncitan online yang sukar untuk digugat oleh mana-mana pesaing yang lain.

Amazon Prime mengenakan bayaran sebanyak $119 kepada pelanggan yang menggunakan perkhidmatan ini dan setiap pelanggan yang menggunakan perkhidmatan ini berpuas hati dengan perkhidmatan yang ditawarkan. Buktinya pelanggan yang berpuas hati dengan perkhidmatan yang ditawarkan oleh  menaikkan yuran langganan tahunan dari $99 kepada harga sekarang.

Pelanggan yang melihat pihak Amazon setiap tahun menambah nilai di dalam perkhidmatan yang ditawarkan oleh syarikat tersebut dan mereka tidak terkesan dengan kenaikan tersebut.

Kesan dari penawaran yang begitu hebat oleh Syarikat Amazon menjadikan pelanggan mereka begitu setia dengan perkhidmatan tersebut. Hasil pulangan yang diperolehi oleh Syarikat Amazon berbanding dengan Walmart adalah lebih tinggi.

Walaupun Walmart membuat revenue dan keuntungan yang lebih tinggi berbanding dengan Amazon, nilai Amazon adalah 1.6 trilion berbanding Walmart yang hanya bernilai $542 bilion. Ini membuktikan program Amazon Prime merupakan satu program yang sangat berjaya.

Walmart yang kini mencuba untuk merapatkan jurang mereka dengan memperkenalkan program tersebut untuk bersaing dengan Amazon di pasaran online Amerika Syarikat.

Sebelum ini Walmart pernah hadir dengan program yang sama seperti Amazon lakukan iaitu menghantar barangan yang dipesan dalam tempoh 1 hari tetapi program itu tidak berjaya menyaingi Amazon kerana pada tahun 2014, Walmart masih lagi baru di dalam memperkenalkan perniagaan online mereka.

Kali ini, Walmart Plus mengenakan yuran langganan sebanyak $98 setahun dan mengekalkan perkhidmatan same-day delivery. Selain itu juga Walmart turut memberi diskaun kepada pelanggan mereka di mana-mana stesen minyak yang terdapat di gedung mereka.

Pendekatan yang dilakukan oleh Walmart ini bakal memberi saingan yang sengit kepada Amazon di mana kini pihak Walmart hanya menguasai sebanyak 5% jualan online berbanding Amazon yang menguasai sebanyak 50%.

Sumber Rujukan:

Tahukah anda Walmart dan Amazon ini disenaraikan di pasaran saham Amerika Syarikat?

Sumber: Trading View

Harga saham Walmart ini telah naik lebih daripada 20% bagi tahun 2020 ini.

Sumber: Trading View

Manakala harga saham Amazon dah naik lebih daripada 800% dalam masa tak sampai setahun.

Tapi malangnya, kedua-dua saham Walmart dan Amazon adalah tak patuh syariah.

Dah lama pendam perasaan nak beli saham terkemuka dunia seperti Facebook, Google, Apple dan McDonalds yang patuh syariah? Jangan lepaskan peluang ini.

SEKEJAP, INI FAKTA KENA TAHU

1. Harga saham Tesla milik Elon Musk, dah naik lebih daripada 700% dalam masa setahun ni.

2. Tak perlu mula dengan modal besar. Ramai kata saham-saham dekat Wall Street tu mahal tetapi mereka semua tak tahu minimum kena beli 1 unit sahaja. Jadi contohnya kalau nak beli saham Twitter modal yang kena keluar hanyalah RM185.

3. Kalau nak tahu, market US ada hampir 10,000 saham, 519 daripadanya adalah patuh syariah.

4. Pasaran saham dekat Bursa Malaysia tak sama dengan Wall Street. Tetapi yang confirm sama adalah dua-dua boleh buat untung atau rugi.

WEBINAR SAHAM WALL STREET
24-25 Oktober 2020 (Sabtu dan Ahad)
Masa: 9 pagi – 5 petang
Speaker: Tuan Mukhriz Mangsor (ACSI, CFTe, MSTA)

Alhamdulillah seminar ini mendapat kerjasama Islamicly dan CGS-CIMB Securities. Belajar secara santai dari rumah untuk 2 hari berturut-turut melalui aplikasi Zoom.

Cepat rebut harga promosi. Klik >>SINI untuk maklumat lanjut.

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Kenapa CIMB Pertimbang Bawa CIMB Niaga Keluar Dari Bursa Saham Indonesia?

Pada 21 Oktober 2026, beberapa laporan media kewangan menyatakan CIMB Group Holdings Bhd, kumpulan perbankan dari Malaysia, sedang menilai kemungkinan membawa anak syarikatnya, PT Bank CIMB Niaga Tbk, keluar daripada Bursa Saham Indonesia atau Indonesia Stock Exchange (IDX).

Bagaimanapun, pada 22 Oktober 2026, CIMB Group mengeluarkan kenyataan menafikan bahawa pihaknya mempunyai rancangan untuk memprivatisasikan CIMB Niaga. Kumpulan itu menegaskan bahawa tiada keputusan dibuat dan tiada cadangan rasmi dikemukakan berhubung perkara tersebut.

Walaupun begitu, laporan awal berkenaan memberikan gambaran tentang cabaran yang dihadapi syarikat tersenarai apabila perlu memenuhi peraturan pasaran saham dalam keadaan pasaran yang tidak menentu.

1. Peraturan Free Float Semakin Ketat

Antara faktor utama yang mencetuskan spekulasi tersebut ialah perubahan peraturan Bursa Saham Indonesia berkaitan free float, iaitu peratusan saham syarikat yang tersedia untuk dagangan pelabur awam.

CIMB Group dilaporkan memiliki kira-kira 91.4% saham CIMB Niaga. Pegangan yang besar ini menyebabkan bahagian saham yang tersedia untuk dagangan awam menjadi terhad.

Berdasarkan peraturan baharu yang dilaporkan, CIMB Niaga perlu meningkatkan pegangan saham awamnya kepada sekurang-kurangnya 12.5% menjelang Mac 2027 dan 15% menjelang Mac 2028.

Bagi memenuhi keperluan ini, CIMB mempunyai beberapa pilihan, termasuk menjual sebahagian saham kepada pelabur strategik atau menerbitkan saham tambahan kepada pelabur awam.

Namun, setiap pilihan mempunyai implikasi tersendiri terhadap struktur pemilikan, penilaian saham dan kepentingan pemegang saham sedia ada.

2. Saham CIMB Niaga Dianggap Belum Mencerminkan Nilai Sebenar

Faktor kedua ialah penilaian saham atau valuation.

Menurut laporan analisis yang diterbitkan pada 21 Oktober, CIMB melihat saham CIMB Niaga sebagai undervalued, iaitu harga pasaran yang dianggap lebih rendah daripada nilai asas perniagaannya.

CIMB Niaga bukan sekadar sebuah bank yang beroperasi di Indonesia. Bank ini mempunyai perniagaan dalam perbankan korporat, pengurusan kekayaan, perbankan Islam dan perkhidmatan kepada pelanggan berpendapatan tinggi.

Pada 30 Jun 2026, CIMB Niaga dilaporkan mempunyai jumlah aset sekitar 382 trilion rupiah.

Jika harga saham tidak mencerminkan potensi perniagaan tersebut, penjualan pegangan kepada pelabur baharu mungkin tidak menghasilkan nilai yang dianggap memadai oleh pemegang saham induknya.

Dalam keadaan sedemikian, pemilik syarikat mungkin menilai sama ada lebih baik mengekalkan pemilikan jangka panjang berbanding menjual saham pada penilaian pasaran semasa.

3. Pasaran Saham Indonesia Berdepan Ketidaktentuan

Keadaan pasaran turut mempengaruhi pilihan yang tersedia kepada CIMB.

Kebimbangan mengenai ketelusan pasaran dan kemungkinan perubahan klasifikasi pasaran Indonesia oleh MSCI telah menjejaskan sentimen pelabur terhadap saham Indonesia.

Dalam keadaan pasaran yang lemah, usaha menjual sebahagian besar saham kepada pelabur awam melalui penawaran saham sekunder atau re-IPO mungkin menjadi kurang menarik.

CIMB juga perlu mempertimbangkan sama ada pelabur sanggup membeli saham pada penilaian yang memenuhi jangkaan kumpulan tersebut.

Oleh itu, penswastaan muncul sebagai salah satu pilihan yang dibincangkan oleh penganalisis dalam laporan awal berkenaan.

4. Apakah Maksud Membawa CIMB Niaga Keluar Dari Bursa?

Jika sesebuah syarikat dinyahsenaraikan atau delisted, sahamnya tidak lagi didagangkan di bursa saham berkenaan.

Sekiranya proses itu melibatkan penswastaan, syarikat induk lazimnya membeli sebahagian atau semua saham yang dipegang oleh pemegang saham minoriti, tertakluk pada struktur transaksi dan kelulusan yang diperlukan.

Bagi CIMB, langkah sedemikian secara teori boleh memberikan lebih banyak fleksibiliti dalam mengurus modal, menentukan strategi perniagaan dan merancang pertumbuhan CIMB Niaga tanpa tekanan pasaran saham awam yang sama.

Bagaimanapun, penyahsenaraian tidak semestinya bermaksud bank tersebut akan ditutup atau menghentikan operasinya. CIMB Niaga boleh terus beroperasi sebagai bank di Indonesia walaupun tidak lagi tersenarai di bursa.

5. Berapa Kos Untuk Membeli Keluar Pemegang Saham Minoriti?

Laporan media pada 21 Oktober memetik anggaran penganalisis bahawa pembelian keluar pemegang saham minoriti boleh menelan belanja sekitar RM800 juta, bergantung pada harga tawaran dan struktur transaksi.

Angka ini merupakan anggaran analisis, bukannya jumlah yang telah dipersetujui atau diumumkan secara rasmi oleh CIMB Group.

Kos sebenar akan bergantung pada harga saham ketika transaksi dilaksanakan, premium yang ditawarkan kepada pemegang saham minoriti serta sama ada semua pemegang saham minoriti perlu menjual pegangan mereka.

Selain itu, struktur tertentu mungkin membolehkan sebahagian pelabur institusi mengekalkan pegangan dalam entiti yang tidak lagi tersenarai, tertakluk pada peraturan dan kelulusan berkaitan.

Kesimpulan

Laporan mengenai kemungkinan penyahsenaraian CIMB Niaga memperlihatkan bagaimana perubahan peraturan pasaran, penilaian saham dan keadaan pasaran modal boleh mempengaruhi strategi sesebuah kumpulan perbankan.

Walau bagaimanapun, CIMB Group pada 22 Oktober 2026 menafikan laporan mengenai kemungkinan membawa CIMB Niaga keluar daripada Bursa Saham Indonesia. Kumpulan itu menjelaskan bahawa tiada keputusan atau cadangan rasmi dibuat berhubung perkara tersebut.

CIMB turut menegaskan bahawa CIMB Niaga kekal sebagai sebahagian penting daripada rangkaian perbankan serantaunya dan kumpulan itu komited untuk meneruskan operasi di Indonesia serta mematuhi semua keperluan kawal selia yang berkenaan.


Sumber rujukan

  1. The Star — CIMB Group steps up efforts to pursue potential delisting of CIMB Niaga (21 Oktober 2026).
  2. The Edge Malaysia — CIMB weighs taking Indonesian unit private as potential secondary offering loses appeal — analysts (21 Oktober 2026).
  3. The Business Times — Malaysia’s CIMB explores taking Indonesian arm private amid market volatility (21 Oktober 2026).
  4. CIMB Group Holdings Bhd — kenyataan rasmi bertarikh 22 Oktober 2026 yang menafikan rancangan untuk memprivatisasikan CIMB Niaga.