Beli Rumah Secara Joint Venture (JV)? Ini Perkara Yang Anda Perlu Tahu

Joint Venture atau perkongsian dalam pelaburan hartanah merupakan satu teknik yang popular di Malaysia, dengan objektif membeli sebuah hartanah dan menjana pendapatan daripadanya.

Caranya mungkin melalui sewaan harian hasil daripada Airbnb, sewaan bulanan dan tahunan kepada penyewa jangka masa panjang, atau pun sebagai satu pelaburan jangka panjang untuk dijual pada satu tempoh matang.

Teknik yang akan dikupas dalam artikel ini adalah berkenaan joint venture dalam pelaburan hartanah untuk pelaburan jangka masa panjang.

Biasa Kita Dengar Syarikat Saja Yang Joint Venture

Image by Michal Jarmoluk from Pixabay

Trend membeli rumah secara joint venture ini sinonim dengan pelabur hartanah yang membeli pada harga murah, dan menjualnya semula apabila hartanah dan lokasi telah matang pada harga yang lebih tinggi.

Krisis ekonomi dan ketidakstabilan politik di Malaysia menyukarkan pelabur-pelabur hartanah memohon pembiayaan pinjaman hartanah daripada bank.

Oleh itu, kebanyakan pelabur hartanah mengambil langkah proaktif dan kreatif dengan memanfaatkan orang lain untuk tujuan pelaburan hartanah.

Baca : Ketahui Debt Service Ratio (DSR) Anda Untuk Harga Rumah Yang Mampu Dimiliki Berdasarkan Gaji

“Ada yang membuat joint venture dengan pasangan hidup, ibu bapa, rakan-rakan atau pun sesama pelabur hartanah sendiri.”

Contoh paling mudah adalah Ali, Lim dan Kumar bersama-sama mengeluarkan modal untuk membeli sebuah rumah teres berkembar di Nilai pada tahun 2010.

Mereka bersama-sama bersetuju untuk menjual rumah teres tersebut selepas 10 tahun yakni pada tahun 2020 selepas lokasi dan hartanah tersebut benar-benar matang dan mampu dijual pada kadar 10% – 30% daripada harga pembelian pada tahun 2010.

Baca : Simpan 7 Tahun, Tuai 7 Tahun

Sementara menunggu tempoh matang 10 tahun yang mereka telah tetapkan, mereka menyewakan hartanah tersebut pada penyewa yang bekerja di sekitar Nilai, Sepang dan Putrajaya.

Baca : Pelaburan Saham vs Hartanah. Ini 9 Perbandingannya

Lain orang lain cara perkongsiannya. Ada yang mengeluarkan modal dan mengharapkan rakan kongsi mengeluarkan masa dan tenaga dan sebaliknya.

Bila kita bercakap tentang pelaburan, risiko untuk berlaku kegagalan dan kerugian adalah sangat tinggi.

Cara untuk mengurangkan risiko untuk rugi dan juga mendapat untung hasil dari pelaburan melalui kaedah JV ini adalah dengan:

  • Kajian mendalam terhadap hartanah dan lokasi.
  • Tanggungjawab setiap rakan kongsi yang terlibat.
  • Strategi pelaburan.

Kelebihan Beli Rumah Secara Joint Venture

Photo by Pixabay from Pexels

Bajet Hartanah Lebih Besar

Andaikan gaji kita RM3,000 dengan kadar Debt Service Ratio (DSR) 25% dan layak untuk membeli sebuah rumah pada harga RM225,000.

Baca : Cara Kumpul Deposit Rumah Tak Sampai 3 Tahun

Dengan melakukan joint venture dalam pelaburan hartanah, kita mampu membeli rumah pada harga yang lebih tinggi untuk tujuan pelaburan hartanah.

Perkongsian Kos Dan Cukai

Kos awal pembelian sebuah hartanah seperti duti setem, kos guaman dan juga kos lain seperti management fee, sinking fund, deposit TNB, cukai tanah, cukai pintu dan cukai pentaksiran hartanah mampu dikongsi bersama rakan kongsi yang lain.

Baca : 9 Bajet Sebelum Dan Selepas Beli Rumah

Lebih ramai rakan kongsi kita, lebih banyak kos dan cukai yang boleh dikongsikan untuk dibayar secara bersama.

Perjanjian Yang Sah

Disebabkan kita mempunyai objektif yang jelas, apa yang kita boleh lakukan adalah dengan mendaftar di Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) sebuah syarikat perkongsian.

Atau pun boleh sekurang-kurangnya membuat kontrak bertulis di antara setiap rakan kongsi akan pelaburan hartanah jenis joint venture yang kita akan lakukan bersama mereka.

Kalau membuat joint venture dengan ahli keluarga atau pasangan hidup, mereka mungkin agak keberatan untuk menandatangani surat perjanjian ini dan beranggapan surat perjanjian tersebut tidak perlu kerana bergantung kepada faktor percaya di antara satu sama lain.

Namun melalui cara ini, ianya mampu mengelakkan kita daripada ditipu rakan kongsi atau pun dikejar pegawai LHDN atas kesalahan tidak mengisytiharkan harta.

Konsultansi Undang-Undang Percuma

Kebanyakan yang menceburkan diri dalam pelaburan hartanah secara joint venture ini bukanlah broker kampung atau baru sehari dua berkecimpung dalam industri hartanah.

Mereka mempunyai kenalan dari ejen hartanah, pegawai LHDN, pegawai bank dan juga peguam hartanah.

Kekurangan Beli Rumah Secara Joint Venture

Photo by Download a pic Donate a buck! ^ from Pexels

Hilang Kelayakan Pelepasan RPGT

Apabila membuat pelaburan hartanah dengan teknik joint venture, kita berisiko tinggi untuk kehilangan peluang untuk mendapatkan pengecualian Cukai Keuntungan Harta Tanah (CKHT) atau RPGT.

Oleh itu, kita terpaksa menanggung kos yang tinggi sekiranya berhasrat untuk menjual hartanah tersebut dalam tempoh kurang daripada lima tahun.

Masalah Kewangan

Apabila salah seorang rakan kongsi menghadapi masalah kewangan, ianya secara tidak langsung telah menganggu wang aliran tunai rakan kongsi yang lain.

Kita mungkin terpaksa menggunakan modal yang lebih untuk kos-kos bulanan dan tahunan dari hartanah yang telah dibeli.

Visi Yang Berbeza

Dalam sebuah kapal tidak boleh ada dua orang nakhoda. Setiap rakan kongsi mempunyai visi yang berbeza daripada pelaburan hartanah tersebut.

Baca : Bukan Semuanya Indah Dalam Pelaburan Hartanah

Ada yang ingin untung dalam masa singkat dan ada yang ingin untung dalam masa panjang. Pastikan kita mencari rakan kongsi yang satu ‘kepala’ dan mudah dibawa bincang agar tidak menyesal di kemudian hari.

Masalah Kepercayaan

Apabila melibatkan soal wang, masalah kepercayaan pasti muncul walaupun kita membuat perkongsian bersama pasangan hidup atau keluarga.

Baca : 7 Tips Berniaga ‘Style’ Orang Kelantan

Kerap kali pelaburan hartanah melalui joint venture ini lingkup kerana masalah kepercayaan di antara rakan kongsi.

Sentiasalah berterus terang, jujur dan amanah dalam menjalankan tanggungjawab anda sebagai rakan kongsi.

Pelaburan hartanah dengan cara joint venture ini memang kedengaran menarik dan mudah untuk dilaksanakan.

Tetapi hanya apabila kita mempunyai rakan kongsi yang berkongsi visi dan kepercayaan yang sama.

Baca : Hibah Sebelum Hiba Ketahui Perbezaan Hibah Faraid dan Wasiat

Jangan terlalu seronok apabila bank meluluskan loan rumah, kerana saat itulah kita dan rakan kongsi yang lain akan diuji.

Sebagai penutup, sentiasa sediakan payung sebelum hujan. Pastikan kita mempunyai kontrak bertulis berdasarkan perkongsian ini dan lakukan hibah hartanah seawal mungkin bagi mengelakkan salah laku sekiranya berlaku kematian di antara rakan kongsi.

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

LPPSA Kedua: Boleh Mohon Walaupun Pembiayaan Pertama Belum Habis, Ini Syarat & Kelayakannya

Ada pembiayaan LPPSA pertama yang masih berjalan tetapi sudah terfikir nak beli rumah kedua?

Mulai 4 Oktober 2026, penjawat awam yang layak boleh memohon Pembiayaan Kedua LPPSA tanpa perlu menyelesaikan sepenuhnya Pembiayaan Pertama.

Pada masa yang sama, LPPSA turut menaikkan had kelayakan maksimum pembiayaan perumahan sehingga RM1 juta.

Namun, ini bukan bermaksud semua penjawat awam automatik boleh meminjam RM1 juta. Jumlah sebenar masih bergantung kepada pendapatan bersih, kelayakan pemohon, baki kelayakan pembiayaan serta syarat LPPSA yang berkuat kuasa.

Apa perubahan LPPSA 2026?

Menurut notis rasmi LPPSA bertarikh 25 September 2026, dua perubahan utama mula berkuat kuasa pada 4 Oktober 2026:

Pertama, had kelayakan maksimum pembiayaan perumahan LPPSA dinaikkan sehingga RM1 juta.

Kedua, pemohon boleh membuat permohonan Pembiayaan Kedua tanpa menyelesaikan Pembiayaan Pertama, tertakluk kepada baki kelayakan pembiayaan dan syarat yang ditetapkan.

Ini memberi lebih banyak fleksibiliti kepada penjawat awam yang masih mempunyai pembiayaan pertama tetapi mahu menggunakan baki kelayakan mereka untuk pembiayaan kedua.

Had pembiayaan LPPSA sehingga RM1 juta

LPPSA menetapkan jadual had kelayakan berdasarkan pendapatan bersih.

Pendapatan BersihHad Kelayakan Maksimum
Lebih RM10,000RM1,000,000
RM10,000RM950,000
RM9,500RM930,000
RM9,000RM900,000
RM8,500RM880,000
RM8,000RM850,000
RM7,500RM830,000
RM7,000RM800,000
RM6,500RM780,000
RM6,000RM730,000
RM5,500RM670,000
RM5,000RM610,000
RM4,500RM550,000
RM4,000RM480,000
RM3,500RM430,000
RM3,000RM350,000
Sehingga RM2,500RM280,000

Jadual ini adalah berdasarkan FAQ rasmi LPPSA mengenai penambahbaikan 2026.

Nota penting: Had maksimum ini bukan bermaksud pemohon pasti menerima jumlah tersebut. Amaun yang diluluskan masih bergantung kepada kelayakan pemohon dan syarat pembiayaan yang berkuat kuasa.

Siapa yang layak menikmati had baharu?

LPPSA menyatakan jadual kelayakan baharu ini terpakai kepada kakitangan sektor awam yang layak memohon pembiayaan perumahan LPPSA, tertakluk kepada syarat dan kelayakan semasa.

Bagaimanapun, terdapat kumpulan tertentu yang tidak menggunakan jadual ini, antaranya:

  • Anggota Pentadbiran Persekutuan;
  • Anggota Pentadbiran Negeri dan Ahli Dewan Undangan Negeri; dan
  • Hakim Mahkamah Persekutuan, Mahkamah Rayuan dan Mahkamah Tinggi.

Golongan tersebut tertakluk kepada peruntukan atau keputusan berkaitan yang berasingan.

Apa maksud “Pembiayaan Kedua” sekarang?

Ini bahagian yang paling menarik.

Sebelum penambahbaikan ini, pemohon secara amnya perlu menyelesaikan Pembiayaan Pertama sebelum membuat Pembiayaan Kedua.

Mulai 4 Oktober 2026, syarat tersebut tidak lagi diperlukan.

LPPSA menyatakan pemohon boleh memohon Pembiayaan Kedua tanpa menyelesaikan Pembiayaan Pertama, tertakluk kepada penilaian kemampuan bayaran balik dan syarat kelayakan LPPSA.

Contohnya:

Ali membeli rumah pertama menggunakan LPPSA.

Pembiayaan pertama masih mempunyai baki.

Kemudian Ali mahu membeli rumah kedua.

Dengan peraturan baharu, Ali tidak perlu melangsaikan pembiayaan pertama terlebih dahulu semata-mata untuk memohon pembiayaan kedua.

Tetapi Ali masih perlu mempunyai baki kelayakan pembiayaan yang mencukupi dan memenuhi syarat LPPSA.

Apakah syarat Pembiayaan Kedua?

LPPSA menetapkan beberapa syarat utama.

Pemohon perlu:

1. Merupakan kakitangan sektor awam yang layak memohon pembiayaan perumahan LPPSA.

2. Potongan gaji bagi Pembiayaan Pertama telah dilaksanakan.

3. Tidak mempunyai tunggakan bayaran balik bagi Pembiayaan Pertama sedia ada.

Selain itu, permohonan tetap tertakluk kepada penilaian kemampuan bayaran balik dan syarat kelayakan LPPSA yang berkuat kuasa.

Berapa margin Pembiayaan Kedua?

Ini juga penting kerana margin pembiayaan bergantung kepada status Pembiayaan Pertama.

Jika Pembiayaan Pertama sudah selesai

Margin Pembiayaan Kedua adalah sehingga 100%.

Jika Pembiayaan Pertama masih belum selesai

Margin Pembiayaan Kedua adalah sehingga 90%.

Untuk Jenis 5 dan Jenis 7 bagi hartanah yang sama

LPPSA menetapkan margin sehingga 100% bagi:

  • Jenis 5 – Ambil Alih; dan
  • Jenis 7 – Ubah Suai,

bagi hartanah yang sama, tertakluk kepada syarat yang ditetapkan.

Contoh mudah Pembiayaan Kedua

Katakan seseorang masih mempunyai Pembiayaan Pertama LPPSA.

Kemudian dia mahu membeli rumah kedua berharga RM500,000.

Jika Pembiayaan Pertama masih belum diselesaikan, margin Pembiayaan Kedua adalah sehingga 90%.

Secara mudah:

RM500,000 × 90% = RM450,000

Jadi, secara teori, pembiayaan boleh mencapai sehingga RM450,000, manakala baki RM50,000 perlu ditanggung melalui sumber lain.

Tetapi angka sebenar masih tertakluk kepada baki kelayakan pembiayaan dan penilaian LPPSA.

Maksudnya, jangan terus anggap rumah RM500,000 akan mendapat pembiayaan RM450,000 kerana kelayakan sebenar setiap pemohon adalah berbeza.

Bagaimana LPPSA menentukan kelayakan?

LPPSA menggunakan kaedah pengiraan berdasarkan kemampuan bayaran balik.

Antara kriteria yang dinyatakan LPPSA ialah:

  • Ansuran bulanan tidak melebihi 60% daripada gaji pokok dan elaun tetap yang diambil kira;
  • Jumlah hutang tidak melebihi 80% daripada pendapatan bersih; dan
  • Gaji bersih sekurang-kurangnya 20% daripada pendapatan kasar.

Pendapatan bersih bagi tujuan pengiraan LPPSA pula merujuk kepada gaji pokok + elaun tetap yang diambil kira – potongan wajib.

Jadi, seseorang yang mempunyai gaji tinggi sekalipun tidak semestinya mendapat jumlah maksimum RM1 juta kerana pengiraan turut mengambil kira kemampuan bayaran balik.

Bagaimana pula kadar keuntungan?

Untuk pembiayaan hartanah sehingga RM1 juta, LPPSA memperkenalkan struktur kadar purata wajaran (blended rate).

Strukturnya:

Sehingga RM750,000 → 4.00% setahun

Bahagian melebihi RM750,000 sehingga RM1 juta → 4.50% setahun

Yang menariknya, pengiraan ini mengambil kira jumlah pembiayaan hartanah yang diluluskan bagi Pembiayaan Pertama dan Pembiayaan Kedua.

Contoh RM800,000

Bagi pembiayaan RM800,000:

RM750,000 pertama → 4.00%

Baki RM50,000 → 4.50%

Kadar purata wajaran yang terhasil ialah kira-kira 4.03% setahun.

RM1 juta bukan bermaksud boleh ambil RM1 juta untuk rumah kedua

Ini perkara yang ramai mungkin salah faham.

Had maksimum RM1 juta ialah had kelayakan maksimum, bukannya jumlah automatik yang boleh dipinjam.

Untuk Pembiayaan Kedua pula, LPPSA secara jelas menyatakan ia tertakluk kepada baki kelayakan pembiayaan.

Contohnya, jika seseorang mempunyai had kelayakan RM800,000 tetapi telah menggunakan RM600,000 bagi Pembiayaan Pertama, baki kelayakannya tidak bermaksud dia boleh terus mengambil RM800,000 lagi.

Sebaliknya, pengiraan baki kelayakan perlu dibuat berdasarkan ketetapan LPPSA.

Sebab itu LPPSA menyediakan kemudahan SmartKira untuk membuat semakan anggaran kelayakan mulai 4 Oktober 2026.

Boleh beli rumah kedua sebelum rumah pertama habis bayar?

Ya, mulai 4 Oktober 2026, boleh memohon.

Tetapi terdapat tiga perkara yang perlu diberi perhatian:

Pertama: Pembiayaan Pertama tidak perlu diselesaikan sepenuhnya.

Kedua: Pemohon perlu mempunyai baki kelayakan pembiayaan yang mencukupi.

Ketiga: Pemohon masih perlu memenuhi syarat kemampuan bayaran balik dan syarat LPPSA yang berkuat kuasa.

Jadi, kemudahan ini memberikan fleksibiliti, tetapi bukan “lesen” untuk mengambil hutang rumah tanpa mengambil kira kemampuan kewangan.

Semua jenis pembiayaan boleh digunakan?

Menurut FAQ LPPSA, semua jenis pembiayaan dibenarkan bagi Pembiayaan Kedua, tertakluk kepada syarat yang ditetapkan.

Namun, terdapat pengecualian tertentu.

Sebagai contoh, pelanggan yang sedang menikmati Pembiayaan Pertama Jenis 4 atau Jenis 5 bagi tanah dan belum memohon Jenis 6 untuk membina rumah, tidak dibenarkan memohon Pembiayaan Kedua bagi Jenis 4 atau Jenis 5 tanah tersebut.

LPPSA juga menjelaskan bahawa jika seseorang membeli tanah melalui Jenis 4 atau Jenis 5 dan kemudian memohon Jenis 6 untuk membina rumah di atas tanah tersebut, ia masih dianggap sebagai satu kelayakan pembiayaan, bukan Pembiayaan Kedua.

Bila boleh mula memohon?

Kemudahan baharu ini berkuat kuasa pada:

4 OKTOBER 2026

LPPSA menyatakan pelanggan boleh mengemukakan permohonan bagi kemudahan tersebut mulai tarikh berkenaan.

Bagi permohonan yang telah dikemukakan sebelum 4 Oktober 2026, LPPSA menyatakan ia akan diproses berdasarkan had kelayakan amaun pembiayaan hartanah yang berkuat kuasa pada tarikh permohonan diterima.

Kesimpulan

Penambahbaikan LPPSA 2026 membawa perubahan yang agak besar kepada penjawat awam.

Had kelayakan maksimum pembiayaan kini dinaikkan sehingga RM1 juta, manakala Pembiayaan Kedua boleh dipohon tanpa perlu menyelesaikan Pembiayaan Pertama terlebih dahulu.

Tetapi perkara paling penting untuk difahami ialah:

RM1 juta = had kelayakan maksimum, bukan jumlah automatik.

Dan:

Pembiayaan Kedua = boleh mohon walaupun pembiayaan pertama masih berjalan, tetapi tertakluk kepada baki kelayakan dan kemampuan bayaran balik.

Jadi, kalau memang bercadang membeli rumah kedua, langkah pertama bukan terus cari rumah RM1 juta.

Semak dahulu baki kelayakan LPPSA.

Kemudian barulah tengok harga rumah yang benar-benar mampu ditanggung.

Nota: Maklumat ini berdasarkan pengumuman dan FAQ rasmi LPPSA bertarikh 25 September 2026. Syarat dan pengiraan sebenar adalah tertakluk kepada pekeliling, garis panduan serta ketetapan LPPSA yang berkuat kuasa pada tarikh permohonan.

Sumber rasmi: LPPSA – Penambahbaikan Kemudahan Pembiayaan Perumahan Sektor Awam 2026 termasuk jadual kelayakan RM280,000 hingga RM1 juta.