Teka-Teki Pengasas Bitcoin Satoshi Nakamoto Akhirnya Bakal Terjawab

Identiti sebenar pengasas Bitcoin iaitu Satoshi Nakamoto bakal didedahkan apabila keluarga David Kleiman akan membuktikan bahawa beliau yang mencipta mata wang kripto tersebut. Semuanya bakal berlaku di mahkamah Florida, Amerika Syarikat di mana sebuah kes saman bernilai USD64 bilion dalam mata wang kripto sedang berlangsung.

Keluarga mendiang David Kleiman mendakwa bahawa beliau dan bekas rakan perniagaan telah bersama-sama menggunakan nama gelaran Satoshi Nakamoto dan telah mencipta Bitcoin. Sekarang keluarga David Kleiman menyaman pengaturcara Craig Wright yang berusia 51 tahun, kawalan di atas pegangan aset Satoshi Nakamoto.

Gambar : Bloomberg

Keluarga tersebut akan beri bahan bukti yang membuktikan bahawa David Kleiman dan Craig Wright, yang telah mendakwa beliau merupakan pengasas Bitcoin sejak tahun 2016; kedua-duanya telah bekerjasama dalam menubuhkan Bitcoin.

“Kami percaya bahawa bukti tersebut akan menunjukkan terdapatnya kerjasama dalam mencipta dan melombong lebih daripada sejuta bitcoin”, kata keluarga David Kleiman kepada Wall Street Journal.

Manakala peguam pembela pula akan membuktikan bahawa Craig Wright adalah satu-satunya pengasas Bitcoin.

“Kami percaya bahawa mahkamah tidak akan menjumpai sebarang rekod yang menunjukkan kedua-dua mereka telah bekerjasama,” peguam pembela menjelaskan.

Identiti Sebenar Satoshi Nakamoto Menjadi Tanda Tanya Sejak Tahun 2008

Sejak Bitcoin ditubuhkan, hanya nama Satoshi Nakamoto yang disebut sebagai pencipta mata wang kripto ini. Pada Oktober 2008, seorang individu menggunakan nama tersebut telah menulis surat setebal sembilan muka surat menerangkan sistem tunai elektronik, dan beberapa bulan kemudian, rangkaian Bitcoin telah ke udara.

Pada tahun pertama kewujudannya, Satoshi Nakamoto telah mengumpul hampir satu juta bitcoin.

Penciptanya, yang dikatakan telah menggunakan dua alamat emel, kekal aktif dalam proses pembangunan Bitcoin selama dua tahun, menulis dan berkomunikasi dengan para pembangun. Menjelang Disember 2010, Satoshi Nakamoto telah ‘hilang’ dan berhenti menulis secara umum.

Menurut tuntutan mahkamah tersebut, keluarga David Kleiman mendakwa Craig Wright telah mengambil beliau pada tahun 2008 bagi membantu menulis surat tersebut dan melancarkan sebuah syarikat. Keluarga tersebut mendakwa behawa Craig Wright menubuhkan sebuah syarikat di Florida pada tahun 2011 iaitu dua tahun sebelum kematiannya, syarikat yang bernama W&K Info Defense Research yang didakwa merupakan perkongsian di antara kedua-dua mereka.

Craig Wright menyangkal dakwaan tersebut dan mendakwa bahawa beliau mempunyai pemilikan tunggal ke atas syarikat W&K dan tiada sebarang perkongsian telah berlaku.

Kredit: Daily Mail

Previous ArticleNext Article

Bagaimana Mata Wang Kripto Berfungsi Dan Risikonya

Apakah mata wang kripto atau cryptocurrency?

Mata wang kripto ialah aset yang telah dicipta secara digital oleh orang persendirian/syarikat swasta; berfungsi sebagai penyimpan nilai.

Ia diharap boleh digunakan untuk pembelian barangan dan perkhidmatan. Namun begitu, mata wang kripto tulen bukanlah digunakan secara meluas seperti wang pada masa kini dan ia bukannya dicipta oleh pihak berkuasa. Nilai mata wang kripto akan dipindahkan dan direkodkan pada lejar awam secara terbuka; dimana ia dikenali sebagai blockchain (blok rangkaian).

Tambahan pula, asal-usul mata wang dan pemindahan pemilikan adalah bersekuriti serta disahkan oleh kriptografi.

Mata wang kripto berasaskan blockchain yang pertama adalah Bitcoin, dimana masih kekal sebagai yang paling popular dan paling berharga. Antara kripto lain yang terkenal adalah Ether (ETH), XRP, Binance Coin, dan Cardano. Walau bagaimanapun, terdapat perbezaan yang penting antara mata wang kripto; yang juga dikenali sebagai coin (syiling) dengan token.

Mata wang kripto mempunyai blockchain yang tersendiri. Ia merupakan mata wang asli blockchain dimana ia dikeluarkan dan didagangkan. Manakala token ialah unit nilai yang mewakili projek yang dibina terhadap blockchain sedia ada.

Keliru kan? Sebagai contoh, Ether ialah mata wang asli blockchain Ethereum. Manakala, token seperti Dai dibina menggunakan Ethereum. Dai itu sendiri merupakan stablecoin — iaitu penghubung antara pasaran kewangan sedia ada dengan dunia kripto.

Sumber : Medium.com

Bagaimanakah Mata Wang Kripto Berfungsi?

Versi pertama mata wang kripto bertujuan untuk menjadi salah satu bentuk wang tunai elektronik dimana nilainya tidak boleh dimanipulasi oleh sebarang kuasa luar seperti bank pusat.

Walau bagaimanapun, penggunaannya dalam kehidupan seharian — misalnya untuk membeli barangan pengguna seperti kopi atau teh tarik — masih belum meluas. Sebahagian daripada masalah ini adalah disebabkan teknologi untuk membuat pembayaran jauh lebih perlahan daripada kad sentuh atau sistem cip dan pin yang digunakan pada masa kini.

Akan tetapi, punca utamanya adalah disebabkan nilai aset tersebut sangat tidak menentu. Hal ini menjadikan mata wang kripto belum sesuai untuk pembayaran harian. Sebaliknya, mata wang kripto dilihat sebagai simpanan nilai yang memiliki haknya sendiri.

Mata wang kripto dicipta dengan pelbagai yang berbeza. Sebahagiannya seperti Bitcoin, diciptakan sebagai ganjaran kepada ‘pelombong (miners)’ kerana menggunakan kuasa komputer untuk mengesahkan transaksi yang dibuat pada blockchain Bitcoin. Tetapi ini menjadikan kos pengendalian Bitcoin mahal. Mata wang kripto lain cuba untuk mencari proses alternatif untuk memastikan tawaran terhadap blockchain masih boleh disahkan tanpa memerlukan jumlah tenaga pengkomputeran yang sama.

Apakah Risiko Pelaburan Mata Wang Kripto / Aset Digital?

Sebelum kita pergi jauh, baca dulu Aset Digital Menurut Perspektif Syariah (KEPUTUSAN MAJLIS PENASIHAT SYARIAH SURUHANJAYA SEKURITI MALAYSIA 31 Disember 2020)

Keputusan ini tidak terpakai kepada mana-mana aset digital yang berada di luar bidang kuasa Suruhanjaya Sekuriti. Tonton juga video ini: Betul Ke Kripto Patuh Syariah? Jika di masa akan datang kripto ini dikelaskan sebagai matawang, maka hukum jual beli ini pasti akan berubah sebab tertakluk kepada syarat-syarat pertukaran barangan ribawi (Bai` al-Sarf).

Harga sesuatu coin boleh berubah-ubah dan bergerak pantas dalam jangka masa pendek. Itulah sebabnya sesetengah pemilik mata wang kripto telah menerima pakai mantra “hodl” — “hold on for dear life” atau bertahan untuk jangka masa panjang.

Berdasarkan Fatwa terkini di Selangor, semua pemilikan kripto / aset digital WAJIB keluarkan zakat sekiranya cukup syarat. Cara pengiraan dan penerangan ada di Fatwa Zakat Ke Atas Aset Digital Seperti Bitcoin.

Sebahagian besar coin itu sendiri tidak dikawal di seluruh dunia. Maka, jika berlaku sebarang masalah dan pelabur kehilangan semua wang mereka, mereka tidak mendapat perlindungan daripada pihak berkuasa sepenuhnya.

Nilai coin juga boleh terjejas sekiranya ia dihentikan, dinyahsenarai, atau mengalami perubahan teknologi yang ketara. Mata wang boleh dihentikan atas banyak sebab seperti jumlah yang rendah, kecairan tunai, dan ancaman keselamatan.

Akhir sekali, pembangun atau ahli komuniti kripto tertentu mungkin mempunyai pandangan yang berbeza tentang hala tuju masa depan rangkaian tersebut, atau ingin menukar sebahagian peraturan atau protokol yang mengawal blockchain.

Apakah Risiko Keselamatan Mata Wang Kripto / Aset Digital?

Pemilik aset bertanggungjawab untuk melindungi aset digital mereka sendiri, sama seperti bagaimana mereka melindungi wang tunai mereka. Aset digital ini boleh disimpan pada komputer dan terdapat beberapa pilihan lain yang tersedia ada.

Salah satu pilihannya ialah dompet maya yang disimpan di dalam talian. Ia lebih mudah untuk diakses. Walau bagaimanapun, dompet dalam talian lebih mudah digodam.

Sebahagian pemilik kripto lebih suka menyimpan aset mereka dalam sesuatu yang dikenali sebagai “cold storage” — ia adalah peranti elektronik dalam bilik kebal yang tidak disambungkan ke internet. Dompet cold storage tidak menerima banyak jenis mata wang kripto seperti dompet dalam talian, walaupun ia adalah pilihan simpanan yang lebih mahal. Masalah lain ialah kehilangan atau terlupa kunci peribadi; yang digunakan untuk mengakses dompet digital. Seperti institusi kewangan lain, penyedia perkhidmatan kripto juga perlu memastikan mereka tidak digodam.

Sumber rujukan : Financial Times

Boleh tonton video kami yang terdahulu, Kripto: Hype & Hukum

  • Beza aset digital vs mata wang kripto
  • Hukum jual beli kripto
  • Kenapa harga kripto naik?

Nak melabur dalam aset digital kripto ini mudah sahaja sebenarnya kerana yang penting anda ada akaun dalam mana-mana platform kripto. Jika anda belum ada akaun Luno, jangan lepaskan peluang dan buka akaun anda di link ini.

Seperti biasa, pastikan hanya guna duit modal yang kita sanggup burnt atau rugi 100%. Perlu ingat untung pasangannya rugi. Pulangan pasangannya risiko.

Tiada pelaburan yang memberi keuntungan tanpa risiko kerugian.

Boleh buka akaun Luno di sini dan claim bonus RM25 dalam bentuk Bitcoin secara percuma: https://www.luno.com/invite/F9S7R8