5 Soalan Popular Tentang Pelaburan Saham – Siri 2

Macam-macam soalan yang timbul tentang pelaburan saham ini. Dan soalan ini berkisar tentang perkara yang sama terutamanya apabila soalan ini datang daripada pelabur-pelabur baru.

Yelah, nak belajar mesti pelbagai soalan akan ditanya.

Minggu lepas, kita dah kongsikan 5 soalan popular tentang pelaburan saham dan minggu ini merupakan siri kedua topik ini.

Baca : 5 Soalan Popular Tentang Pelaburan Saham – Siri 1

Jom kita lihat sambungan soalan-soalan popular berkenaan dengan pelaburan saham.

Video ini dibawakan khas oleh Asri Ahmad Academy. Jika anda “Zero” tentang pelaburan saham, ayuh sertai program – program percuma anjuran bersama Bursa Malaysia. Daftar sekarang di sini.

Dengan adanya dua siri ini dapat membantu anda semua, pelabur baru yang hendak memulakan pelaburan saham jelas dan faham akan persoalan-persoalan ini.

Tidak perlu ragu-ragu lagi. Mulakan langkah pertama anda dalam pelaburan saham dengan mendalami ilmu-ilmu asas terlebih dahulu.

Dah ada ilmu asas, baru lah steady nak masuk pasaran saham. Jangan risau, banyak ilmu percuma yang dikongsikan kepada anda secara percuma.

Mulakan pelaburan dengan ilmu. Selamat melabur!

Previous ArticleNext Article

Awas! Dengan 4 Jenis Saham Ini

AWAS! Nak beli saham ni tak boleh lah main beli jer.

Niat nak melabur boleh berubah menjadi lebur kerana sikap terburu-buru atau tamak yang ada dalam diri kita. Untuk melabur, perlulah dengan ilmu.

Dengan ilmu, anda dapat mengurangkan risiko kerugian. Jika pembelian saham dilakukan dengan semberono, kemungkinan untuk rugi itu lebih tinggi.

Haa. Kami kongsikan kepada anda semua 4 jenis saham yang perlu anda berhati-hati ketika melabur.

Kena tahu cara yang betul dan syarikat yang sesuai untuk dilaburkan. Jika tersilap langkah diri sendiri yang rugi nanti. Sebab itu anda perlu berhati-hati dengan jenis-jenis saham seperti ini.

Mungkin nampak kadar keuntungannya lebih cepat atau dengan harapan beli di harga yang murah atau rendah, keuntungan akan lebih tinggi.

Namun perkara sebaliknya boleh berlaku. Kenali saham syarikat yang anda ingin beli serta pastikan anda yakin dengan keupayaan saham syarikat tersebut.

Ingat! Jangan main labur je, nanti melebur.

Selamat melabur!

Video ini dibawakan khas oleh Asri Ahmad Academy. Jika anda betul-betul ZERO dalam pelaburan saham, anda boleh mendaftar webinar anjuran Asri Ahmad Academy bersama Bursa Malaysia di sini.