Diskaun Saman RM50 – Cara Bayar Saman Dan Cara Semak Jumlah Saman

Ramai yang kena saman tetapi belum selesaikan lagi bayaran saman kan? 

Ada juga yang menunggu jika dapat diskaun. Jarang sekali pihak polis beri diskaun untuk kebanyakan saman, sekiranya ada diskaun, ia diberi pada saman-saman yang tertentu sahaja.

PDRM Beri Diskaun Bayar Saman RM50

Pada tahun 2023 ini, sempena hari raya Aidilfitri, Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah melaksanakan kadar khas bayaran saman RM50 untuk setiap saman trafik sebelum ini. Ia tertakluk kepada kesalahan trafik yang dilakukan pada 2022 serta tahun-tahun sebelumnya. Diskaun bayaran saman RM50 ini telah bermula dari April lepas sehingga pada 21 Mei 2023 ini.

Diskaun yang diberikan oleh PDRM ini adalah hampir 85 sehingga 86%. Banyak bukan? Syukur apabila diberi peluang oleh kerajaan untuk menerima kemudahan dan penjimatan ini. 

Objektif Terbaik Saman RM 50 

Tahukah anda, kadar khas bayar saman ini amat sukar diadakan, ini adalah julung kali dilaksanakan dan mempunyai objektif terbaik untuk semua pihak. Selain memberi peluang ke atas kesalahan atau saman yang tidak boleh dikompaun, diskaun bayar saman ini juga dapat membantu masyarakat dan mengurangkan beban rakyat Malaysia. 

Menurut sumber Berita Sinar Harian, Datuk Seri Mat Kasim Karim selaku Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman berkata bahawa, semua saman sebelum ini yang telah disekat termasuk saman yang tidak boleh dikenakan kompaun atau yang perlu dibawa ke mahkamah, saman-saman tersebut akan dibuka semula. 

Beliau juga berkata bahawa untuk saman yang disekat sememangnya tidak boleh membaharui lesen dan cukai, jadi alternatif memberi diskaun saman ini sangat membantu masyarakat. Hanya kes saman yang memerlukan proses perbicaraan di mahkamah sahaja yang tetap disekat kerana ia melibatkan pihak ketiga.

Pada masa yang sama, beliau mengajak masyarakat supaya mengambil peluang yang ditawarkan kerajaan malah tempoh pembayaran juga diberi sehingga selepas perayaan Aidilfitri. Sedikit sebanyak pasti dapat meringankan beban rakyat. Ini adalah pertama kali dapat sejarah PDRM berikan kesempatan penjimatan sebegini.

Gambar: astroawani

Cara Bayar Saman Trafik 

Terdapat beberapa cara pembayaran saman trafik yang boleh anda pilih. Cara pembayaran ini akan memudahkan urusan kita semua memandangkan ia hanya berada dihujung jari iaitu menggunakan internet dan telefon bimbit sahaja. Begitu mudah sahaja boleh bayar saman.

Anda boleh memilih cara berikut untuk bayar saman.

  1. Aplikasi Mybayar Saman
  2. Mesin ATM Maybank di seluruh negara
  3. Semua kaunter pejabat pos Malaysia
  4. Semua kaunter bayaran trafik APK dan IPD 

Untuk pembayaran di kaunter, disarankan untuk melakukan transaksi pada hari bekerja mengikut waktu operasi pejabat tersebut. Walaupun banyak cara bayar saman yang boleh anda pilih, kami sarankan anda boleh menjadi pengguna MyBayar Saman.

Setelah mendaftar, boleh terus bayar ikut langkah di sistem aplikasi. Tak perlu beratur panjang atau menaiki kereta ke pejabat pos atau kaunter bayaran trafik, mudah bukan? Jimat masa, tenaga dan wang, urusan sekejap sahaja pun boleh selesai.

Aplikasi Bayar Saman Mudah Digunakan

Anda boleh memuat turun aplikasi bayar saman yang dipercayai. Antara 3 aplikasi yang membolehkan anda mendaftar MyBayar Saman adalah seperti berikut.

  1. Portal – https://mybayar.rmp.gov.my
  2. Apple store – https://apps.apple.com/my/app/mybayar-saman/id1552671016
  3. Google playstore – https://play.google.com/store/apps/details
  4. Huawei Appstore – https://appgallery.huawei.com/#/app/C104046205

Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan/ permasalahan mengenai pembayaran kompaun saman, anda boleh hubungi no. hotline call centre 03-22663346 atau emel ke [email protected]

Pilih cara bayar saman yang sesuai dengan telefon bimbit yang anda gunakan. Jika lebih mudah gunakan portal, teruskan daftar dan ikuti langkah yang diberikan. 

Cara Semak Jumlah Saman Keseluruhan

Sama ada kita mempunyai jumlah saman yang tertunggak mahupun tidak, penting untuk kita semak saman dan bayar saman dengan segera. Jika tidak, ia akan dibawa kepada masa yang akan datang dan menambahkan lagi komitmen atau perkara yang belum kita selesaikan. 

Kini, anda boleh menyemak saman dengan mudah melalui cara SMS.

Taip: POLIS<jarak>SAMAN<jarak>Nombor Kad Pengenalan atau No Plat Kenderaan

Kemudian, hantar SMS tersebut kepada nombor 15888 atau 32728

Sebagai contoh, SMS sebegini:

POLIS SAMAN SSE2210 atau POLIS SAMAN 920200115394.

Anda akan menerima SMS berkaitan jumlah saman anda yang tertunggak dan yang terkini. Segera lunaskan saman-saman sementara PDRM beri diskaun bayar saman RM50. Sedikit sedikit lama-lama akan habis juga.

Jadi, tunggu apa lagi? Jom ikuti langkah dibawah!

Kita semak saman dahulu dan terus bayar mengikut pilihan anda. Tidak semestinya waktu nak bayar saman baru nak semak jumlah saman yang pernah dikenakan terhadap anda. Tetapi anda boleh menyemak jumlah saman pada bila-bila masa dan bersedia untuk membuat pembayaran supaya tidak dikenakan tindakan yang lebih serius.

Semoga cara semak jumlah saman dan cara bayar saman ini bermanfaat buat anda. 

Rujukan: 

Jabatan Siasatan Dan Penguatkuasaan Trafik PDRM

Previous ArticleNext Article

Pengurusan Kesihatan Mental Untuk Usahawanita Moden

usahawanita moden
  • Rutin pengurusan kesihatan mental untuk usahawanita moden
  • Usahawan wanita yang mengurus perniagaan sambil memikul tanggungjawab peribadi
  • Kehidupan moden yang pantas dan kompetitif menyebabkan wanita mudah kemurungan
  • Kesihatan mental yang baik membantu wanita urus tekanan & kekalkan produktiviti kerja

Wanita hari ini bukan lagi sekadar berada di belakang tabir dalam dunia perniagaan. Mereka menjadi pengasas syarikat, pelabur, profesional, pemilik SME dan peneraju pelbagai industri.

Namun, kejayaan tersebut datang bersama tekanan yang mungkin tidak kelihatan.

Bagi sesetengah wanita, selepas tamat waktu pejabat, tanggungjawab belum selesai. Masih ada anak yang perlu diurus, pasangan, keluarga, rumah dan pelbagai keputusan yang perlu dibuat.

Sebab itu kesihatan mental wanita tidak boleh dilihat sebagai isu sampingan.

Baca : Wanita Malaysia Jana Lebih RM176 Juta Pada 2022 Sebagai Hos – Airbnb

Data Kementerian Kesihatan Malaysia melalui NHMS 2023 menunjukkan kira-kira satu daripada lapan rakyat Malaysia berusia 15 tahun ke atas mengalami kemurungan, dan prevalens kemurungan meningkat dua kali ganda berbanding 2019.

Lebih menarik untuk konteks usahawan, satu kajian terhadap rakyat Malaysia mendapati pemilik perniagaan menunjukkan simptom kemurungan yang lebih tinggi, manakala tekanan menjadi antara faktor penting yang berkait dengan simptom tersebut.

“Kajian terhadap 728 orang dewasa di Malaysia mendapati pemilik perniagaan menunjukkan tahap simptom kemurungan lebih tinggi, dengan tekanan & status sebagai pemilik perniagaan menjadi antara peramal signifikan simptom kemurungan.”National Library of Medicine

Baca : Pelaburan Bantu Wanita Boleh Wujud Kesan Beriak Bawa Pelbagai Manfaat

Ini bukan bermaksud menjadi usahawan menyebabkan kemurungan. Sebaliknya, ia menunjukkan bahawa tekanan keusahawanan dan kesihatan mental wajar diberi perhatian.

Jadi, apakah rutin yang boleh membantu usahawanita moden menjaga kesihatan mental mereka?

1. Rutin Bersenam

Senaman bukan hanya untuk menurunkan berat badan.

Bagi usahawanita yang menghabiskan sebahagian besar hari di hadapan komputer, dalam mesyuarat atau mengurus operasi perniagaan, aktiviti fizikal boleh menjadi ruang untuk keluar seketika daripada tekanan kerja.

rutin bersenam wanita

Tidak semestinya perlu melakukan senaman berat.

Berjalan kaki, berenang, berlari, berbasikal atau melakukan latihan kekuatan secara konsisten sudah boleh menjadi sebahagian daripada rutin.

Yang penting ialah konsistensi, bukan intensiti semata-mata.

Bahkan, menjadikan senaman sebagai rutin mingguan boleh memberikan satu bentuk struktur kepada kehidupan yang mungkin dipenuhi jadual kerja yang tidak menentu.

2. Rutin Penjagaan Diri

Ada satu perkara yang sering berlaku kepada wanita yang terlalu sibuk.

Mereka menjaga semua orang kecuali diri sendiri.

rutin penjagaan diri wanita

Bagi sebahagian wanita, rawatan kecantikan bukan sekadar mahu kelihatan lebih muda atau cantik. Ia juga boleh menjadi masa untuk berhenti seketika daripada rutin kerja.

Namun, penting untuk membezakan self-care daripada tekanan untuk sentiasa kelihatan sempurna.

Penjagaan diri sepatutnya membantu seseorang berasa lebih baik tentang dirinya, bukan menambahkan tekanan untuk memenuhi standard kecantikan tertentu.

3. Rutin Tidur Awal

Usahawan mungkin terkenal dengan bekerja sehingga lewat malam.

Laptop dibuka selepas anak tidur. Telefon masih berbunyi dengan WhatsApp pelanggan. E-mel masih masuk. Idea perniagaan pula datang ketika semua orang sudah tidur.

rutin tidur awal

Masalahnya, otak juga memerlukan masa untuk berehat.

Rutin tidur yang konsisten boleh menjadi salah satu bentuk pengurusan diri yang paling mudah tetapi sering diabaikan.

Sebelum tidur, usahakan untuk mengurangkan penggunaan skrin dan cahaya terang, khususnya apabila ia menyebabkan kita terus terangsang dengan kerja, media sosial atau notifikasi.

Kadangkala masalahnya bukan kita tidak mempunyai masa untuk tidur.

Kita tidak pernah benar-benar berhenti bekerja.

4. Rutin Travel dan Melihat Dunia

Travel juga boleh menjadi satu bentuk “reset” daripada rutin.

Bagi usahawanita yang sentiasa membuat keputusan untuk syarikat, pekerja dan keluarga, perjalanan seorang diri boleh memberikan ruang untuk membuat keputusan berdasarkan diri sendiri.

Tidak perlu sentiasa memilih destinasi popular.

rutin melancong wanita

Asia Tengah, misalnya, menawarkan pengalaman yang berbeza, Kazakhstan, Uzbekistan, Kyrgyzstan dan negara-negara lain mempunyai sejarah, budaya dan landskap yang jauh berbeza daripada destinasi pelancongan biasa.

Solo travel juga tidak semestinya bermaksud melarikan diri daripada kehidupan.

Kadangkala ia sekadar memberikan seseorang ruang untuk melihat kehidupan dari perspektif yang berbeza.

Namun, perjalanan perlu dirancang mengikut kemampuan kewangan, keselamatan dan keadaan diri. Travel yang menambahkan hutang atau tekanan bukanlah self-care.

5. Rutin Beribadah & Kebajikan

Bagi wanita Muslim, pengurusan kehidupan tidak semestinya berhenti pada aspek fizikal dan psikologi.

Ia juga mempunyai dimensi spiritual.

rutin beribadah wanita

Solat, membaca al-Quran, menghadiri kelas ilmu, melakukan amal jariah, menunaikan umrah atau haji boleh menjadi sebahagian daripada rutin kehidupan yang memberikan ruang untuk seseorang kembali mengingati tujuan hidup yang lebih besar daripada pekerjaan.

Ini juga memberikan perspektif kepada dunia keusahawanan.

Syarikat boleh berkembang. Duit boleh bertambah. Jawatan boleh berubah. Tetapi kehidupan tetap mempunyai dimensi yang lebih luas daripada keuntungan.

Baca : Perangai Wanita Malaysia Selepas Dapat Gaji

Bagi sesetengah usahawanita, amal jariah juga menjadi cara untuk menukar sebahagian daripada kejayaan material kepada sesuatu yang memberi manfaat kepada orang lain.

Alhasil

Menjadi usahawanita moden bukan sekadar tentang membina syarikat dan mencapai keuntungan.

Ia juga tentang kemampuan untuk terus berfungsi sebagai seorang individu, sebagai wanita, ibu, isteri, anak, pemimpin dan manusia yang mempunyai keperluan emosi serta fizikal sendiri.

Sebab itu rutin kecantikan, senaman, tidur, travel dan ibadah tidak sepatutnya dilihat sebagai aktiviti yang membuang masa daripada pekerjaan.

Sebaliknya, ia boleh menjadi sebahagian daripada cara seseorang membina kehidupan yang lebih seimbang.

Pada akhirnya, perniagaan yang berjaya memerlukan seorang pemimpin yang mampu bertahan dalam jangka panjang.

Baca : Kisah Emas Dan Wanita Kelantan

Usahawanita tidak perlu memilih antara kejayaan dan kesejahteraan diri. Yang lebih penting ialah belajar mengurus kedua-duanya.