Aku Keliru…Nak Refinance Atau Nak Jual Rumah?

Bagi seorang pemilik hartanah, pastinya soalan ini pernah terlintas dalam hati. Nak refinance atau nak jual rumah aku ni?

Kalau refinance dapat duit lebih, bolehlah renovate rumah atau pergi umrah…

Kalau jual pula, dapat duit nanti; bolehlah buat modal pelaburan….

Eh, susah pulak kan pertanyaan kali ini? Apa yang penting, baca dulu dari perkongsian saudara Muhd Farid; baru boleh buat keputusan yang tepat.

REFINANCE @ JUAL ??

“Bang, saya ada beli rumah tahun 2013, time beli dulu harga RM 100,000. Harini saya check dengan bank value dah RM 250,000.

“Apa yang saya patut buat bang ?? Saya dalam dilema ni..”

Ok jika korang dalam situasi ini, apa yang korang buat, perlu Refinance @ Jual rumah ni ???

Ada yang kata refinance sebab sayang jual rumah ni,

Ada yang kata jual sebab boleh dapatkan kuota 90% loan lagi.

Tak ada salah,
Tak ada betul.

Tapi ini guideline yang aku sendiri guna dalam menguruskan hartanah aku sendiri.

REFINANCE : Bila sewa masih sama @ melebihi bayaran bulanan bank.

Contoh :

Beli tahun 2013 = RM 100,000
Market Value tahun 2017 = RM 250,000

Kadar sewa semasa = RM 1,200/bulan

Apabila refinance 90% dari RM 250,000,
pinjaman akan dapat sekitar RM 225,000, dan bulanan sekitar RM 1,125/bulan +/- (bergantung pada interest dan tempoh pinjaman)

Nota : Elak membuat refinance di Maybank kerana tempoh pinjaman cashout hanya 10 tahun, dan di CCRIS akan keluar sebagai Pinjaman Peribadi.

Andaian baki hutang masih sama = RM 100,000
Lebihan tunai yang akan dapat sekitar = RM 150,000.

Gunakanlah RM 150,000 ini untuk membeli kereta idaman korang seperti BMW F30, Merc Benz E200, Audi A4, Honda Civic, Ducati Panigale sebab FREE !! Orang lain bayarkan.

Kalau tak nak, belilah 2 buah rumah lelong secara cash dan hasil sewaan tu boleh lah nak bayar ansuran Honda City @ Toyota Vios.

Setiap hujung minggu, start enjin kereta buat pulak Uber, dapat lagi extra income yang boleh di simpan di dalam ASB loan.

Hasil dividen ASB loan nanti, rolling pulak masuk Unit trust.

Hasil Unit trust nanti, bagilah kat aku kalau tak tahu nak buat apa.

Kat sini, walaupun selepas refinance,

Sewa > bayaran bank
RM 1200 > RM 1125

JUAL : Bila sewa lebih rendah dari bayaran bulanan bank.

Contoh :

Beli tahun 2013 = RM 100,000
Market Value tahun 2017 = RM 250,000

Kadar sewa semasa = RM 800/bulan

Apabila refinance 90% dari RM 250,000,
pinjaman akan dapat sekitar RM 225,000, dan bulanan sekitar RM 1125/bulan +/- (bergantung pada interest dan tempoh pinjaman)

Kat sini, jika membuat refinance,
Sewa < bayaran bank
RM 800 < RM 1125

Ini sudah sampai masa untuk korang menjual hartanah tersebut dan mencari hartanah lain.

Kuota loan 90% ada kembali + cash di tangan.

Belilah rumah yang betul, dengan harga yang betul, di lokasi yang betul, dengan objektif yang betul.

***Dua-dua atas ni aku dah buat, aku dah refinance rumah, aku dah jual rumah dan masing-masing dah beranak rumah lain yang bagi pasif income setiap bulan cuma belum beri aku supercar je. Doa-doakanlah yea.

Sumber: Facebook Muhd Farid

Anda Nak Beli Rumah, Tapi Adakah Anda Tahu Tahap Kewangan Anda?

Takut-takut ianya kurang memuaskan, nanti nak apply pinjaman tak lepas pula.

  • Bagaimana pula dengan hutang kad kredit, bayar tepat pada masanya atau tidak?
  • Pernahkah anda terlibat dengan sebarang masalah undang-undang atau muflis?
  • Berapa pula Debt to service ratio (DSR) anda?

Dengan TechRevo, kini anda boleh dapatkan laporan kewangan dengan cepat dan mudah.

Bukan itu sahaja, semua pengiraan berkenaan dengan permohonan pinjaman akan dilakukan berdasarkan apa yang bank mahu.

Yang lagi bestnya, di penghujung laporan nanti ada pilihan bank dengan tawaran terbaik khusus untuk anda.

Dengan harga promosi RM14.90, anda akan dapat:

✅ Ketepatan 99% pengiraan DSR + kelayakan pinjaman perumahan
✅ Laporan CCRIS untuk 12 bulan
✅ Kes undang-undang, muflis

Dapatkan laporan TechRevo hari ini juga -> https://tinyurl.com/techrevo

Previous ArticleNext Article

1 Comment

  1. saya ada rumah sudah habis bayar adakah saya perlu jual atau refinance rumah itu .sebab mahu beli rumah yang saya tinggal sekarang atas nam bapa saya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

OIB Lancar Gardens Idaman, Memperkukuh Portfolio Perumahan Mampu Milik Mampan Di Selangor

Rawang, 17 Ogos 2026: Oriental Interest Berhad (OIB) hari ini mengumumkan pelancaran rasmi Myra Idaman, sebuah pembangunan perumahan mampu milik terbaharunya di bawah program Rumah Idaman, yang dipasarkan dengan nama Gardens Idaman. Pelancaran ini memperluas lagi portfolio perumahan mampu milik OIB di Selangor, dengan Gardens Idaman menjadi pembangunan terbaharu Kumpulan di bawah program Rumah Idaman.

Meliputi kawasan seluas 11.226 ekar dengan nilai pembangunan kasar (GDV) sebanyak RM163.8 juta,
Gardens Idaman akan menawarkan 616 unit pangsapuri separa berperabot dengan harga bermula daripada RM250,000 hingga RM270,000. Setiap unit turut dilengkapi dengan dua ruang letak kereta.

Pembangunan berstatus pajakan ini dijangka siap pada tahun 2030 dan direka sebagai komuniti berpagar dan berpengawal untuk pembeli rumah pertama serta keluarga yang mencari kediaman yang lebih luas dan selesa.

Setiap unit berkeluasan 1,002 kaki persegi mempunyai tiga bilik tidur, dua bilik air dan dua ruang letak kereta, serta dilengkapi secara separa berperabot dengan almari pakaian, penghawa dingin, pemanas air, kabinet dapur, peti sejuk, televisyen dan kabinet TV.

Para penghuni juga akan menikmati Central Park yang menampilkan trek joging, gimnasium luar, taman permainan kanak-kanak, gelanggang futsal dan pickleball, selain kemudahan lain seperti dewan serbaguna, tadika serta surau.

William Lew, Pengurus Besar Unit Perniagaan Essential Myra, bahagian hartanah kediaman OIB, berkata program Rumah Idaman Selangor memainkan peranan penting dalam memperluaskan akses kepada perumahan mampu milik berkualiti di seluruh negeri.

“Program Rumah Idaman telah menjadi penanda aras penting dalam menjadikan pemilikan rumah berkualiti lebih mudah dicapai oleh pembeli rumah pertama.

“Sebagai salah satu pemaju yang menyertai program ini, peranan kami bukan sekadar membangunkan kediaman yang memenuhi keperluan program, tetapi juga sentiasa mencari peluang untuk mewujudkan nilai tambah kepada pemilik rumah serta komuniti yang bakal didiami mereka,” katanya

Pelancaran ini turut memperluas portfolio perumahan mampu milik OIB, dengan Gardens Idaman dan pembangunan akan datang, Saujana Idaman di Dengkil, masing-masing menerima pensijilan Provisional GreenRE Bronze, mengiktiraf komitmen projek-projek tersebut terhadap amalan pembangunan yang mampan dan bertanggungjawab terhadap alam sekitar.

GreenRE merupakan skim pensijilan bangunan hijau Malaysia yang ditubuhkan oleh
Persatuan Pemaju Hartanah dan Perumahan Malaysia (REHDA), bagi mengiktiraf pembangunan yang
memenuhi penanda aras kelestarian merangkumi aspek seperti kecekapan tenaga, kecekapan air, perlindungan alam sekitar serta kualiti persekitaran dalaman.

Walaupun aspek kelestarian semakin diberi perhatian dalam sektor hartanah Malaysia, penerapan piawaian GreenRE dalam pembangunan perumahan mampu milik masih belum meluas.

Ini menunjukkan masih terdapat ruang untuk memperluaskan penerapan reka bentuk mampan dalam pembangunan perumahan mampu milik, agar manfaat kelestarian dapat dinikmati oleh lebih ramai pemilik rumah.

Lew menambah bahawa walaupun pensijilan GreenRE bukan merupakan keperluan di bawah program Rumah Idaman, OIB percaya aspek kelestarian wajar diterapkan dalam pembangunan perumahan mampu milik dan tidak seharusnya terhad kepada pembangunan bertaraf premium.

“Sering kali wujud persepsi bahawa kelestarian hanya sesuai untuk pembangunan berharga tinggi. Namun, kami percaya perumahan mampu milik juga boleh menerapkan elemen kelestarian tanpa menjejaskan kemampuan milik, terutamanya apabila aspek ini dipertimbangkan sejak peringkat awal reka bentuk.

“Pensijilan Provisional GreenRE Bronze yang diterima oleh Gardens Idaman dan Saujana Idaman menunjukkan bahawa kelestarian dan kemampuan milik boleh bergerak seiring. Pencapaian ini turut mencerminkan usaha kami untuk menerapkan pendekatan pembangunan yang lebih mampan dalam projek perumahan mampu milik,” jelasnya.

Gardens Idaman menggabungkan pelbagai ciri reka bentuk mampan termasuk reka bentuk luaran bangunan bagi mengurangkan penyerapan haba, kelengkapan kecekapan air 100%, penggunaan bahan binaan rendah karbon, sistem acuan aluminium boleh guna semula, sistem lif cekap tenaga, cat rendah penyerapan sebatian organik (VOC) serta pengoptimuman pencahayaan semula jadi.

Secara keseluruhannya, langkah-langkah ini dijangka meningkatkan kecekapan penggunaan tenaga dan air, memperbaiki kualiti persekitaran dalaman serta mewujudkan persekitaran kediaman yang lebih selesa untuk para penghuni.

Berdasarkan penilaian GreenRE, Gardens Idaman dijangka mencapai penjimatan tenaga kira-kira 30.61% berbanding dengan garis dasar GreenRE, serta mengurangkan pelepasan karbon operasi yang dianggarkan sebanyak 337 tan karbon dioksida setara (CO₂e) setiap tahun.

Terletak di salah satu koridor pertumbuhan utama Selangor, Gardens Idaman menawarkan hubungan strategik ke Rawang, Sungai Buloh, Kwasa Damansara, Petaling Jaya dan Kuala Lumpur melalui Lebuhraya Kuala Lumpur-Kuala Selangor (LATAR), Lebuhraya Koridor Guthrie serta Lebuhraya Utara-Selatan (NSE).

Pembangunan ini turut menawarkan akses mudah ke sekolah, kemudahan penjagaan kesihatan dan rekreasi serta pusat komersial berhampiran.

Gardens Idaman merupakan projek terbaharu dalam portfolio Rumah Idaman OIB, selepas kejayaan pelancaran Putra Idaman di Desa Pinggiran Putra pada tahun 2024.

Dengan Saujana Idaman dijadualkan untuk dilancarkan pada suku ketiga 2026, OIB akan terus mengembangkan portfolio perumahan mampu miliknya di Selangor, selaras dengan aspirasi perumahan negeri. Untuk maklumat lanjut mengenai Gardens Idaman, layari https://www.myra.com.my/myra-homes/gardensidaman