Gaji & Upah Rakyat Malaysia Tahun 2016

Kalau merujuk kepada statistik yang dikeluarkan oleh Jabatan Perangkaan Malaysia baru-baru ini, kita dapat lihat bahawa gaji median pekerja Malaysia meningkat daripada RM1,600 sebulan kepada RM1,703 iaitu peningkatan sebanyak 6.2%; manakala gaji min pekerja Malaysia pula meningkat daripada RM2,312 sebulan kepada RM2,463 iaitu peningkatan sebanyak 6.3%.

Apa Itu Min Dan Median?

Kita kena buka balik buku Matematik zaman sekolah. Kalau ikut definisi:

  • Median adalah nilai cerapan yang terletak di tengah-tengah taburan data apabila nilai-nilai cerapan disusun mengikut tertib menaik.
  • Min adalah purata bagi nilai-nilai cerapan dalam satu set data.
Sumber: http://csc.columbusstate.edu

Kalau diikutkan, kiraan min adalah lebih tepat yang menggambarkan gaji purata seorang pekerja Malaysia.

Gaji Pekerja Bandar Lebih Tinggi Daripada Gaji Pekerja Luar Bandar

Kita sedia maklum, gaji mereka yang bekerja di bandar adalah lebih tinggi daripada gaji mereka yang bekerja di luar bandar. Memang tidak dinafikan, ini merupakan sebab utama ramai anak muda berhijrah ke bandar untuk mencari pekerjaan sebaik sahaja mereka menamatkan pengajian.

Tapi kena fikir juga kos sara hidup yang lebih tinggi di bandar, adakah ianya dapat menampung kehidupan yang selesa? Atau sekadar cukup-cukup makan sahaja?

Gaji RM5,000 Dikira Miskin Bandar

Macamana pula ni? Kalau diikutkan, ramai pekerja bandar yang menerima gaji min/purata yang dikira sebagai miskin bandar. Sanggup duduk berjauhan dengan mak ayah di kampung, tapi hakikatnya kena pula beli motor atau kenderaan untuk ke tempat kerja, lepas tu kena menyewa bilik pula.

Bila nak kumpul duit untuk beli rumah?

Bagaimana pula nak menabung untuk masa depan kalau pendapatan pun tak cukup?

7.1 Juta Penerima BR1M?

Ini merupakan lagi satu statistik yang membimbangkan. Satu angka yang mengejutkan.

Kalau diikutkan, sebanyak 7.1 juta rakyat Malaysia layak menerima Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M). Rata-rata golongan penerima BR1M ni pula adalah daripada mereka yang berpendapatan rendah.

Maka, adakah isyarat ini membimbangkan?

Kurangkan Perbelanjaan, Tambah Pendapatan

Dalam situasi ekonomi yang semakin mencabar, kita ada 2 pilihan. Samada nak kurangkan perbelanjaan atau tambah pendapatan.

Contoh nak kurangkan perbelanjaan:

Kalau rasa susah sangat nak buat perkara di atas, apa kata cuba tambahkan pendapatan; contohnya seperti:

  • Buat kerja part-time luar waktu pejabat atau pada hujung minggu
  • Berniaga online
  • Jual beli saham syarikat di pasaran saham Bursa Malaysia

Atau boleh rujuk kepada 9 Idea Buat Duit Sambil Tidur Dengan Cara Yang Halal.

Perlukan Usaha Dan Tawakal

Sebelum itu, kita kena belajar bersyukur dengan segala pemberian Allah. Kemudian, kita mulakan dengan usaha untuk menurangkan perbelanjaan dan menambah pendapatan dan disusuli dengan tawakal.

Kalau berdoa sahaja tapi tak buat apa-apa, tak jalan juga. Dan kalau kita dah berusaha tapi masih tak beroleh kejayaan, rajinlah berdoa dan minta tolong kepada Tuhan Yang Maha Pemberi Rezeki.

Kami doakan semoga pembaca semua peroleh kejayaan di dunia dan akhirat.

Baca juga 5 Sebab Logik Kenapa Gaji Rakyat Malaysia Tak Naik

Previous ArticleNext Article

1 Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Prestasi KWAP Perlu Dinilai Secara Adil, Catat RM12.9 Bilion Untung Bersih – PM Anwar

KUALA LUMPUR, 20 Julai (Bernama) — Prestasi Kumpulan Wang Persaraan (Diperbadankan) (KWAP) perlu dinilai secara adil memandangkan dana persaraan itu berjaya mencatatkan keuntungan bersih RM12.9 bilion, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Anwar, yang juga Menteri Kewangan berkata ia tidak mungkin dicapai tanpa kepakaran, komitmen dan dedikasi panel pelaburan, pengurusan serta kepimpinan KWAP.

Mengenai pelaburan dalam eFishery, Perdana Menteri berkata bukan sahaja KWAP, malah syarikat pelaburan terkemuka Singapura seperti Temasek, bank Jepun SoftBank, Sequoia Capital, Aqua-Spark, 42XFund yang berpangkalan di Abu Dhabi and NorthStar dari Indonesia, turut melabur dalam syarikat pemula teknologi akuakultur itu.

“Jadi saya mohon rakan-rakan Yang Berhormat melihat keseluruhannya kerana keuntungan dan pertumbuhan yang disebut pertumbuhan kompaun tahunan itu melebihi 8.5 peratus,” kata beliau pada sesi soal jawab di Dewan Negara hari ini.

Perdana Menteri menjawab soalan Senator Mohd Hasbie Muda berhubung strategi bagi memastikan tabung persaraan negara iaitu Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan KWAP mampu memberikan dividen terbaik walaupun berdepan ketidaktentuan geopolitik global.

Sementara itu, beliau turut menjelaskan bahawa KWAP tidak hanya melabur dalam syarikat asing, sebaliknya turut mempunyai pelaburan yang besar dalam syarikat pemula tempatan.

Anwar berkata selain pelaburan sedia ada, KWAP turut terbabit dalam inisiatif GEAR-UP yang diterajui Kementerian Kewangan (MOF) bersama KWAN, melibatkan dana berjumlah RM30 bilion.

Menjawab soalan tambahan Mohd Hasbie mengenai unjuran KWAP membiayai sepenuhnya tanggungan pencen melalui pulangan pelaburannya tanpa bergantung kepada dana kerajaan, Anwar berkata setakat ini keuntungan yang dicatatkan, meskipun mencecah puluhan bilion ringgit, masih belum mampu menampung kos pencen bagi jangka panjang.

“Sebab itu kita juga terpaksa berdepan dengan kontroversi mengenai tuntutan sebahagian pihak supaya dana dikeluarkan dengan lebih mudah,” kata beliau.

Menjawab soalan tambahan Senator Datuk Abdul Hasim Suleiman mengenai keanggotaan jawatankuasa pelaburan KWAP dan sama ada majoritinya terdiri daripada golongan profesional, Anwar berkata panel pelaburan itu dianggotai sepenuhnya oleh golongan profesional manakala lembaganya turut diwakili wakil kementerian dan pekerja.

“Bagaimanapun, saya setuju dengan Yang Berhormat, kerugian itu (atas pelaburan dalam eFishery) harus memberikan kita peringatan, tidak semestinya kelulusan diberikan oleh panel pelaburan besar dunia, macam kita lihat tadi dari Eropah, Jepun, (misalnya) itu harus mempengaruhi kita.

“Tentunya ia memberi sedikit pertimbangan kerana untuk Softbank, misalnya melabur atau Emiriah Arab Bersatu atau Eropah, tentunya bagi pertimbangan besar tapi kalau kita lihat, cerakin proses, ia satu kejadian luar biasa,” kata Anwar.

— BERNAMA