8 Sebab Mengapa Anda Perlu Pertimbangkan Portal Pelaburan Principal

Kita kini berada dalam tahun 2022. Setelah hampir dua tahun bergelut dengan pandemik COVID-19, ia sedikit sebanyak telah mengubah diri kita dan masyarakat dengan pelbagai norma baharu.

Salah satu daripadanya adalah dengan penggunaan internet dan teknologi yang meluas untuk membantu kita meneruskan kehidupan. Kita semua disarankan untuk tinggal di rumah dan kurangkan aktiviti di luar rumah.

Hampir semua perkara dilakukan secara online. Sesi persekolahan dijalankan secara online melalui kaedah Pengajaran dan Pembelajaran Di Rumah (PdPR), kerja pun dilakukan dari rumah (work from home) dan nak beli belah pun dibuat secara online.

Melihat kepada gaya hidup generasi muda hari ini, aktiviti secara online memang sesuai untuk mereka. Mudah dan cepat, semuanya di hujung jari saja. Generasi yang tak berapa nak muda pun terpaksa turut serta.

Terbaru, Principal Asset Management (Principal) telah memperkenalkan portal yang telah dipertingkatkan bagi memudahkan orang ramai melabur sendiri wang mereka dalam unit amanah. Tanpa perlu keluar rumah, semuanya boleh dilakukan sendiri dengan mudah.

Semua maklumat boleh diakses melalui portal secara online. Nak belajar cara-cara melabur, dapatkan prestasi dana yang terkini atau nak baca prospektus sebelum melabur, semuanya cukup mudah. Ini kerana anda perlu betul-betul faham ke mana anda laburkan duit anda, barulah anda boleh rasa yakin untuk melabur.

Jom kita tengok 8 sebab kenapa anda perlu pertimbangkan portal terbaru Principal untuk pelaburan anda.

1. Pengalaman Lebih Daripada 142 Tahun

Principal mempunyai pengalaman yang luas dalam pelaburan secara global. Mereka mempunyai kepakaran untuk menguruskan pelaburan anda, agar anda tidak perlu risau memikirkannya.

Pelaburan berpotensi membantu anda menambahkan simpanan anda. Jadi dapatkan pakar untuk merancang pelaburan.

2. Pelbagai Dana Patuh Syariah

Selain daripada kepakaran mereka menguruskan dana pelaburan yang bernilai berbilion Ringgit, Principal menawarkan pelbagai pilihan dana patuh Syariah.

Sama ada anda ingin melabur menggunakan wang tunai dan/atau menerusi i-Invest KWSP, pasti ada dana yang sesuai dengan tahap toleransi risiko dan objektif pelaburan anda.

3. Pendedahan Dana Tempatan Dan Antarabangsa Untuk Kurangkan Risiko

Anda juga boleh melabur dalam dana yang dilaburkan di luar negara. Apabila anda melebarkan sayap pelaburan, ianya sekaligus dapat mempelbagaikan portfolio pelaburan dan mengurangkan risiko.

Itulah kelebihan melabur dalam unit amanah, dan anda boleh mula melaur dengan modal yang rendah.

4. Portal Pelaburan Yang Mudah Digunakan

Portal pelaburan Principal yang telah dipertingkatkan ini memudahkan orang ramai untuk mengurus pelaburan mereka pada bila-bila masa dan di mana saja. Anda boleh melihat prestasi semasa portfolio pelaburan anda, membeli, menukar dan menebus dana anda.

Ianya telus dan mudah untuk digunakan. Jadilah seorang pelabur yang bijak.

5. Pengalaman Terbaik

Seiring dengan perkembangan semasa, kini anda boleh hubungi Khidmat Pelanggan Principal dengan menggunakan WhatsApp saja. Lebih mudah untuk anda mendapatkan bantuan sekiranya berdepan dengan sebarang masalah atau ingin mendapatkan penjelasan yang lebih lanjut.

6. Tahun Pemulihan Ekonomi

Pandemik telah memberi kesan terhadap ekonomi negara kita, dan tahun 2022 dilihat sebagai tahun pemulihan ekonomi. Sejarah telah menunjukkan bahawa ekonomi dunia akan kembali mencatatkan kenaikan selepas berlakunya kegawatan dan prestasinya lebih baik dari tahun sebelumnya.

Oleh itu, apabila ekonomi semakin pulih, pulangan daripada pelaburan juga dijangka akan menjadi lebih baik. Kitaran ekonomi sentiasa turun dan naik mengikut  keadaan pasaran.

7. Promosi Menarik 

Bagi anda yang mungkin masih teragak-agak untuk memulakan pelaburan dengan Principal, mereka menawarkan promosi caj jualan 0% untuk semua pelaburan yang menggunakan wang tunai dan/atau menggunakan simpanan KWSP. Cepat rebut peluang untuk melabur sementara promosi ini masih ada. 

Dengan caj jualan 0% ini, anda mempunyai lebih banyak modal untuk melabur.

8. Jadikan Tahun 2022 Tahun Yang Baik Dari Segi Kewangan

Ramai terkesan dengan pandemik yang melanda, bukan saja di Malaysia malah di seluruh dunia. Bagi membantu orang ramai bangkit daripada cabaran ini, Principal ingin membantu merancang kewangan anda agar anda dapat menikmati kehidupan dengan lebih yakin. 

Dapatkan ganjaran sehingga 4.88% p.a. apabila anda melabur dengan portal pelaburan atas talian Principal. Masukkan kod “GetExtra” apabila anda daftar keluar untuk menikmati ganjaran menarik ini.

Promosi ini akan tamat pada 30 April 2022 jadi rebutlah peluang ini.

* Tertakluk kepada terma dan syarat


Pautan: https://www.principal.com.my

Previous ArticleNext Article

FCPO: Trend Menurun Semakin Menguat Semasa Fasa Mendatar

  • Kekalkan pegangan jualan

FCPO mengalami penurunan yang mendadak pada hari Jumaat lalu apabila jatuh MYR26 untuk
ditutup pada harga MYR4,480. Komoditi ini membuka sesi dagangan pada paras harga MYR4,516. Ia kemudiannya mencatat paras tertinggi intrahari pada MYR4,520 sebelum kegiatan penjualan tinggi berlaku dan mengheretnya ke paras terendah sesi tersebut pada MYR4,460. Ia kemudian menutup dagangan pada paras MYR4,480 dengan membentuk corak lilin menurun yang kuat, sekali gus mengesahkan bahawa tekanan jualan mendominasi pasaran.

Pergerakan harga ini menunjukkan komoditi sekarang bergerak ke paras sokongan MYR4,390 dan terus-menerus ditutup di bawah garisan SMA 50 hari. RSI juga masih berada jauh dalam zon menurun yang menandakan rentak menurun adalah kuat dan mungkin akan berlarutan. FCPO sekarang dijangka akan menguji paras sokongan seterusnya pada MYR4,390. Kami bertindak mengekalkan bias dagangan negatif kerana mereka yang menantikan penurunan harga jelas mempunyai kawalan.

Para pedagang disarankan untuk terus mengekalkan pegangan jualan yang dimulakan pada penutupan 12 Mei, iaitu MYR4,481. Untuk menangani risiko-risiko dagangan yang ada, paras ambang henti rugi tetap kukuh berada pada MYR4,700.

Paras sokongan pertama ialah MYR4,390 dan diikuti oleh paras MYR4,300. Paras rintangan pertama sekarang berada pada MYR4,600 dan diikuti oleh paras rintangan lebih tinggi bernilai MYR4,700.