
Kekalkan pegangan belian

FCPO meneruskan penurunan harga pada hari Selasa untuk ditutup dengan harga lebih rendah sebanyak MYR4,504 – iaitu di bawah garisan SMA 50 hari. Komoditi ini mula didagangkan pada harga MYR4,531 dan pada satu tahap, ia jatuh ke paras terendah sesi dagangan sebanyak MYR4,487 sebelum menutup dagangan pada MYR4,504 dengan corak “bayang bawah panjang”.
Tindakan harga terkini ini menunjukkan penurunan harga sedang berlaku memandangkan komoditi ini didagangkan di bawah garisan SMA 50 hari (MYR4,511). Sekiranya tekanan jualan meningkat, ia mungkin menurun semula ke paras sokongan MYR4,400. Jika komoditi ini melepasi paras rintangan MYR4,600, ia akan menarik tekanan membeli baharu dan menyambung semula pergerakan menaik.
Buat masa ini, komoditi ini akan bergerak mendatar di bawah paras rintangan MYR4,600. Kami tetap berpegang pada bias dagangan positif melainkan ia jatuh bawah paras sokongan MYR4,400.
Para pedagang disaran untuk mengekalkan pegangan belian yang dimulakan pada penutupan perdagangan pada 12 Feb (MYR4,621). Bagi mengawal risiko-risiko dagangan:
- Paras henti rugi ditetapkan pada MYR4,400
- Paras sokongan terdekat ditetapkan pada MYR4,400, diikuti oleh MYR4,300.
- Bagi pergerakan menaik, paras rintangan serta merta dilihat pada MYR4,600, diikuti oleh MYR4,800.
Penganalisis:
Joseph Chai
TEL : +(603) 2302 8113
E-MEL : [email protected]

Laporan penyelidikan ini disediakan oleh pasukan Penyelidikan RHB (RHB Research Team) dari RHB Investment Bank Bhd.