FCPO: Jatuh Bawah Garis SMA 50 Hari Berikutan Momentum Menurun Kukuh

Paras henti rugi dicecah; Mulakan pegangan jualan

FCPO mengalami arah aliran menurun yang kuat pada hari Jumaat apabila menjunam sebanyak RM161 untuk ditutup lebih rendah pada RM4,328. Komoditi ini memulakan sesi dagangan dengan Jurang Susut yang membuka harga dagangan dengan lebih rendah pada RM4,460. Selepas mengalami sesi pembukaan dagangan lemah, ia semakin menurun sepanjang sesi sehingga mencecah paras terendah intrahari RM4,324 dan menutup dagangan pada RM4,328 dengan corak lilin menurun memanjang.

Komoditi ini diniagakan di bawah garisan SMA 50 hari, sekali gus menunjukkan sentimen menurun menguasai pasaran sekarang. Selepas menembusi paras sokongan RM4,350, FCPO mungkin terus menurun sehingga mencecah paras RM4,250. Garisan SMA 200 hari bertindak sebagai paras sokongan jika harga menurun. Walau bagaimanapun, dalam keadaan harga yang menurun, paras sokongan lazimnya lemah. Penembusan paras sokongan mungkin akan dilanjutkan sehingga paras RM4,000.

Memandangkan komoditi ini sudah ditutup di bawah paras henti rugi RM4,350, kami menukar pendirian kami kepada bias dagangan negatif. Kami menghentikan pegangan belian (yang dimulakan pada RM4,517 atau penutupan 2 Apr) selepas harga mencecah paras henti rugi pada RM4,350. Sebaliknya, kami memulakan pegangan jualan pada penutupan 4 Apr, iaitu pada harga RM4,328.

Untuk mengurus risiko-risiko dagangan yang ada:

  • Paras ambang henti rugi awal ditetapkan pada RM4,500.
  • Selepas harga menurun menembusi paras sokongan, paras sokongan terdekat disemak kepada RM4,250, diikuti oleh RM4,000.
  • Paras rintangan terdekat sebaliknya ditetapkan kepada RM4,500 disusuli oleh rintangan lebih tinggi pada RM4,700.

Penganalisis:
Joseph Chai
TEL : +(603) 2302 8113
E-MEL : [email protected]

Nak Mula Trade FCPO?

Kami faham, pembaca yang beginner mesti ada banyak soalan.

Nak tahu strategi terbaik untuk trade FCPO? Nak dapatkan pulangan yang baik, tak kira pasaran menaik atau menurun?

Belajar dulu.

Kemudian mula dengan modal yang paling minimum. Bukan trade dulu kemudian baru belajar.

Sesi PERCUMA kini dibuka!!
⏳ Tempat TERHAD Kepada 50 Peserta Sahaja!
Daftar Sekarang Sebelum Penuh!

Klik link di bawah untuk daftar sebelum sold out 👉 👉 SAYA NAK TRADE FCPO

Previous ArticleNext Article

FCPO: Mendatar Di Bawah Garisan SMA 50 Hari

  • Kekalkan pegangan jualan

FCPO menurun MYR2 untuk ditutup pada paras MYR4,535 selepas tekanan jualan muncul berhampiran garisan SMA 50 hari. Pada Jumaat, komoditi ini membuka sesi dagangan pada harga MYR4,547. Ia kemudiannya berayun antara MYR4,570 dan MYR4,518 sebelum menutup dagangan pada paras MYR4,535. Pergerakan harga ini mengesahkan bahawa garisan SMA 50 hari terus menjadi paras rintangan overhed.

Selagi komoditi ini berada di bawah garisan purata bergerak jangka sederhana ini, mereka yang menantikan penurunan harga akan mempunyai kelebihan teknikal. Sementara itu, paras rintangan kukuh dijangka berada pada paras MYR4,700. Dalam keadaan pasaran menurun, paras rintangan kukuh dan akan menghalang kenaikan harga komoditi ini. Kami akan terus berpegang pada bias dagangan negatif melainkan FCPO menembusi paras ambang MYR4,700 tersebut.

Kami menyarankan para pedagang untuk terus mengekalkan pegangan jualan yang dimulakan pada 12 Mei atau MYR4,481. Untuk mengurus risiko-risiko dagangan yang ada, paras ambang henti rugi masih kukuh pada MYR4,700.

Paras sokongan pertama berada pada MYR4,390 yang diikuti oleh paras MYR4,300. Paras rintangan terdekat sebaliknya berada pada MYR4,700 dan diikuti oleh paras rintangan lebih tinggi bernilai MYR4,840