FCPO: Momentum Kenaikan Pasaran Semakin Rancak [10 Mac 2025]

  • Kekalkan pegangan jualan

Dengan momentum kenaikan pasaran kukuh, FCPO menaik merentasi rintangan RM4,600 untuk ditutup pada RM4,625. Komoditi ini membuka sesi dagangan hari Jumaat pada paras RM4,479. Selepas mencecah paras terendah intrahari sebanyak RM4,462, ia meningkat menuju paras puncak hari tersebut iaitu RM4,638 sebelum menutup dagangan dengan corak lilin menaik yang panjang. Setelah paras rintangan berjaya ditembusi semasa pergerakan menaik, komoditi ini mungkin akan menghampiri paras rintangan RM4,700.

Sebelum kenaikan ini berlaku, FCPO perlu menutupi Jurang Susut yang terbentuk pada 24 Feb. Tekanan jualan kuat dijangka muncul pada paras RM4,700. Sekiranya rentak kenaikan ini mereda, ia mungkin kembali menurun kepada paras sokongan RM4,500. Penurunan harga sehingga ke bawah paras sokongan ini akan menyebabkan fasa pembetulan harga kembali bermula.

Buat masa ini, kami akan berpegang pada bias dagangan negatif sehingga FCPO ini ditutup di atas paras rintangan RM4,700. Kami sarankan pedagang untuk terus mengekalkan pegangan jualan yang dimulakan pada penutupan dagangan 3 Mac (RM4,484). Untuk mengurus risiko-risiko dagangan:

  • Paras henti rugi (stop loss) ditetapkan pada RM4,700
  • Paras sokongan terdekat disemak kepada RM4,500, diikuti oleh MYR4,300.
  • Dalam keadaan harga menaik, paras rintangan pertama sudah ditetapkan kepada RM4,700, diikuti oleh paras RM4,800.

Penganalisis:
Joseph Chai
TEL : +(603) 2302 8113
E-MEL : [email protected]

Nak Mula Trade FCPO?

Kami faham, pembaca yang beginner mesti ada banyak soalan.

Nak tahu strategi terbaik untuk trade FCPO? Nak dapatkan pulangan yang baik, tak kira pasaran menaik atau menurun?

Belajar dulu.

Kemudian mula dengan modal yang paling minimum. Bukan trade dulu kemudian baru belajar.

Sesi PERCUMA kini dibuka!!
⏳ Tempat TERHAD Kepada 50 Peserta Sahaja!
Daftar Sekarang Sebelum Penuh!

Klik link di bawah untuk daftar sebelum sold out 👉 👉 SAYA NAK TRADE FCPO

Previous ArticleNext Article

FCPO: Lantunan Melawan Arus Namun Trend Menurun Masih Berlangsung

  • Kekalkan pegangan jualan

FCPO mencatat lantunan melawan arus trend semalam apabila menaik MYR13 untuk ditutup pada paras MYR4,551. Komoditi ini membuka sesi dagangan pada paras lebih rendah iaitu sebanyak MYR4,534. Ia jatuh kepada paras terendah sesi hari itu sebanyak MYR4,528 sebelum minat pembelian yang kuat muncul, lalu membawanya kepada paras tertinggi berjumlah MYR4,580. Akhirnya, ia menutup dagangan berhampiran paras tertinggi berkenaan dan membentuk corak lilin menaik. Pergerakan harga yang positif ini dianggap sebagai lantunan yang melawan arus trend. RSI sekarang semakin meningkat, sekali gus menunjukkan momentum menaik kembali muncul.

Walaupun mengalami kenaikan harga, komoditi ini masih lagi berada di bawah garisan SMA 50 hari, yang mengesahkan bahawa struktur pasaran menurun dalam jangka sederhana masih kuat. Kami ramalkan tekanan jualan akan kembali menghampiri garisan SMA 50 hari sekiranya momentum menaik bertahan. Buat masa sekarang, kami tetap berpegang pada bias dagangan negatif melainkan FCPO melepasi paras MYR4,700.

Kami menyarankan para pedagang untuk terus mengekalkan pegangan jualan yang dimulakan pada penutupan 12 Mei, iaitu MYR4,481. Untuk mengurus risiko-risiko dagangan yang ada, paras ambang henti rugi kekal kukuh pada MYR4,700.

Paras sokongan pertama berada pada MYR4,390 yang diikuti oleh paras MYR4,300. Paras rintangan pertama sebaliknya berada pada MYR4,700 dan diikuti oleh paras rintangan lebih tinggi bernilai MYR4,840.