FCPO: Momentum Menurun Kembali Rancak

  • Kekalkan pegangan jualan

FCPO mengalami tekanan jualan baharu pada hari Jumaat apabila ia susut RM54 untuk ditutup pada RM3,878. Komoditi ini membuka sesi dagangan pada harga RM3,923, kemudian ia kembali ke paras terendah intrahari sebanyak RM3,848 sebelum kerugiannya berkurang apabila ditutup pada harga RM3,878 dengan corak lilin putih.

Tindakan harga negatif yang terbaharu ini menunjukkan bahawa sentimen menurun kembali menguasai
pasaran. Seperti yang dinyatakan dalam laporan sebelum ini, selagi FCPO kekal bawah paras ambang RM4,000, keadaan teknikal menurun masih wujud. Dengan itu, komoditi ini berkemungkinan akan mencatat trend penurunan pada sesi-sesi akan datang, sekali gus mencuba untuk menembusi paras sokongan RM3,700. Dalam pergerakan menaik, kedua-dua garis SMA 50 dan 200 hari kekal sebagai rujukan paras rintangan atas untuk FCPO. Berdasarkan momentum penurunan yang kembali muncul ini, kami tetap berpegang pada bias dagangan negatif. Para pedagang disarankan untuk terus mengekalkan pegangan jualan yang dimulakan pada RM4,328 (penutupan 4 Apr).

Untuk mengurangkan risiko-risiko dagangaN:

  • Paras henti rugi dikekalkan pada RM4,000
  • Paras sokongan segera ditetapkan pada RM3,700, diikuti oleh sokongan lebih rendah pada RM3,500
  • Paras rintangan terdekat ditambat pada RM4,000 dan disusuli oleh rintangan lebih tinggi sebanyak RM4,100

Nak Mula Trade FCPO?

Kami faham, pembaca yang beginner mesti ada banyak soalan.

Nak tahu strategi terbaik untuk trade FCPO? Nak dapatkan pulangan yang baik, tak kira pasaran menaik atau menurun?

Belajar dulu.

Kemudian mula dengan modal yang paling minimum. Bukan trade dulu kemudian baru belajar.

Ini bukan kelas PREVIEW. Terus belajar teknik penting untuk berdagang FCPO.
Yang penting, akan dapat ilmu dengan yuran yang berbaloi-baloi!

Klik link di bawah untuk daftar sebelum sold out 👉 👉 SAYA NAK TRADE FCPO

Previous ArticleNext Article

FCPO: Kembali Ke Fasa Pengukuhan

  • Kekalkan pegangan jualan

FCPO ini menurun MYR9 semasa sesi dagangan lalu untuk ditutup pada harga MYR4,597. Pada hari Jumaat, komoditi ini memulakan dagangan pada paras MYR4,604. Pada awalnya, ia jatuh ke paras terendah sesi tersebut pada MYR4,575. Ia kemudiannya melantun ke paras tertinggi sesi tersebut pada MYR4,608 dan menutup dagangan pada MYR4,597. Di samping pergerakan RSI ke bawah, penutupan dagangan terkini yang menurun menunjukkan momentum menurun kembali menguat.

Komoditi ini mungkin akan melanjutkan fasa koreksi harga dan menguji paras sokongan semula pada MYR4,390. Sementara itu, garisan SMA 50 hari masih bergerak ke paras lebih rendah, lantas mengukuhkan keadaan pasaran menurun. Sekiranya komoditi ini mencatat pergerakan menaik, paras MYR4,700 akan menahan harga daripada menembusi paras berkenaan. Selagi FCPO terus berada di bawah paras ambang MYR4,700, kami tetap akan berpegang pada bias dagangan negatif.

Para pedagang disarankan untuk terus mengekalkan pegangan jualan yang dimulakan pada penutupan 12 Mei (MYR4,481). Untuk menangani risiko-risiko dagangan yang ada, paras ambang henti rugi ditetapkan pada MYR4,700.

Paras sokongan pertama kini berada pada MYR4,390 dan diikuti oleh paras sokongan lebih rendah pada MYR4,250. Paras rintangan pertama pula ialah MYR4,700 yang diikuti oleh paras MYR4,900.