FCPO: Momentum Pasaran Menurun Kembali Rancak 

Kekalkan pegangan jualan.

FCPO mengalami perubahan harga baharu pada hari Jumaat apabila ia jatuh RM38 dan ditutup pada paras RM4,375. Pada hari tersebut, komoditi ini memulakan sesi dagangan dengan harga RM4,410. Asalnya, ia menaik menghampiri paras tertinggi intrahari pada RM4,428. Momentum kenaikan ini kemudian menurun pada waktu tengah hari dan FCPO jatuh ke paras terendah intrahari sebanyak RM4,365 sebelum menutup sesi dagangan dengan corak lilin menurun. RSI dilihat mencatat penurunan sekarang, lantas menandakan momentum pasaran menurun kembali rancak.

Sementara itu, komoditi ini diniagakan di bawah garis SMA 50 hari, dengan kelebihan memihak kepada pedagang yang menjangkakan penurunan pasaran. Oleh demikian itu, tindakan harga negatif mungkin akan menyusul dalam sesi-sesi terdekat dan menghampiri paras sokongan terdekat pada RM4,300.

Dalam keadaan pasaran menurun, indeks ini dijangka akan menembusi paras sokongan dan melanjutkan pergerakan harga menurun. Sementara menanti harga menurun menembusi paras sokongan, kami tidak mengubah pegangan bias dagangan negatif. Kami sarankan para pedagang untuk mengekalkan pegangan jualan yang dimulakan pada harga RM4,484, atau pada penutupan dagangan 3 Mac.

Untuk mengurus risiko-risiko dagangan:

  • Paras henti rugi ditetapkan pada RM4,500
  • Paras sokongan terdekat ditetapkan pada RM4,300, diikuti oleh paras MYR4,000
  • Sebaliknya, paras rintangan terdekat ditambat pada RM4,500, diikuti oleh paras seterusnya pada RM4,600.

Penganalisis:
Joseph Chai
TEL : +(603) 2302 8113
E-MEL : [email protected]

Nak Mula Trade FCPO?

Kami faham, pembaca yang beginner mesti ada banyak soalan.

Nak tahu strategi terbaik untuk trade FCPO? Nak dapatkan pulangan yang baik, tak kira pasaran menaik atau menurun?

Belajar dulu.

Kemudian mula dengan modal yang paling minimum. Bukan trade dulu kemudian baru belajar.

Sesi PERCUMA kini dibuka!!
⏳ Tempat TERHAD Kepada 50 Peserta Sahaja!
Daftar Sekarang Sebelum Penuh!

Klik link di bawah untuk daftar sebelum sold out 👉 👉 SAYA NAK TRADE FCPO

Previous ArticleNext Article

FCPO: Lantunan Melawan Arus Namun Trend Menurun Masih Berlangsung

  • Kekalkan pegangan jualan

FCPO mencatat lantunan melawan arus trend semalam apabila menaik MYR13 untuk ditutup pada paras MYR4,551. Komoditi ini membuka sesi dagangan pada paras lebih rendah iaitu sebanyak MYR4,534. Ia jatuh kepada paras terendah sesi hari itu sebanyak MYR4,528 sebelum minat pembelian yang kuat muncul, lalu membawanya kepada paras tertinggi berjumlah MYR4,580. Akhirnya, ia menutup dagangan berhampiran paras tertinggi berkenaan dan membentuk corak lilin menaik. Pergerakan harga yang positif ini dianggap sebagai lantunan yang melawan arus trend. RSI sekarang semakin meningkat, sekali gus menunjukkan momentum menaik kembali muncul.

Walaupun mengalami kenaikan harga, komoditi ini masih lagi berada di bawah garisan SMA 50 hari, yang mengesahkan bahawa struktur pasaran menurun dalam jangka sederhana masih kuat. Kami ramalkan tekanan jualan akan kembali menghampiri garisan SMA 50 hari sekiranya momentum menaik bertahan. Buat masa sekarang, kami tetap berpegang pada bias dagangan negatif melainkan FCPO melepasi paras MYR4,700.

Kami menyarankan para pedagang untuk terus mengekalkan pegangan jualan yang dimulakan pada penutupan 12 Mei, iaitu MYR4,481. Untuk mengurus risiko-risiko dagangan yang ada, paras ambang henti rugi kekal kukuh pada MYR4,700.

Paras sokongan pertama berada pada MYR4,390 yang diikuti oleh paras MYR4,300. Paras rintangan pertama sebaliknya berada pada MYR4,700 dan diikuti oleh paras rintangan lebih tinggi bernilai MYR4,840.