LAST CALL! Bursa Malaysia Derivatives Virtual Trading Challenge Tawarkan Hadiah Kemenangan Berjumlah RM40,000

Bursa Malaysia Derivatives Virtual Trading Challenge (DVTC) kembali lagi tahun ini. Tahun lepas kita dah saksikan Siah Cen Kuang membawa pulang hadiah utama sebanyak RM7,000.

Mungkin tahun ini giliran anda pula? Siapa tahu kan!

Kenapa Kena Join?

DVTC 2022 adalah peluang untuk anda cuba meneroka pelaburan derivatif di Bursa Malaysia dan untuk upgrade skill trading anda. Yuran penyertaan pun percuma, jadi inilah masa untuk mencabar diri sendiri. Tak rugi apa pun. Yang tengah praktis paper trade, alang-alang lebih baik sertai cabaran ini.

Cepat, pendaftaran akan ditutup 28 Oktober 2022 (Jumaat). Tinggal 2 hari sahaja lagi!

Bagi kategori individu, jumlah hadiah kemenangan yang ditawarkan adalah RM20,000. Manakala kategori pasukan Universiti berjumlah RM20,000.

Para peserta individu akan berebut 15 tempat teratas untuk memenangi hadiah, dengan pemenang tempat pertama akan membawa pulang wang tunai sebanyak RM7,000.

Hadiah sagu hati pun bernilai RM200!

Tempoh Pendaftaran: 5 September 2022 – 28 Oktober 2022

Tempoh Cabaran: 17 November 2022 – 6 Disember 2022

Mereka yang mempunyai baki tertinggi di hujung cabaran ini bakal membawa pulang hadiah di atas.

Tertakluk pada terma dan syarat.

Anda boleh trade dengan 5 kontrak derivatif berikut:

  • FCPO (Crude Palm Oil Futures)
  • FEPO (East Malaysia Crude Palm Oil)
  • FGLD (Gold Futures)
  • FKLI (FTSE Bursa Malaysia KLCI Futures)
  • FM70 (Mini FTSE Bursa Malaysia Mid 70 Index Futures)

Sepanjang tempoh cabaran, anda perlu trade dengan minimum 20 lot (contoh: membeli 1 kontrak dan menjual 1 kontrak ia bersamaan dengan 2 lot) bagi memenuhi syarat kelayakan untuk menang. Asalkan dapat baki tertinggi pada tarikh 6 Disember nanti.

6 Langkah Mudah Untuk Mendaftar

Berminat? Jom ikuti langkah seperti dibawah:

1. Layari laman web DVTC 2022 untuk mendaftar

2. Semak pengesahan pada emel yang telah didaftarkan

3. Dapatkan link QST newLite (dalam emel pengesahan) dan muat turun QST Mobile. Log masuk ke Derivatives Trading Simulator (DTS)

4. Belajar ilmu trading & kemahiran dalam Webinar pengenalan

5. Mula berdagang di DTS dengan modal maya sebanyak RM100,000

6. Dapatkan baki tertinggi untuk MENANG!

Tarikh Tutup Pendaftaran 28 Oktober 2022 (Jumaat)

Jom kita sertai Derivatives Virtual Trading Challenge 2022 untuk memenangi hadiah yang berjumlah sehingga RM20,000. Kami doakan semoga pembaca Majalah Labur adalah pemenang tahun ini!

Baca juga 3 Kaedah Analisis Teknikal Dalam Perdagangan FCPO Yang Anda Perlu Tahu

Previous ArticleNext Article
Individu berlesen/berdaftar dengan Suruhanjaya Sekuriti.

Portal Semak Sebelum Labur SC membolehkan anda menyemak sama ada seseorang individu atau entiti dibenarkan oleh SC untuk menawarkan, mempromosi atau menjual sebarang produk dan perkhidmatan pasaran modal.

FCPO: Trend Menurun Semakin Menguat Semasa Fasa Mendatar

  • Kekalkan pegangan jualan

FCPO mengalami penurunan yang mendadak pada hari Jumaat lalu apabila jatuh MYR26 untuk
ditutup pada harga MYR4,480. Komoditi ini membuka sesi dagangan pada paras harga MYR4,516. Ia kemudiannya mencatat paras tertinggi intrahari pada MYR4,520 sebelum kegiatan penjualan tinggi berlaku dan mengheretnya ke paras terendah sesi tersebut pada MYR4,460. Ia kemudian menutup dagangan pada paras MYR4,480 dengan membentuk corak lilin menurun yang kuat, sekali gus mengesahkan bahawa tekanan jualan mendominasi pasaran.

Pergerakan harga ini menunjukkan komoditi sekarang bergerak ke paras sokongan MYR4,390 dan terus-menerus ditutup di bawah garisan SMA 50 hari. RSI juga masih berada jauh dalam zon menurun yang menandakan rentak menurun adalah kuat dan mungkin akan berlarutan. FCPO sekarang dijangka akan menguji paras sokongan seterusnya pada MYR4,390. Kami bertindak mengekalkan bias dagangan negatif kerana mereka yang menantikan penurunan harga jelas mempunyai kawalan.

Para pedagang disarankan untuk terus mengekalkan pegangan jualan yang dimulakan pada penutupan 12 Mei, iaitu MYR4,481. Untuk menangani risiko-risiko dagangan yang ada, paras ambang henti rugi tetap kukuh berada pada MYR4,700.

Paras sokongan pertama ialah MYR4,390 dan diikuti oleh paras MYR4,300. Paras rintangan pertama sekarang berada pada MYR4,600 dan diikuti oleh paras rintangan lebih tinggi bernilai MYR4,700.