Skim Pelaburan Mudarabah Laundrybar Terus Catat Pulangan Konsisten Bagi Tahun 2022

KUALA LUMPUR, Malaysia, 15 Feb (Bernama) — SKIM Pelaburan Mudarabah Laundrybar tahun 2022 terus mencatat pulangan pelaburan yang konsisten selepas tempoh perlahan berikutan pandemik COVID-19 sebelum ini.

Bagi semua pelabur Skim Pelaburan Mudarabah Laundrybar, tempoh sukar sebelum ini tidak menjadi halangan untuk terus memberi kepercayaan sekaligus meraih pulangan pelaburan yang tinggi bagi tahun 2022.

Menurut kenyataan yang diumumkan oleh Laundrybar, pelabur-pelabur menerima pulangan sebanyak 8.0 peratus, ditambah pula dengan 0.5 peratus bonus.

“Kami berbangga kerana secara konsisten memenuhi janji kami untuk pulangan pelaburan yang tinggi. Sejak 2019, kami telah membayar sekurang-kurangnya 8.0 peratus dan bonus 0.5 peratus untuk semua pelaburan, dan tahun ini tidak terkecuali.

“Kami sangat teruja untuk mengumumkan hasil sementara kami untuk tahun 2022 dan ia lebih baik daripada sebelumnya,” jelas kenyataan tersebut.

Apa yang menarik pulangan yang positif ini adalah hasil daripada kerja keras semua pihak. Kerja keras dan dedikasi kami telah membuahkan hasil dan kami berbesar hati untuk mengumumkan hasil interim sebanyak 8.0 peratus.

“Dan bukan itu sahaja, sebagai ucapan terima kasih khas atas sokongan berterusan anda, kami menawarkan bonus tambahan 0.5 peratus untuk semua pelaburan yang dibuat pada tahun 2022.”

Pengumuman tersebut dibuat dalam satu majlis meraikan 80 orang pelabur Skim Pelaburan Mudarabah Laundrybar di Dorsett Hartamas pada 11 Februari 2023 oleh Pengarah Urusan Kumpulan Laundrybar, Paul Ang.

Sebagai rekod, Skim Pelaburan Mudarabah Laundrybar mencatat pulangan yang memberangsangkan sejak diperkenalkan pada tahun 2019 iaitu memulakan penanda aras dengan catatan pulangan lapan peratus bersama 0.5 peratus bonus.

REKOD PULANGAN PELABURAN:

2019 : 8% + Bonus 0.5%

2020 : 8% + Bonus 0.5%

2021 : 8% + Bonus 0.5%

2022 : 8% + Bonus 0.5%

Sumber: City Coin Laundry Sdn Bhd

–BERNAMA

Previous ArticleNext Article

FCPO: Kembali Ke Fasa Pengukuhan

  • Kekalkan pegangan jualan

FCPO ini menurun MYR9 semasa sesi dagangan lalu untuk ditutup pada harga MYR4,597. Pada hari Jumaat, komoditi ini memulakan dagangan pada paras MYR4,604. Pada awalnya, ia jatuh ke paras terendah sesi tersebut pada MYR4,575. Ia kemudiannya melantun ke paras tertinggi sesi tersebut pada MYR4,608 dan menutup dagangan pada MYR4,597. Di samping pergerakan RSI ke bawah, penutupan dagangan terkini yang menurun menunjukkan momentum menurun kembali menguat.

Komoditi ini mungkin akan melanjutkan fasa koreksi harga dan menguji paras sokongan semula pada MYR4,390. Sementara itu, garisan SMA 50 hari masih bergerak ke paras lebih rendah, lantas mengukuhkan keadaan pasaran menurun. Sekiranya komoditi ini mencatat pergerakan menaik, paras MYR4,700 akan menahan harga daripada menembusi paras berkenaan. Selagi FCPO terus berada di bawah paras ambang MYR4,700, kami tetap akan berpegang pada bias dagangan negatif.

Para pedagang disarankan untuk terus mengekalkan pegangan jualan yang dimulakan pada penutupan 12 Mei (MYR4,481). Untuk menangani risiko-risiko dagangan yang ada, paras ambang henti rugi ditetapkan pada MYR4,700.

Paras sokongan pertama kini berada pada MYR4,390 dan diikuti oleh paras sokongan lebih rendah pada MYR4,250. Paras rintangan pertama pula ialah MYR4,700 yang diikuti oleh paras MYR4,900.