Senarai ‘King’ dan ‘Queen’ Unit Trust Public Mutual di Malaysia

Sebut saja Public Mutual mesti orang dah tahu…itu Unit Trust. Public Mutual Berhad adalah anak syarikat Public Bank.

Kali ini kita nak berkenalan dengan kakak-kakak meletops dan abang-abang hensem daripada Public Mutual Berhad. Mereka yang tersenarai ini mempunyai angka jualan mencecah jutaan ringgit malah ratus juta setahun pun ada! Berapa banyak komisen dah dapat tu?

Pangkat tertinggi dalam kerjaya sebagai konsultan Unit Trust adalah Group Agency Manager (GAM).

Group Agency Manager Public Mutual Berhad

#1. Puan Norhaili Ahmad Mokhtar

Facebook: Norhaili Binti Ahmad Mokhtar

 #2. Puan Tunku Ketri Eliana

Facebook: Tunku Ketri E

 #3. Puan Azlinda Binti Makhatar

Facebook: Azlinda Makhatar

 #4. Tuan Shaari Anuar Musa

Laman Web: Shaari Unit Trust
Facebook: Shaari Anuar

 #5. Puan Norlela Khalidah Darmin

Laman Web: JPlatinum

Facebook: Norlela Khalidah Darmin

#6. Puan Norazlin Ahmad Mokhtar

Facebook: Norazlin Bt Ahmad Mokhtar

#7. Puan Zaidah Mohd Zainal

Facebook: Zaidah Zainal

#8. Tuan Muhammad Hafez Musa

Facebook: Muhammad Hafez Musa

 

Berapa Komisen Seorang Group Agency Manager (GAM) Dapat?

Percaya atau tidak, kebanyakan mereka yang tersenarai di atas ini telah berjaya membuat jualan kumpulan sebanyak RM50 juta dalam masa setahun! Kalau diikutkan, seseorang GAM akan memperolehi overriding commission sebanyak 0.69%, maka:

RM50,000,000 * 0.69% = RM345,000

Dan kalau ada GAM yang jualan kumpulan mencecah RM100 juta dalam masa setahun, maka:

RM100,000,000 * 0.69% = RM690,000

Yang paling best, ada GAM di mana jualan kumpulannya mencecah RM150 juta, maka:

RM150,000,000 * 0.69% = RM1,035,000 atau RM1.03 juta

Banyak gila kan? Tu belum kira jualan peribadi (personal sales) mereka lagi, di mana nilai komisen yang diterima lebih tinggi. Tak mustahil di usia muda, mereka telah bergelar jutawan. Mereka ni sesuai digelar jutawan senyap.

Sekali imbas nampak memang best. Sama seperti profesion yang lain, menjadi konsultan Unit Trust tidak menjanjikan pendapatan yang lumayan jika tidak disusuli dengan kerja keras. Semuanya bergantung kepada sikap kita sendiri.

Semoga ini menjadi sumber inspirasi kepada pembaca untuk lebih bermotivasi dan bersemangat menambah pendapatan.

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Public Mutual Umum Agihan RM184 Juta Bagi Sembilan Dana

KUALA LUMPUR, 30 Nov (Bernama) — Anak syarikat milik penuh Public Bank, Public Mutual, mengisytiharkan agihan berjumlah lebih RM184 juta bagi sembilan dana.

Jumlah agihan kasar yang diisytiharkan bagi tahun kewangan berakhir 30 Nov, 2022, itu adalah daripada 0.20 sen seunit bagi Public Islamic Sector Select Fund hingga 2.40 sen seunit bagi Public e-Enhanced Money Market Fund-Class A.

Public Mutual adalah syarikat unit amanah swasta terbesar di Malaysia yang menguruskan lebih daripada 170 dana dan mempunyai sejumlah 31 cawangan merangkap pusat perkhidmatan pelanggan di seluruh negara.

Tahun ini, syarikat itu sekali lagi muncul sebagai pemenang terbesar pada anugerah Refinitiv Lipper Fund Awards, menerima dua Anugerah Kumpulan dan 30 Anugerah Dana individu serta mendapat pengiktirafan global dengan memenangi 13 anugerah daripada Refinitiv Lipper Fund Awards 2022-Global Islamic.

Public Mutual juga merupakan penyedia Skim Persaraan Swasta (PRS) yang diluluskan, menguruskan sembilan dana di bawah skim tersebut.

— BERNAMA