ASB 3 Didik Isytihar Agihan Pendapatan 5.25 Sen Seunit

KUALA LUMPUR, 30 Jun (Bernama) — Syarikat pengurusan unit amanah milik penuh Permodalan Nasional Bhd (PNB), Amanah Saham Nasional Bhd mengisytiharkan pembayaran pengagihan pendapatan berjumlah RM423 juta untuk dana harga tetap, Amanah Saham Bumiputera 3 Didik (ASB 3 Didik) bagi tahun kewangan berakhir 30 Jun 2025.  

Menurut PNB dalam kenyataan hari ini, pengagihan pendapatan itu adalah bersamaan dengan 5.25 sen seunit kepada 338,320 pemegang unit yang kini memiliki sebanyak 8.12 bilion unit.

“Pengagihan pendapatan ASB 3 Didik ini menyumbang kepada jumlah pulangan sebanyak 5.25 peratus mengatasi penanda aras Deposit Tetap 12-Bulan Maybank sebanyak 2.51 peratus, dengan kelebihan 274 mata asas,” katanya.

Katanya sehingga 19 Jun lepas, ASB 3 Didik merekodkan pendapatan bersih yang direalisasi sebanyak RM539.10 juta. 

— BERNAMA 

Terima kasih kepada anda yang menyokong kami selama ini. Hari-hari kami bersemangat nak sebarkan ilmu tentang kewangan dan pelaburan.

Kami sedar yang majoriti pembaca kami adalah anak-anak muda yang tercari-cari panduan bagaimana untuk mula melabur. Jadi buku ini sangat sesuai bagi newbie yang nak mulakan langkah pertama.

Anda ada soalan-soalan berikut yang memerlukan jawapan?

  • Ada duit tapi tak tahu nak melabur di mana?
  • Nak melabur tapi takut kena tipu dengan scammer?
  • Bagaimana nak tahu sesuatu pelaburan itu adalah patuh Syariah atau tidak?
  • Ada banyak sangat jenis pelaburan dekat luar sana, apa yang paling sesuai dengan jiwa?
  • Dalam suasana ekonomi yang tak menentu, apakah pelaburan ‘safe haven’ yang menjadi pilihan?
  • Pelaburan tanpa tunai tu macam mana?
  • Soalan-soalan lazim berkenaan pelaburan

Jika ya, maka anda perlu miliki buku Buku Malaysia Melabur : 10 Benda Kita Kena Tahu.

Buku Malaysia Melabur juga telah berada dalam senarai MPH Best 2020 dalam kategori MPH Best Malay Non-Fiction 2020.

Sesungguhnya kami bersyukur diberi peluang oleh Allah untuk berubah menjadi lebih baik dan mendapat rezeki seperti yang diidamkan. Kami doakan semoga tuan puan juga dilimpahi rezeki yang penuh keberkatan.

Boleh miliki buku ini secara online di Shopee

Previous ArticleNext Article

FCPO: Rentak Menurun Kembali Rancak

  • Kekalkan pegangan jualan

FCPO mengalami tekanan jualan yang hebat pada Khamis apabila jatuh MYR76 untuk ditutup lebih rendah pada harga MYR4,557. Pada awalnya, komoditi ini memulakan sesi dagangan pada paras MYR4,624. Selepas merekodkan paras tertinggi sesi hari tersebut pada MYR4,630, ia terjerumus ke paras terendah intrahari bernilai MYR4,520 dan menutup dagangan pada MYR4,558 dengan corak lilin menurun. Pergerakan harga semasa yang negatif menunjukkan momentum negatif semakin menguat susulan penolakan yang berlaku pada paras rintangan MYR4,700.

Sekiranya momentum menurun berterusan, komoditi ini mungkin akan bergerak lebih rendah untuk menguji paras MYR4,500. Dalam keadaan pasaran menurun, kami menjangkakan paras sokongan menjadi lemah. Pergerakan harga yang menembusi paras sokongan terdekat akan menjejaskan lagi sentimen pasaran dan mendorong harga untuk menurun lebih rendah ke arah paras sokongan berikutnya pada MYR4,390. Setelah memerhati pergerakan harga semasa, kami terus berpegang pada bias dagangan negatif.

Kami menyarankan para pedagang untuk mengekalkan pegangan jualan yang dimulakan pada penutupan 12 Mei (MYR4,481). Untuk menangani risiko-risiko dagangan yang ada, paras ambang henti rugi kekal pada MYR4,700.

Paras sokongan pertama ialah MYR4,500 yang diikuti oleh paras MYR4,390. Paras rintangan pertama pula kini berada pada MYR4,700 dan diikuti oleh paras rintangan lebih tinggi sebanyak MYR4,840.