6 Langkah Untuk Elak Riba Bila Guna Akaun Konvensional Untuk Trade Saham Global

Bila kita melabur di pasaran saham tempatan, isu akaun konvensional tidak menjadi isu. Ini kerana ada sebanyak 16 broker tempatan yang menawarkan akaun Islamik untuk jual beli saham di Bursa Malaysia.

Namun, apabila kita ke peringkat antarabangsa lain pula isunya. Kebanyakan broker yang mempunyai platform untuk jual beli saham global hanya menawarkan akaun konvensional. Tiada pilihan untuk memilih akaun Islamik.

Alhamdulillah, baru-baru ini Dr. Zaharuddin Abd Rahman yang merupakan Pengasas ShariahScreener.com dan MyClaaz.com, Penasihat Shariah Suruhanjaya Sekuriti Malaysia dan Shariah Scholar di Bursa Marketplace telah memberikan tips bagaimana untuk mengelakkan diri daripada riba apabila kita guna akaun konvensional untuk jual beli saham global.

This image has an empty alt attribute; its file name is dr-zaharuddin-700x921.jpg

Jom kita dengarkan perkongsian beliau.

1. Buka Platform Dengan Organisasi Yang Bukan Bank

Di antara platform yang sering digunakan oleh pelabur global adalah Saxo Bank.

Kredit Gambar: Saxo Bank

Untuk mengelakkan diri daripada riba, kita haruslah menggunakan platform yang bukan merupakan sebuah bank.

Salah satu yang disarankan untuk kita guna adalah TradeStation.

Kredit Gambar: TradeStation

Dr. Zaharuddin sendiri pun menggunakan TradeStation untuk membeli dan menjual saham-saham global. Disebabkan TradeStation adalah bukan bank, maka dapat juga kita elak daripada riba.

2. Guna Cash Account (Akaun Wang Tunai)

Seterusnya, pastikan kita buka cash account. Kalau duit dalam akaun ada USD1,000, maka kita hanya boleh beli saham bernilai USD1,000.

Jangan risau, kerana saham global kita boleh beli hanya 1 unit. Saham Apple baru berharga USD130 seunit, boleh beli 7 unit dengan modal USD1,000. Saham Facebook pula baru USD270 seunit, saham Tesla keras sedikit berharga hampir USD800.

Saham McDonalds baru USD213 seunit, saham Starbucks pula baru USD104 seunit. Macam-macam kita boleh beli dengan modal USD1,000 ini.

3. Jangan Guna Kemudahan Margin, Leverage, Buying Power Dan Lain-Lain

Bila dah deposit duit ke dalam akaun, pastinya kita akan dapat pelbagai tawaran seperti kemudahan margin, leverage dan sebagainya.

Dengan deposit USD1,000, ada broker yang membenarkan kita beli saham sehingga 3 kali ganda atau USD3,000.

Sebaiknya kita hanya gunakan cukup-cukup wang yang ada di dalam akaun tersebut. Ada USD1,000 guna sehingga USD1,000 saja, jangan guna lebih.

4. Guna Semua Duit Dalam Akaun Untuk Beli Saham

Image by MOHAMMEd ALIM from Pixabay

Hampir sama macam point-point sebelum ini, hanya deposit sejumlah amaun yang akan kita gunakan untuk beli saham.

Sebagai contoh saham Facebook sekarang berharga USD270 seunit. Sekiranya kita ada modal USD1,000 kita hanya mampu beli 3 unit atau USD810. Maka masukkan dalam USD820 atau lebih sedikit kerana akan ada kos transaksi nak beli saham tersebut. Nak tinggalkan sikit baki dalam akaun kita, tiada masalah.

Ini kerana kebanyakan akaun konvensional akan beri faedah atau interest ke atas baki duit kita dalam akaun. Sekiranya terlalu banyak duit kita simpan, takut banyak pula faedah yang kita akan terima.

5. Jangan Short Selling

Biasanya kita buat duit dalam saham adalah dengan teknik ‘buy low sell high’ atau ‘buy high sell higher’.

Tetapi di pasaran saham global, ada pula teknik short selling di mana kita jual dulu baru beli kemudian. Ini bermakna kita akan untung apabila harga saham semakin menurun.

Maka jangan lakukan short selling untuk meraih keuntungan.

6. Beli Saham Patuh Syariah

Yang ni sudah terang lagi nyata. Bila nak beli saham di pasaran saham global, pastikan kita hanya beli saham-saham yang patuh Syariah.

Kita beruntung kerana di Malaysia, kita ada Suruhanjaya Sekuriti Malaysia yang mengemaskini senarai saham-saham patuh Syariah setiap bulan Mei dan November.

Bagaimana Pula Status Patuh Shariah Saham Di Amerika Syarikat?

Apa yang mungkin menjadi persoalan adalah bagaimana seseorang pelabur mengetahui status kepatuhan Shariah bagi syarikat yang tersenarai di pasaran Amerika Syarikat, khususnya NASDAQ dan S&P 500?

Kini, bersumberkan kajian mendalam oleh para penganalisa yang berpusat di Malaysia, para pelabur sudah boleh mencari dan mengenalpasti status Shariah melalui laman web ShariahScreener.com, satu servis kewangan yang disediakan oleh syarikat Elzar Shariah Solution Sdn Bhd. Ianya diketuai oleh Dr Zaharuddin Abd Rahman, beliau yang merupakan Penasihat Shariah Suruhanjaya Sekuriti Malaysia dan Shariah Scholar di Bursa Marketplace.

Ketika ini, laman web ShariahScreener.com telah menapis secara automatik dan manual terhadap lebih daripada 4,000 saham di Nasdaq dan 506 saham di S&P 500.

Tapisan pula dilaksanakan melalui dua peringkat iaiatu tapisan jenis bisnes (Business Activity Screening) diikuti dengan tapisan nisbah kewangan (Financial Ratio).

Dapatkan Shariah Screener Hari Ini

Kini pengguna dan peminat dunia pelaburan pasaran saham Amerika Syarikat boleh melanggan perkhidmatan ShariahScreener.com bagi memastikan pelaburan saham kita semua adalah patuh Shariah.

Seperti contoh di atas, buat masa ini (November 2022) saham Apple Inc diklasifikasikan sebagai tidak patuh syariah. Mesti ramai rasa pelik sebab bisnes utama Apple ni dah sah-sah iPhone, tetapi macam mana boleh dikategorikan sebagai tidak patuh syariah?

Sebenarnya Apple Inc juda ada income lain iaitu pendapatan faedah dan dividen. Pendapatan faedah dan dividen daripada pelaburan tidak patuh Syariah akan dibandingkan dengan hasil utama Syarikat. Bila tak lepas benchmark (contohnya 5%), maka sebab itu dia diklasifikasikan sebagai saham yang tidak patuh syariah.

Berbeza dengan saham Microsoft ($MSFT) yang masih diklasifikasikan sebagi patuh syariah.

Untuk langganan Shariah Screener, klik sini. Eksklusif kepada pembaca Majalah Labur dan The Kapital, diskaun sebanyak 5% menanti anda. Subscribe hari ini juga untuk rebut peluang ini.

Berminat nak buka akaun saham CDS dengan CGSI (sebelum ini dikenali sebagai CGS-CIMB)? Sekarang dah mudah, boleh buka secara atas talian (online) sahaja. Kelulusan pun segera jika tiada apa-apa isu.

Rujuk tutorial mudah ini > Tutorial Buka Akaun CDS Online Dengan CGSI (CGS-CIMB), Beli Saham Bursa Malaysia & Global

Masukkan kod SP1M538 pada ruang Remisier Reference.

Previous ArticleNext Article
Individu berlesen/berdaftar dengan Suruhanjaya Sekuriti.

Portal Semak Sebelum Labur SC membolehkan anda menyemak sama ada seseorang individu atau entiti dibenarkan oleh SC untuk menawarkan, mempromosi atau menjual sebarang produk dan perkhidmatan pasaran modal.

Apple Kembali ‘Rampas’ Takhta Syarikat Paling Bernilai Dunia Daripada Nvidia

BENGALURU: Apple mengatasi Nvidia untuk muncul sebagai syarikat paling bernilai di dunia, sekali gus mengubah kedudukan syarikat-syarikat teknologi terbesar apabila pelabur menilai semula prospek kecerdasan buatan (AI).

Apple kini mempunyai nilai pasaran sekitar AS$4.88 trilion selepas harga sahamnya kekal stabil, manakala Nvidia bernilai kira-kira AS$4.86 trilion susulan kejatuhan 3.5 peratus sahamnya.

Perubahan kedudukan itu menunjukkan pelabur kini mula meluaskan tumpuan mereka melangkaui penerima manfaat paling jelas daripada ledakan AI seperti Nvidia, yang telah mendahului senarai syarikat paling bernilai dunia selama hampir setahun.

Apple kembali merampas kedudukan teratas buat kali pertama sejak April tahun lalu.

Ketua Pelaburan BRI Wealth Management, Toni Meadows, berkata Apple sebelum ini dilihat ketinggalan dalam perlumbaan AI kerana tidak berbelanja besar untuk membangunkan model AI, namun sentimen terhadap syarikat itu kini berubah.

“Apple kurang terdedah kepada keperluan perbelanjaan modal yang tinggi dan berada pada kedudukan lebih baik untuk menjana pendapatan daripada AI menerusi perkhidmatan, ekosistem yang kukuh serta peningkatan perkakasan. Penilaian semula ini mencerminkan keyakinan terhadap kemampanan pendapatan syarikat, bukannya potensi AI yang bersifat spekulatif,” katanya.

Bagi sebuah syarikat yang sering dianggap ketinggalan dalam perlumbaan AI, pencapaian ini mencerminkan usaha Apple untuk mengukuhkan kedudukannya dalam kalangan pemain utama industri, selain berpotensi mempengaruhi bagaimana tempoh akhir kepimpinan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO), Tim Cook, akan dinilai.

Cook dijangka menyerahkan jawatan CEO kepada veteran perkakasan Apple, John Ternus, pada September ini.

Bulan lalu, Apple melancarkan versi baharu pembantu maya Siri yang telah lama tertangguh, dengan harapan peningkatan itu dapat merapatkan jurang dengan gergasi teknologi lain serta syarikat pemula dalam perlumbaan AI yang semakin sengit.

Sesetengah penganalisis berpendapat Apple sebenarnya memiliki ‘lombong emas’ AI menerusi data peribadi yang tersimpan dalam setiap iPhone.

Data itu berpotensi menjadikan jawapan Siri lebih tepat dan pembantu maya itu lebih berkeupayaan.

Namun, cabarannya ialah data itu dilindungi dalam sistem operasi atas faktor privasi, menyebabkan Apple perlu mencari kaedah untuk memanfaatkan nilainya tanpa menjejaskan perlindungan pengguna.

Nvidia menjadi syarikat pertama di dunia yang melepasi nilai pasaran AS$5 trilion pada Oktober lalu, satu pencapaian bersejarah yang meletakkannya jauh di hadapan pesaing.

Bagaimanapun, kehilangan kedudukan teratas kepada Apple tidak semestinya menandakan perubahan kekal dalam kedudukan relatif kedua-dua syarikat.

Nvidia masih merupakan antara penerima manfaat terbesar daripada peningkatan perbelanjaan berkaitan AI, dengan pemproses grafik keluarannya menjadi tulang belakang kepada kebanyakan aplikasi AI generatif.

Nvidia juga berpotensi merampas semula kedudukan teratas sekiranya sentimen pasaran kembali memihak kepadanya.

Pada masa sama, Apple turut berdepan cabaran apabila syarikat itu menaikkan harga produknya bagi mengimbangi peningkatan kos, satu strategi yang boleh menjejaskan permintaan pengguna.

Naib Presiden Penyelidikan Alpha Segal Marco Advisors, Benjamin Hall, berkata beliau tidak melihat perbezaan ketara antara kedua-dua syarikat.

“Saya menjangka Nvidia akan terus menjadi pemain penting dalam apa sahaja perkembangan yang berlaku pada masa hadapan,” katanya.

Sementara itu, gelombang keyakinan terhadap AI turut merebak ke segmen lain industri semikonduktor.

Antara penerima manfaat terbesar tahun ini ialah pengeluar cip memori seperti Micron, yang melepasi nilai pasaran AS$1 trilion pada Mei selepas pelabur mengiktiraf kepentingan cip memori dalam infrastruktur AI.

Pengeluar cip dari Korea Selatan, SK Hynix, turut disenaraikan di Nasdaq awal bulan ini, sekali gus menambah satu lagi pesaing dalam usaha menarik perhatian pelabur.Hall berkata kemunculan pemain baharu itu dijangka mengalihkan sebahagian tumpuan pelabur daripada kumpulan saham teknologi gergasi Magnificent Seven kepada lebih banyak syarikat lain.

Namun, kenaikan luar biasa saham syarikat cip mula kehilangan momentum pada Julai apabila pelabur menilai semula kemampanan tema pelaburan AI, menyebabkan indeks Philadelphia SE Semiconductor susut hampir 19 peratus daripada paras tertinggi sepanjang masa.

Walaupun mengalami kejatuhan ketara, prestasi indeks itu setakat tahun ini masih mengatasi prestasi saham Nvidia.

-Reuters