5 Jenis Pemerintahan Sesebuah Negara Yang Perlu Kita Tahu

Setiap negara mempunyai sejarah silam yang berbeza-beza, inilah yang mencorak pemerintahan sesebuah negara. Ada yang membangun secara aman, ada yang melalui pertumpahan darah, ada yang menjajah dan ada pula yang dijajah.

Bagi memudahkan kita faham secara ringkas mengenai jenis pemerintahan kerajaan di seluruh dunia, ini dia 5 jenis pemerintahan sesebuah negara yang perlu kita tahu.

1. Demokrasi

Pemerintahan ini paling banyak diamalkan oleh kebanyakan negara di dunia. Demokrasi wujud dengan rakyat memegang watak utama dalam menentukan tampuk pemerintahan.

Pilihanraya akan dijalankan setiap beberapa tahun sekali bagi membolehkan rakyat memilih parti dan pemimpin yang akan memerintah. Malaysia, Amerika Syarikat, Kanada, Sweden dan Colombia adalah contoh negara demokrasi.

2. Monarchy (Pemerintahan Beraja)

Image by jacqueline macou from Pixabay

Dalam monarki, satu keluarga akan menjadi nadi utama kepada sistem pemerintahan negara tersebut, dan gelaran tersebut akan diwariskan turun-temurun kepada keturunan keluarga mereka. 

Dalam Monarki sepenuhnya, pemerintahan di pegang 100% oleh keturunan diraja tersebut. Namun, seperti demokrasi, yang memerintah tidak semestinya mempunyai monopoli pemerintahan sepenuhnya.

Kebiasaannya mereka berfungsi sebagai tokoh agama dan sebenarnya. Sebagai contoh dalam sistem pemerintahan United Kingdom, Ratu Elizabeth adalah permaisuri tetapi Parlimen mempunyai kawalan daripada segi pemerintahan.

3. Authoritarian (Autoriti)

Dalam rejim autoritarian, pemerintah mempunyai kawalan sepenuhnya. Rejim ini  kebiasannya mempunyai monopoli terhada kuasa pemerintahan negara.

Walaupun maksud sebenar autoriti dalam pemerintahan kerajaan ini kelihatan seperti sentiasa terancam untuk digulingkan, tetapi melalui susur alur sejarah dunia ianya lebih mudah untuk bertahan berbanding yang lain.

Salah satu ciri unik jenis pemerintahan ini adalah mereka sukar untuk dikenalpasti. Walaupun pemerintahan ini tetap mengadakan pilihan raya dan mempunyai cabang pemerintahan yang lain tetapi hanya sekelompok kecil individu atau kumpulan yang mempunyai kuasa autoriti terhadap pemerintahan kerajaan, ianya bukan dimiliki oleh rakyat.

Contoh terbaik negara yang mengamalkan rejim pemerintahan secara autoriti ini adalah Cuba.

4. Oligarchy (Oligarki)

Image by photosforyou from Pixabay

Hampir sama dengan monarki, namun Oligarki meletakkan kuasa kepada beberapa orang. Sungguhpun begitu kuasa pemerintahan tidak diwarisi melalui keturunan keluarga atau pun diturunkan kepada seseorang.

Pada kebiasaannya, ia akan diketuai oleh sekumpulan golongan elit yang kaya-raya. Melalui catatan sejarah, China dan Soviet Union (Kesatuan Soviet) adalah contoh yang pernah mengamalkan pemerintahan ini.

5. Totalitarian

Totalitarian di sini bermaksud sistem pemerintahan jenis kuku besi. Pemimpin bukan sahaja mengawal sistem pemerintahan sesebuah negara, tetapi pemimpin juga mengawal penuh kehidupan peribadi rakyat mereka.

Rakyat tidak mempunyai apa-apa kuasa berkaitan pemerintahan negara. Rejim Totalitarian mempunyai kuasa mutlak dan berkuasa 100% yang dilihat sebagai jenis pemerintahan yang terlalu ekstrim.

Masih ingat mengenai Hitler dan Nazi di Jerman? Begitulah Totalitarian berfungsi.

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Prestasi KWAP Perlu Dinilai Secara Adil, Catat RM12.9 Bilion Untung Bersih – PM Anwar

KUALA LUMPUR, 20 Julai (Bernama) — Prestasi Kumpulan Wang Persaraan (Diperbadankan) (KWAP) perlu dinilai secara adil memandangkan dana persaraan itu berjaya mencatatkan keuntungan bersih RM12.9 bilion, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Anwar, yang juga Menteri Kewangan berkata ia tidak mungkin dicapai tanpa kepakaran, komitmen dan dedikasi panel pelaburan, pengurusan serta kepimpinan KWAP.

Mengenai pelaburan dalam eFishery, Perdana Menteri berkata bukan sahaja KWAP, malah syarikat pelaburan terkemuka Singapura seperti Temasek, bank Jepun SoftBank, Sequoia Capital, Aqua-Spark, 42XFund yang berpangkalan di Abu Dhabi and NorthStar dari Indonesia, turut melabur dalam syarikat pemula teknologi akuakultur itu.

“Jadi saya mohon rakan-rakan Yang Berhormat melihat keseluruhannya kerana keuntungan dan pertumbuhan yang disebut pertumbuhan kompaun tahunan itu melebihi 8.5 peratus,” kata beliau pada sesi soal jawab di Dewan Negara hari ini.

Perdana Menteri menjawab soalan Senator Mohd Hasbie Muda berhubung strategi bagi memastikan tabung persaraan negara iaitu Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan KWAP mampu memberikan dividen terbaik walaupun berdepan ketidaktentuan geopolitik global.

Sementara itu, beliau turut menjelaskan bahawa KWAP tidak hanya melabur dalam syarikat asing, sebaliknya turut mempunyai pelaburan yang besar dalam syarikat pemula tempatan.

Anwar berkata selain pelaburan sedia ada, KWAP turut terbabit dalam inisiatif GEAR-UP yang diterajui Kementerian Kewangan (MOF) bersama KWAN, melibatkan dana berjumlah RM30 bilion.

Menjawab soalan tambahan Mohd Hasbie mengenai unjuran KWAP membiayai sepenuhnya tanggungan pencen melalui pulangan pelaburannya tanpa bergantung kepada dana kerajaan, Anwar berkata setakat ini keuntungan yang dicatatkan, meskipun mencecah puluhan bilion ringgit, masih belum mampu menampung kos pencen bagi jangka panjang.

“Sebab itu kita juga terpaksa berdepan dengan kontroversi mengenai tuntutan sebahagian pihak supaya dana dikeluarkan dengan lebih mudah,” kata beliau.

Menjawab soalan tambahan Senator Datuk Abdul Hasim Suleiman mengenai keanggotaan jawatankuasa pelaburan KWAP dan sama ada majoritinya terdiri daripada golongan profesional, Anwar berkata panel pelaburan itu dianggotai sepenuhnya oleh golongan profesional manakala lembaganya turut diwakili wakil kementerian dan pekerja.

“Bagaimanapun, saya setuju dengan Yang Berhormat, kerugian itu (atas pelaburan dalam eFishery) harus memberikan kita peringatan, tidak semestinya kelulusan diberikan oleh panel pelaburan besar dunia, macam kita lihat tadi dari Eropah, Jepun, (misalnya) itu harus mempengaruhi kita.

“Tentunya ia memberi sedikit pertimbangan kerana untuk Softbank, misalnya melabur atau Emiriah Arab Bersatu atau Eropah, tentunya bagi pertimbangan besar tapi kalau kita lihat, cerakin proses, ia satu kejadian luar biasa,” kata Anwar.

— BERNAMA