AGM Berkshire Hathaway Milik Warren Buffett Sabtu Ini

Gambar: Business Insider

Ada ke sesiapa di sini yang akan hadir AGM syarikat milik Warren Buffett iaitu Berkshire Hathaway pada Sabtu 5 Mei 2018 di Omaha, Amerika Syarikat?

Bukan mahal mana pun modal nak attend AGM tersebut, kosnya hanyalah 1 unit saham. Bukan macam di Malaysia, nak attend AGM perlu minimum 100 unit saham (atau 1 lot)

Sumber: Google

Tapi MasyaAllah, harga seunit saham Berkshire Hathaway pun dah hampir nak cecah $300,000 US Dolar, lebih daripada RM1 juta duit kita.

Kalau nak tahu, saham Berkshire Hathaway adalah saham yang paling mahal di dunia.

Di Bursa Malaysia, saham paling mahal iaitu Nestle pun baru berharga RM100 lebih, jadi modal nak attend AGM Nestle baru RM10,000.

Kalau hadir AGM Nestle, biasanya dapatlah goodie bag daripada Nestle berbentuk susu kotak, Maggi, Nescafe dan sebagainya.

Boleh baca lebih lanjut mengenainya di Nak Konfem Untung Melabur Saham? – Datanglah AGM.

Pengumuman AGM Berkshire Hathaway

Siapa bilang syarikat mahal perlu ada website mahal dan canggih? Tapi itulah hakikatnya dengan syarikat milik Warren Buffett ini:

Sumber: Berskhire Hathaway

Begitulah rupanya laman web yang sangat plain, dengan berlatarbelakangkan warna putih. Sangat-sangat simple.

Nak tahu perihal pengumuman AGM 2018, klik pada pautan dan muat turun fail PDF tersebut. Dan beginilah rupanya:

Sumber: Berskhire Hathaway – fail PDF

Dan Warren Buffett turut mengirimkan surat kepada para pemegang saham Berskhire Hathaway yang bertarikh 24 Februari 2018 setebal 17 mukasurat:

Boleh muat turun Annual Letter to Shareholders tersebut di sini.

Semua Jutawan Yang Hadir Ke AGM

Gambar: Business Insider

Kalau nak tahu, mereka yang hadir ke AGM Berskhire Hathaway adalah merupakan jutawan dan hartawan. Maklumlah, nak beli satu unit pun dah beratus ribu.

Jadi ini merupakan peluang yang terbaik untuk anda membuat networking dengan orang-orang lain yang berjaya, mana tahu dapat bisnes masyuk ketika di sana.

Katanya seramai 40 ribu orang hadir pada AGM tahun lepas.

Kalau tak dapat datang tu, boleh tengok melalui Live Stream yang dianjurkan oleh Yahoo.

Ini pula rakaman AGM bagi tahun 2017 yang berdurasi 5 jam:

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Untung Bersih 99 Speed Mart Lonjak 13.4 Peratus Pada Suku Kedua

KUALA LUMPUR: 99 Speed Mart Retail Holdings Bhd (99 Holdings) mencatat keuntungan bersih RM163.95 juta bagi suku kedua berakhir 30 Jun 2026, meningkat 13.4 peratus daripada RM144.63 juta pada suku sama tahun lalu.

Hasil kumpulan meningkat 13.6 peratus tahun ke tahun kepada RM3.08 bilion daripada RM2.71 bilion sebelumnya, menurut syarikat itu dalam makluman kepada Bursa Malaysia hari ini.

“Peningkatan itu didorong terutamanya oleh pengembangan berterusan rangkaian cawangan, dengan pertambahan bersih 257 cawangan baharu tahun ke tahun, menjadikan jumlah keseluruhan kepada 3,151 cawangan setakat 30 Jun 2026 berbanding 2,894 cawangan setahun sebelumnya.

“Jumlah transaksi jualan meningkat 13.6 peratus kepada 146.4 juta, dengan nilai purata setiap bakul RM21,” menurut syarikat itu.

Bagi tempoh enam bulan berakhir 30 Jun 2026, 99 Holdings mencatat keuntungan bersih RM352.5 juta berbanding RM289.53 juta dalam tempoh sama tahun lalu.

Hasil bagi tempoh enam bulan pula meningkat kepada RM6.14 bilion daripada RM5.32 bilion sebelumnya.

Selain itu, platform e-dagang jualan pukal syarikat terus mencatat pertumbuhan kukuh apabila hasil meningkat 80.5 peratus tahun ke tahun kepada RM50.2 juta bagi enam bulan berakhir 30 Jun 2026.

Pengasas merangkap Ketua Pegawai Eksekutif 99 Holdings, Lee Thiam Wah, berkata momentum pertumbuhan positif pada suku berkenaan disokong pengembangan berterusan rangkaian cawangan serta pelaksanaan waktu operasi lebih awal di seluruh negara.

Thiam Wah berkata tumpuan berterusan terhadap kecekapan operasi turut mula memberikan manfaat ketara kepada kumpulan.

Menurutnya, inisiatif penjimatan tenaga dan penggunaan peralatan membantu mengurangkan kos utiliti serta meningkatkan kecekapan kos merentasi operasi kumpulan.

“Dengan rangkaian cawangan kami terus berkembang, kami kekal komited untuk memperkukuh rantaian bekalan bagi menyokong kecekapan operasi,” katanya.

Beliau berkata kumpulan itu juga terus memperluas penawaran produk bagi memenuhi keperluan pelanggan yang berubah susulan sambutan menggalakkan terhadap rangkaian peralatan rumah terpilih.

Rangkaian berkenaan kini diperluas ke semua cawangan di seluruh negara dan turut ditawarkan menerusi platform 99 Bulksales bagi memenuhi keperluan pelanggan korporat serta pembelian secara pukal.