
Siapakah Warren Buffet? Warren Buffet merupakan seseorang yang berpengaruh dalam dunia perniagaan dan pelaburan. Dikenali sebagai “Oracle of Omaha”, beliau menulis begitu banyak buku mengenai dunia perniagaan dan pengurusan kewangan.
Tetapi, apakah yang dilakukan oleh Warren Buffet untuk membahagikan masa di antara kehidupan dan kerja?
Jom kita tengok 4 perkara yang dilakukan beliau selepas seharian penat bekerja.
Perkara 1: Membaca 500 mukasurat setiap hari
Apabila ditanya bagaimana untuk menjadi lebih bijak, Warren Buffett berkata, “Baca 500 muka surat setiap hari. Itulah pengetahuan yang membina dan anda akan maju. Buffett menganggarkan bahawa dia mengunakan 80 peratus bacaannya pada waktu bekerja (penyata kewangan, jurnal, laporan) dan di rumah (akhbar dan buku).
Namun tabiat membaca seolah-olah sudah mati di kalangan kita. Buffet mengatakan “Saya lebih banyak membaca dan berfikir, dan membuat keputusan yang yang menguntungkan untuk perniagaan.”
Perkara ini masuk akal kerana bacaan yang lebih baik akan menyumbang kepada lebih banyak maklumat anda.
Perkara 2: Sentiasa bersenam
Warren Buffett makan seperti biasa dan tidak pantang dalam memilih makanan, tetapi beliau juga sentiasa bersenam. Beliau memperuntukan masa beliau untuk bersenam sekurang-kurangnya 30 minit setiap hari.
Bagi beliau, dengan bersenam akan menyebabkan minda lebih cerdas dan badan tidak mudah menjadi lesu.
Perkara 3: Sentiasa bersyukur dan tidak membazir
Warren Buffett sentiasa meletakkan dirinya sebagai seorang yang biasa, meskipun dia miliki saham dalam perindustrian Coca Cola. Beliau telah mendermakan separuh nilai bersih yang diperolehinya untuk tujuan amal.
Beliau juga berjanji untuk memberikan 99 peratus kekayaannya yang dikumpul sepanjang hayat, kerana beliau percaya kekayaan yang dimiliki adalah untuk dikongsi bersama.
Perkara 4: Bermain permainan yang memerlukan kesabaran yang tinggi
Warren Buffett gemar bermain permainan yang memerlukan kesabaran yang tinggi, kerana ini seolah-olah mampu mendidik beliau menjadi seorang yang tenang dan penyabar. Ini bukan sesuatu yang menghairankan, kerana apabila beliau menikmati permainan dan kerap bermain “permainan minda” kewangan; ini membantu dia melihat pola yang lebih baik dalam pelaburannya.
Dia juga minat bermain permainan yang mengassah pemikiran yang tajam seperti Monopoli, yang mengambil masa yang lama untuk dihabiskan.