Unit Amanah PMB Investment Menerima 4 Anugerah dan Pengiktirafan Global

PMB Investment Berhad (PMB Investment), sebuah anak syarikat milik penuh Pelaburan MARA Berhad (Pelaburan MARA), menerima (4) Anugerah Dana Islam Global (Global Islamic Fund Awards) dari The Thomson Reuters Lipper Global Islamic Fund Awards.

Menurut Ketua Pegawai Eksekuti Kumpulan Pelaburan MARA, Dato’ Nazim Rahman, “The Thomson Reuters Lipper Global Islamic Fund Awards merupakan penganugerahan piawaian kecemerlangan tertinggi di seluruh dunia. Ini membuktikan dana-dana yang diuruskan PMB Investment adalah berprestasi tinggi dan bertaraf global”.

Ketua Pegawai Eksekuti Kumpulan Pelaburan MARA, Dato’ Nazim Rahman

The Thomson Reuters Lipper Fund Awards telah memberi pengiktirafan kepada syarikat pengurusan dana yang cemerlang selama lebih tiga dekad di lebih 20 negara seluruh dunia. Hanya pengurus dana yang menyediakan prestasi dana terbaik dalam jangkasama sederhana dan panjang serta konsisten layak menerima pengiktirafan ini.

Mengulas lanjut mengenai dana-dana yang menerima pengiktirafan ini, Ketua Pegawai Eksekutif PMB Investment, Najmi Haji Mohamed berkata, “salah satu dana yang menerima anugerah ialah PMB Shariah Growth Fund (PMB SGF), memenangi anugerah Dana Ekuiti Malaysia Terbaik bagi tempoh tiga (3) tahun berakhir 31 Disember 2017 dengan prestasi pulangan yang direkodkan adalah sebanyak 50 peratus”.

Menurut Najmi, PMB Investment turut memenangi anugerah Dana Ekuiti Pendapatan Malaysia Terbaik bagi tempoh tiga (3) tahun dan lima (5) tahun berakhir 31 Disember 2017 melalui PMB Shariah Dividend Fund (PMB SDF). Dana ini telah merekodkan pulangan sebanyak 36% bagi tempoh 3 tahun dan 45% bagi tempoh 5 tahun berakhir 31 Disember 2017.

“Selain itu, dana lain yang turut memenangi anugerah adalah PMB Shariah Aggresive Fund (PMB SAF) dalam kategori Dana Ekuiti Malaysia Terbaik bagi tempoh lima (5) tahun berakhir 31 Disember 2017 dengan merekodkan prestasi pulangan sebanyak 112 peratus,” katanya dalam kenyataan akhbar yang dikeluarkan hari ini.

Tambahnya lagi, “pengiktirafan ini membuktikan PMB Investment mempunyai rekod prestasi dana yang cemerlang bagi tempoh jangka pendek dan panjang”.

“Pada tahun 2016, PMB Investment melalui PMB SAF menerima dua (2) anugerah Thomson Reuters Lipper Fund Awards 2016 Global Islamic daripada Pegawai Kanan Negeri Thomson Reuters, Raymond Lee,” tambahnya lagi.

April lalu, PMB Investment melancarkan dana pelbagai matawang yang pertamanya dikenali PMB Shariah ASEAN Stars Equity Fund (PMB SASEF). PMB SASEF membuat pelaburan di lima (5) negara ASEAN iaitu di pasaran Malaysia, Indonesia, Thailand, Singapura dan Filipina.

PMB Investment sebuah syarikat milik penuh Kumpulan Pelaburan MARA Berhad, adalah sebuah Syarikat Pengurusan Pelaburan Islam (Islamic Fund Management Company, IFMC), menguruskan 15 dana unit amanah, dua dana borong dan beberapa mandat portfolio dengan pelaburan dalam kelas-kelas aset ekuiti dan sukuk.

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

FCPO: Kembali Ke Fasa Pengukuhan

  • Kekalkan pegangan jualan

FCPO ini menurun MYR9 semasa sesi dagangan lalu untuk ditutup pada harga MYR4,597. Pada hari Jumaat, komoditi ini memulakan dagangan pada paras MYR4,604. Pada awalnya, ia jatuh ke paras terendah sesi tersebut pada MYR4,575. Ia kemudiannya melantun ke paras tertinggi sesi tersebut pada MYR4,608 dan menutup dagangan pada MYR4,597. Di samping pergerakan RSI ke bawah, penutupan dagangan terkini yang menurun menunjukkan momentum menurun kembali menguat.

Komoditi ini mungkin akan melanjutkan fasa koreksi harga dan menguji paras sokongan semula pada MYR4,390. Sementara itu, garisan SMA 50 hari masih bergerak ke paras lebih rendah, lantas mengukuhkan keadaan pasaran menurun. Sekiranya komoditi ini mencatat pergerakan menaik, paras MYR4,700 akan menahan harga daripada menembusi paras berkenaan. Selagi FCPO terus berada di bawah paras ambang MYR4,700, kami tetap akan berpegang pada bias dagangan negatif.

Para pedagang disarankan untuk terus mengekalkan pegangan jualan yang dimulakan pada penutupan 12 Mei (MYR4,481). Untuk menangani risiko-risiko dagangan yang ada, paras ambang henti rugi ditetapkan pada MYR4,700.

Paras sokongan pertama kini berada pada MYR4,390 dan diikuti oleh paras sokongan lebih rendah pada MYR4,250. Paras rintangan pertama pula ialah MYR4,700 yang diikuti oleh paras MYR4,900.