
Sub Topik
Jangan salah faham. Ini bukan artikel untuk mengajar anda membuka francais perniagaan MR DIY. Jika anda sedang mencari artikel bagaimana untuk membuka francais MR DIY, sini bukan tempatnya.
Boleh Ke Buka Franchise MR DIY?
Semua kedai beroperasi secara langsung dan bukannya melalui sebarang francais.
Siapa Pemilik MR DIY?
Tan Yu Yeh merupakan pengasas MR DIY dan yang menariknya pengasas MR DIY pernah bekerja sebagai seorang jurutera dan remiser sebelum menubuhkan MR DIY.
Pemilik MR DIY Antara Orang Terkaya Malaysia
Tan Yu Yeh merupakan orang ke-10 terkaya di Malaysia. Nilai kekayaan beliau adalah sebanyak USD2.7 bilion.
Sejarah Penubuhan MR DIY
MR DIY ditubuhkan pada 2005 dan kedai pertama dibuka di Jalan Tunku Abdul Rahman, Kuala Lumpur pada Julai tahun yang sama.
Cuba lihat gambar rajah di bawah. Kedai di sebelah kiri merupakan kedai MR DIY yang pertama dibuka dan gambar di sebelah kanan adalah salah sebuah kedai MR DIY di Malaysia yang kini mempunyai konsep yang lebih moden.
MR DIY mempunyai lebih 800 outlet di seluruh Malaysia, purata keluasan setiap kedai adalah 10,000 kaki persegi dan menjual sekitar 18,000 jenis produk.
Perniagaan & Produk MR DIY
Daripada gambar di atas, anda boleh melihat kedai pertama MR DIY tak ubah kelihatan seperti kedai hardware yang biasa kita lihat di mana-mana. Namun setelah bertahun tahun dalam pasaran, kini anda boleh membeli bermacam-macam produk di kedai MR DIY.
Ia menjadikan MR DIY kini menjadi peruncit perkakas rumah terbesar di Malaysia.
Produk? MR DIY menawarkan lebih 18 ribu produk di bawah 10 kategori iaitu perkakasan, barangan keperluan rumah, elektrik, aksesori kereta, kelengkapan perhiasan rumah, alat tulis, barangan sukan, mainan, hadiah, komputer & aksesori telefon bimbit, dan barangan kemas serta kosmetik.
Selain Malaysia, MR DIY turut membuka cawangan di Thailand, Brunei, Indonesia, Filipina, dan Singapura.
IPO Mr DIY
IPO Mr DIY meraih dana sebanyak RM1.5 bilion lalu menjadikannya IPO terbesar dalam tempoh tiga tahun pada waktu itu. Mr DIY membuat debut di Papan Utama Bursa Malaysia pada 26 Oktober 2020.
Harga IPO yang ditawarkan adalah RM1.60. Kini harga saham Mr DIY telah berada pada RM3.45 (setakat 30 Mac 2022). Bagi yang membeli IPO atau pada hari pertama ia disenaraikan sudah mendapat pulangan 100%.
Status saham Mr DIY pula adalah patuh syariah menurut Majlis Penasihat Syariah Suruhanjaya Sekuriti Malaysia.
Anugerah Yang Dimenangi MR DIY
Sebagai sebuah syarikat yang mempunyai perniagaan yang kukuh, sudah pasti MR DIY diberi banyak pengikitirafan serta anugerah. Anda fikir syarikat yang biasa-biasa akan berjaya menggondol anugerah seperti di bawah?
Pelancaran MR DIY Online
Pada tahun 2018, MR DIY melancarkan laman e-commerce MR DIY. Walaupun MR DIY ada beratus buah kedai, namun kini anda juga boleh membeli belah dari atas talian.
Tidak lama selepas itu, MR DIY turut membuka MR TOY dan MR DOLLAR.
Maklumat Kewangan MR DIY
Jumlah saham MR DIY adalah sebanyak 6.283 bilion unit saham; agak berat bagi sebuah saham. Modal pasarannya pula juga tinggi iaitu sebesar RM21.74 bilion. Maka tidak hairanlah ia menjadikan pemilik utama MR DIY berada dalam kedudukan antara individu terkaya di Malaysia.
Prestasi Suku Tahunan MR DIY
MR DIY merekodkan keuntungan bersih pada setiap suku sejak ianya disenaraikan. Berdasarkan laporan suku tahunan yang terakhir pula, ia membuat peningkatan sebanyak 44% jika dibandingkan dengan suku yang sebelumnya dan 24% jika dibandingkan dengan suku yang sama tahun sebelumnya.
Adakah MR DIY membuat keuntungan? Berdasarkan laporan yang dikeluarkan MR DIY pada setiap suku, MR DIY sememangnya membuat keuntungan positif melalui perniagaannya.
Jika ditanya sekiranya anda boleh menjadi pemilik MR DIY sudah tentulah jawapannya boleh. Jika anda memegang saham MR DIY sudah tentu anda merupakan salah seorang pemilik perniagaan MR DIY yang membolehkan anda mendapat hak untuk menerima dividen sebagai seorang pemegang saham.
Walaubagaimanapun, anda perlu berhati-hati sebelum membuat sebarang keputusan pelaburan.
Ini bukanlah saranan belian tetapi sebagai contoh untuk tujuan pendidikan.

BUKU INI WAJAR DIMILIKI OLEH MEREKA YANG BERANI BERIMPIAN !
Ramai yang nak gandakan duit simpanan dalam saham tapi fikir berpuluh kali. Jadi buku ini adalah step pertama korang. Bila faham isi kandungan buku ini, boleh 99% stay ahead dari orang lain!
Kami juga faham yang 2 sebab utama kenapa anak muda masih belum mula melabur saham adalah sebab TAKUT dan BELUM CUKUP DUIT. Yelah, kita melabur sebab nak ketenangan, bukan nak risau setiap masa.
Sambil kami terlibat dalam pasaran saham, sambil pandaikan orang lain tentang saham.
Terima kasih yang tidak terhingga kepada anda semua yang tak putus-putus menyokong kami dari awal sehingga ke hari ini. Misi kami agar dapat menyebarkan ilmu yang bermanfaat dalam bidang kewangan dan pelaburan.












