Celcom Digi Catat Untung Bersih Lebih Rendah Kepada RM341.23 Juta Pada Suku Ketiga

KUALA LUMPUR, 17 Nov (Bernama) — CelcomDigi Bhd mencatatkan keuntungan bersih yang lebih rendah kepada RM341.23 juta bagi suku ketiga (S3) berakhir 30 September, 2025, daripada RM436.98 juta pada tempoh yang sama tahun lalu.

Pengendali rangkaian mudah alih itu berkata penurunan keuntungan disebabkan asas kos yang meningkat, dengan jumlah kos naik 10.4 peratus atau RM168 juta terutamanya akibat kos berkaitan trafik yang lebih tinggi dan peruntukan yang lebih besar untuk kerugian kredit yang dijangka.

Hasil hampir tidak berubah pada RM3.12 bilion – susut RM1.64 juta berbanding tahun sebelumnya – disokong oleh pertumbuhan berterusan dalam hasil pascabayar dan perkhidmatan rumah serta gentian optik, katanya dalam makluman kepada Bursa Malaysia hari ini.

Bagi sembilan bulan pertama 2025, syarikat itu mencatatkan penurunan keuntungan bersih kepada RM1.16 bilion daripada RM1.22 bilion pada tempoh yang sama tahun lalu, manakala hasil meningkat kepada RM9.51 bilion daripada RM9.40 bilion sebelum ini. Sementara itu, dalam satu kenyataan akhbar, CelcomDigi berkata hasil perkhidmatan meningkat 1.5 peratus tahun ke tahun (y-o- y) kepada RM2.73 bilion, didorong oleh prestasi baik dalam segmen terasnya iaitu pascabayar, prabayar, rumah dan gentian optik, serta penyelesaian perusahaan.

“(Ini mencerminkan) pelaksanaan pasaran yang berkesan oleh syarikat dan tumpuan berterusan untuk memberikan nilai kepada pelanggan,” katanya.

CelcomDigi berkata pengurusan kos yang berdisiplin membantu mengurangkan kesan peruntukan lebih tinggi untuk hutang ragu, kos barang yang dijual, susut nilai dan pelunasan, serta kadar cukai efektif yang lebih tinggi sepanjang suku berkenaan.

“Pendapatan sebelum faedah dan cukai (EBIT) menyederhana 16.0 peratus tahun ke tahun kepada RM648 juta, manakala keuntungan selepas cukai (PAT) menurun 20.5 peratus tahun ke tahun kepada RM350 juta, mencerminkan tumpuan berterusan syarikat terhadap ketahanan kewangan jangka panjang di tengah-tengah pelaburan yang berterusan,” katanya.

CelcomDigi menutup suku itu dengan mencatatkan 20.5 juta pelanggan.

Syarikat itu mendedahkan bahawa penyepaduan dan pemodenan rangkaiannya telah mencapai lebih 90 peratus siap pada akhir September 2025, sekali gus memberikan pelanggan kualiti perkhidmatan yang dipertingkatkan pada rangkaian pintar CelcomDigi yang baru dinaik taraf.

Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif CelcomDigi Albern Murty berkata prestasi suku ketiga menunjukkan kekuatan pelaksanaan syarikat dan kesan inisiatif pengurusan kos yang berdisiplin.

Beliau berkata keuntungan jangka pendek menyederhana disebabkan oleh pelaburan strategiknya yang bertujuan memperkukuh kapasiti pendapatan di masa hadapan dan menyokong pertumbuhan jangka panjang.

“Inisiatif penyepaduan dan transformasi teknologi maklumat kami sedang berjalan dengan baik, meningkatkan pengalaman pelanggan dan memastikan perkhidmatan yang lancar merentas semua titik interaksi antara pelanggan dengan syarikat.

“Dengan asas yang kukuh, kami yakin akan memulakan Tahun Kewangan 2026 dengan langkah yang mantap, sekali gus menyampaikan pertumbuhan, inovasi dan nilai tambahan kepada pelanggan dan negara,” katanya.

Sehubungan itu, CelcomDigi mengumumkan dividen interim ketiga sebanyak 3.6 sen sesaham (sama seperti suku ketiga 2024), yang akan dibayar pada 23 Disember, 2025.

Pada rehat tengah hari ini, saham CelcomDigi meningkat dua sen kepada RM3.64 sesaham, dengan 1.18 juta saham bertukar tangan pada sesi pagi.
— BERNAMA

Previous ArticleNext Article

CANSLIM: Apa Itu Leader & Laggard Dan Kenapa Saham Ini Boleh Gerak Dulu?

Untuk terlibat dengan pelaburan saham, kita tidak boleh lari daripada melakukan pembacaan dan analisa secara menyeluruh. Pelabur perlu melakukan analisa dengan cara yang betul supaya dapat membuat keputusan yang betul.

Terdapat pelbagai jenis dan cara analisa yang boleh pelabur gunakan antaranya adalah analisa gaya William J. O’Neil. Analisa yang dimaksudkan adalah menggunakan kaedah CANSLIM untuk mencari dan memilih saham yang mempunyai pertumbuhan yang baik.

Pemilihan saham menggunakan CANSLIM ini adalah cara terpantas untuk mencari saham berpotensi sebelum pelabur institusi melabur ke dalam saham tersebut.

Pada penulisan ini, saya akan kongsikan elemen ‘L’ iaitu leader and laggard.

Secara asasnya CANSLIM adalah singkatan akronim yang menggabungkan 7 kriteria dalam pemilihan saham.

Kriteria CANSLIM adalah seperti di bawah :

  1. ‘C’ – Current Quarter Earning
  2. ‘A’ – Annual Earning
  3. ‘N’ – New product/management/event
  4. ‘S’ – Supply and Demand
  5. ‘L’ – Leader/laggard
  6. ‘I’ – Institutional
  7. ‘M’ – Market direction

Apa Itu Leader dan Laggard?

Dalam kriteria Leader dan Laggard, kita ingin menentukan sama ada syarikat kajian kita berada dalam senarai pemain industri yang utama atau pemain industri yang kedua.

Hal ini kerana, syarikat yang menjadi pemain utama dalam industrinya akan bertindak balas lebih awal daripada yang lain dan diikuti oleh syarikat pemain kedua.

Syarikat yang menjadi pemain utama boleh dilihat berdasarkan kepada kekuatan kewangan syarikat dan saiz modal pasaran syarikat tersebut.

Pergerakan pasaran akan bermula dengan saham daripada syarikat pemain utama dalam setiap industri.

PMETAL vs LBALUM

Mari kita lihat contoh-contoh di bawah. Sektor di bawah adalah sektor pembuatan aluminium.

Sumber : iSaham

Gambar di atas menunjukkan syarikat PMETAL berada paling atas dengan modal pasaran sebanyak RM40.38 billion. Ini menjadikan PMETAL pemain industri utama dalam sektor pembuatan Aluminium.

Sumber : Trading View

Pergerakan saham PMETAL berada pada aliran menaik dalam jangka masa 2-3 tahun. Namun begitu, pada Disember 2020, harga PMETAL melakukan kenaikan yang besar daripada RM3.00 sehingga mencecah RM4.00.

Hal ini disebabkan kenaikan harga komoditi Aluminium yang ketara dan telah memberikan keuntungan berganda pada syarikat PMETAL.

Syarikat mencatatkan kenaikan pada margin keuntungan sejak suku tahun kedua 2020. Profit margin yang meningkat juga menyumbang pada kenaikan harga saham.

Sumber : MalaysiaStock.biz

Laggard dalam sektor aluminium pula boleh dilihat pada syarikat LBALUM dengan modal pasaran yang lebih kecil iaitu sebanyak RM228 juta.

Leader seperti saham PMETAL telah mulakan kenaikan pada Disember 2020 manakala, laggard seperti LBALUM hanya memulakan kenaikan pada penghujung Mac 2021 daripada RM0.75 sehingga RM1.30 dengan kenaikan hampir 100%.

Sumber : Trading View
Sumber : MalaysiaStock.biz

Syarikat LBALUM mengalami kerugian pada suku ke-4 tahun 2020 dan hanya berjaya mencatatkan keuntungan pada suku tahun seterusnya. Oleh itu, harga saham LBALUM harga bergerak selepas mencatatkan keuntungan yang meningkat.

Syarikat LBALUM mencatatkan profit margin yang lebih tinggi dari leader PMETAL. Hal ini memberikan peluang yang besar untuk LBALUM menjadi syarikat yang lebih berdaya saing di masa hadapan.

Inilah gaya pemilihan saham menggunakan CANSLIM. Kita perlu mengkaji sektor tersebut dan menentukan siapa leader dan siapa laggard.

Dengan hanya memfokuskan pada kriteria ‘L’ sahaja kita sudah mampu untuk menjana keuntungan yang berganda.

Ini kerana analisis menggunakan metod CANSLIM adalah satu teknik yang sangat berkesan untuk memilih saham yang betul.

Nota: Contoh PMETAL dan LBALUM yang digunakan ini adalah berdasarkan data dan situasi pasaran pada tempoh tersebut dan digunakan semata-mata untuk menerangkan konsep Leader & Laggard dalam strategi CANSLIM. Kedudukan sesuatu saham sebagai leader atau laggard boleh berubah mengikut pergerakan harga dan relative strength dari semasa ke semasa. Contoh ini bukan gambaran prestasi semasa kedua-dua saham dan tidak boleh dianggap sebagai cadangan untuk membeli, menjual atau memegang mana-mana saham.

AMD vs NVIDIA

Sebagai contoh lain, kita boleh lihat perbezaan antara Advanced Micro Devices (AMD) dan NVIDIA dalam industri cip AI. NVIDIA merupakan pemain yang jauh lebih besar dari segi revenue dan kedudukan pasaran, tetapi dalam analisis saham, saiz syarikat bukan satu-satunya perkara yang menentukan sama ada sesuatu saham itu dianggap sebagai leader atau laggard.

Jika harga saham AMD mencatat kenaikan yang lebih tinggi berbanding NVIDIA dalam tempoh tertentu, AMD boleh dianggap sebagai stock leader untuk tempoh tersebut dari sudut price performance, walaupun NVIDIA kekal sebagai peneraju industri dari segi saiz. Sebab itu, apabila menggunakan konsep Leader & Laggard, pelabur perlu melihat relative strength dan prestasi harga berbanding saham lain dalam sektor yang sama, bukannya sekadar membandingkan harga seunit saham atau revenue syarikat.

Namun begitu, status leader atau laggard bukanlah sesuatu yang kekal. Sesebuah saham boleh menjadi leader pada satu tempoh dan kemudiannya menjadi laggard apabila momentum harga berubah. Oleh itu, konsep ini lebih sesuai digunakan sebagai salah satu alat untuk mengenal pasti saham yang menunjukkan momentum relatif yang kuat, bukannya sebagai ukuran mutlak tentang syarikat mana yang lebih baik.


Belilah saham yang baik. Nak tahu apa lebih mendalam tentang formula ini? Dapatkan eBook CANSLIM -> http://thekapital.my/Ebook-CANSLIM

Nak Kejar Saham Yang Bakal Naik?

Masih ingat tak masa orang berebut-rebut beli saham TOPGLOV, saham-saham lain yang satu geng dengan dia (yang harga jauh lebih murah) pun tiba-tiba meroket naik jugak cuma lambat sikiiiit je. Adusss mesti ramai yang tertinggal keretapi kan? Tulah, kan dah melepasss!

Haa, itu contoh saham sektor glove. So, macam mana dengan saham dekat sektor lain?? Dekat mana nak carik senarai dia?

Jangan tertinggal keretapi lagi.

Jadi khusus untuk follower kami, memperkenalkan e-book Leaders and Laggards.

Kalau nak tahu rahsia satu kaunter jalan, kaunter lain pun ikut jalan sekali, dapatkan eBook Leaders and Laggards -> http://thekapital.my/eBookLeadersAndLaggards

Dalam e-book ini, anda akan belajar:

✅ Apa itu Leader?

✅ Apa itu Laggard?

✅ Cara nak kenal pasti saham Leader dan Laggard

✅ Contoh-contoh case study Leader naik dulu, Laggard naik kemudian

✅ Contoh case study yang tak jadi, Leader dah naik tapi Laggard tak naik-naik

✅ Contoh case study Leader turun dulu, Laggard turun kemudian

Bukan itu sahaja, turut dikongsikan senarai Leader dan Laggard bagi industri-industri sarung tangan (glove), penjagaan kesihatan (healthcare), pembinaan (construction), tenaga (oil & gas), teknologi dan banyak lagi.

Dapatkan eBook Leaders and Laggards -> http://thekapital.my/eBookLeadersAndLaggards

Penafian :
Kandungan ini tidak disemak atau diluluskan oleh Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC). Maklumat yang terkandung di dalam artikel ini adalah untuk tujuan maklumat sahaja dan tidak boleh dianggap sebagai nasihat pelaburan. Semua keputusan pelaburan adalah tanggungjawab individu dan anda harus mendapatkan nasihat daripada penasihat kewangan berlesen sebelum membuat sebarang keputusan pelaburan. Pelaburan dalam saham melibatkan risiko dan keuntungan sendiri. Prestasi masa lalu juga tidak menjamin prestasi masa hadapan.