Hertz, Syarikat Sewa Kereta Yang Berusia 100 Tahun Kini Jatuh Tersungkur

Pandemik Covid-19 ini telah menyebabkan banyak perniagaan musnah sekelip mata. Kebanyakan perniagaan kecil memang tidak mampu bertahan dengan penularan wabak ini dan terpaksa menutup operasi mereka.

Lagi bertambah buruk apabila perniagaan itu melibatkan sektor pelancongan. Kini sebuah lagi syarikat gergasi dari Amerika Syarikat telah diisytiharkan muflis akibat tidak mampu bertahan di dalam keadaan ekonomi yang tidak menentu.

Syarikat yang dimaksudkan adalah Hertz. Ia mungkin nama yang asing bagi rakyat Malaysia tetapi tahukah anda, syarikat ini merupakan syarikat sewa kereta yang pertama di dunia.

Syarikat ini telah telah beroperasi lebih daripada seratus tahun di dalam dunia perniagaan sewa kereta.

Bermula Sejak Tahun 1918

Syarikat ini telah diasaskan pada tahun 1918 oleh Walter L. Jacobs. Beliau merupakan seorang yang kreatif dan telah membangunkan syarikat dengan sebanyak 12 kereta Ford model T.

Lima tahun kemudian, beliau menjual perniagaanya kepada John Hertz dan sejak itulah sini perniagaan kereta sewa mereka semakin berkembang.

John Hertz

Walaupun telah menjual perniagaanya kepada John Hertz, Walter L. Jacobs masih lagi berkhidmat di dalam syarikat tersebut. John Hertz merupakan seorang yang berpandangan jauh di dalam perniagaan dan mengambil berat tentang kehendak pelanggan.

Hanya selepas setahun setengah mengambil alih syarikat tersebut, beliau telah berjaya mendapat revenue sebanyak $1 juta pada tahun 1925. Syarikat ini semakin berkembang dengan pesat dari dekad ke dekad.

Pada tahun 1940-an, Hertz telah mengembangkan operasi mereka ke  peringkat antarabangsa. Syarikat ini juga mempelbagaikan jenis perniagaan dari makanan sehingga ke sistem audio pada dekad 1960-an.

Ketika era 1990-an, Hertz telah kembali fokus kepada perniagaan asal mereka dengan menjual segala perniagaan yang tidak berkaitan dengan teras mereka.

Syarikat ini sering bertukar tangan pemilikan sehingga tahun 2006, syarikat ini berjaya mengapungkan sahamnya ke pasaran saham NYSE. Dengan menjadi syarikat public listed company, Hertz telah menyesuaikan perniagaannya dengan keadaan semasa. Mereka mula memfokuskan penyewaan kenderaan melalui industri pelancongan.

Peningkatan permintaan kereta sewa turut meningkat pada musim panas di mana kebanyakan pelanggan mereka menyewa kenderaan untuk bercuti. Syarikat ini turut menyediakan sports car untuk disewa bagi pelanggan mereka yang suka memandu laju dan ingin bergaya.

Masalah mula timbul apabila muncul krisis pandemik yang berlaku pada awal tahun ini. Hertz berdepan dengan masalah yang besar berbanding dengan pesaing mereka sehingga terpaksa diisytiharkan muflis. Di antara faktor yang utama menyebabkan syarikat ini muflis adalah disebabkan hutang yang terlalu tinggi.

Selain itu juga, syarikat ini kerap menukar CEO dalam tempoh satu dekad. Apabila CEO baru yang menerajui syarikat tersebut, hala tuju syarikat juga turut berubah berdasarkan kesesuaian pengurusan mereka.

Seterusnya, ibu pejabat yang kerap berpindah tempat juga telah memberi impak kepada syarikat. Banyak pekerja mereka yang berpengalaman terpaksa berhenti kerja akibat pemindahan ini. Sebagai contoh, Hertz telah menukar ibu pejabatnya dari New Jersey ke Florida.

Syarikat ini telah berdepan dengan satu lagi isu yang mana nilai harga kereta terpakai yang semakin murah, akibat kurangnya kuasa membeli di kalangan rakyat Amerika Syarikat.

Seperti yang kita tahu, aset utama syarikat ini adalah kereta sewa dan mereka tidak mempu menjual kereta terpakai mereka untuk membayar pinjaman mereka kepada pemiutang akibat nilai aset mereka yang semakin rendah.

Akhirnya, Hertz telah diisytiharkan muflis disebabkan tidak mampu lagi menanggung bebanan hutang yang sangat tinggi. Harga saham pun jatuh merudum.

Dulu harga seunit boleh mencecah setinggi $90 USD pada tahun 2014, tetapi kini hanya bernilai $1.45 USD saja.

Maka berakhirlah riwayat syarikat yang berusia lebih daripada 100 tahun ini.

Sumber Rujukan:

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Minat Nak Jadi Remisier? Begini Caranya

Sebelum ini kami ada cerita serba sedikit tentang Best Ke Jadi Remisier? Kita dapat tahu kelebihan menjadi seorang remisier, selain daripada berkongsi ilmu dapat juga menjana pendapatan yang lumayan.

Malah Master Yus yang dahulunya dikenali sebagai seorang perempit di litar bursa, kini telah maju selangkah lagi untuk menjadi seorang remisier. Ikuti kisah beliau yang penuh inspirasi di Kisah Perempit Di Litar Bursa Kepada Seorang Remisier.

Berminat untuk menjadi remisier? Langkah pertama adalah memahami keperluan pelesenan, kelayakan dan peperiksaan yang ditetapkan oleh Suruhanjaya Sekuriti Malaysia.

Eh, nampak macam mudah je kan? Mesti kacang putih punya.

Berkenalan Dengan Suruhanjaya Sekuriti Terlebih Dahulu

Untuk menjadi seorang remisier, kita perlu tahu dulu siapa itu Suruhanjaya Sekuriti. Kalau berkaitan bank, simpanan dan takaful kita ada Bank Negara Malaysia (BNM), kalau berkaitan bank pelaburan dan pelaburan pula kita ada Suruhanjaya Sekuriti atau Securities Commission (SC).

Siapakah Securities Commission (SC)?

Sumber gambar: The Malaysian Reserve

Untuk itu, kita rujuk kepada laman web SC untuk tahu lebih lanjut:

Ditubuhkan pada 1 Mac 1993 bawah Akta Suruhanjaya Sekuriti 1993, SC merupakan badan statutori biaya kendiri dengan kuasa penyiasatan dan penguatkuasaan. SC melapor kepada Menteri Kewangan dan akaunnya dibentangkan di Parlimen secara tahunan. SC mempunyai banyak fungsi pengawalseliaan termasuk:

  • Mengawal selia bursa-bursa, rumah-rumah penjelasan dan depositori pusat;
  • Mendaftarkan prospektus syarikat selain daripada kelab-kelab rekreasi tidak tersenarai;
  • Meluluskan terbitan bon;
  • Mengawal selia semua perkara yang berhubung kait dengan sekuriti dan derivatif;
  • Mengawal selia pengambilalihan dan percantuman syarikat-syarikat;
  • Mengawal selia semua perkara yang berkaitan dengan skim unit amanah;
  • Melesenkan dan mengawasi semua individu yang berlesen;
  • Menggalakkan kawal selia sendiri; dan
  • Memastikan perilaku yang betul di kalangan institusi pasaran dan individu berlesen.

Melaksanakan semua fungsi ini merupakan tanggungjawab besar SC dalam melindungi pelabur. Selain daripada melaksanakan fungsi kawal selia, SC juga bertanggungjawab di bawah undang-undang untuk menggalakkan dan mempromosikan pembangunan sekuriti dan derivatif di Malaysia.

Perhatikan tiga point yang terakhir tersebut, betapa pentingnya SC menitikberatkan bab lesen di dalam industri pelaburan di Malaysia.

Aktiviti Yang Memerlukan Lesen Di Malaysia

Sumber: Licensing Handbook mukasurat 10 – fail PDF

Tengok betul-betul lapan aktiviti yang digariskan oleh SC seperti di atas. Nak berurusan dengan sekuriti (saham, waran, REIT, ETF dan bon) kita kena jadi seorang remisier yang berdaftar dengan SC. Nak jual unit trust atau amanah saham pun kena daftar juga tau. Kalau nak promote dan jual Skim PRS atau Private Retirement Scheme pun kena daftar dengan SC.

Ada Syarat Nak Jadi Remisier?

Ya, terdapat beberapa syarat yang perlu dipenuhi untuk menjadi remisier atau wakil berlesen bagi aktiviti dealing in securities.

Antara syarat yang ditetapkan oleh Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) ialah:

  1. Berumur sekurang-kurangnya 21 tahun.
  2. Memenuhi kriteria fit and proper yang ditetapkan oleh SC.
  3. Memenuhi keperluan kelayakan akademik dan pengalaman kerja yang berkaitan.
  4. Lulus kombinasi modul peperiksaan SC Licensing Examinations (SCLE) yang ditetapkan bagi aktiviti dealing in securities.

Untuk mengetahui kombinasi modul peperiksaan yang diperlukan, anda boleh merujuk kepada panduan modul peperiksaan CMSRL mengikut aktiviti.

Nota: Panduan modul peperiksaan ini disediakan oleh SIDC Prep, sebuah platform persediaan peperiksaan bebas yang tidak berafiliasi, disokong atau disahkan oleh Securities Industry Development Corporation (SIDC), Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) atau Bursa Malaysia. Maklumat ini disediakan untuk tujuan rujukan sahaja. Calon hendaklah merujuk kepada sumber rasmi SC bagi mendapatkan keperluan pelesenan terkini.

Maklumat lanjut mengenai syarat kelayakan dan pelesenan boleh dirujuk dalam Licensing Handbook Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC).

Untuk memohon lesen sebagai wakil berlesen dalam aktiviti dealing in securities, calon perlu memenuhi kriteria kelayakan akademik, pengalaman dan kompetensi yang ditetapkan oleh Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC).

Bagi keperluan peperiksaan, calon perlu lulus kombinasi modul SC Licensing Examinations (SCLE) yang ditetapkan, antaranya:

  • Modul 6 dan Modul 7
  • Modul 6 dan Modul 18
  • Modul 7 dan Modul 17
  • Modul 17 dan Modul 18

Keperluan sebenar tertakluk kepada kategori aktiviti terkawal dan kriteria pelesenan semasa SC. Calon disarankan merujuk Licensing Handbook terkini sebelum membuat permohonan.

Nak Jadi Remisier? Ini Modul Peperiksaan SCLE Yang Perlu Anda Lulus

Kebanyakan calon yang ingin menjadi remisier memilih untuk mengambil Modul 6 dan Modul 7. Tetapi, apakah yang dipelajari dalam kedua-dua modul ini?

Modul 6 – Stock Market and Securities Law (Pasaran Saham dan Undang-undang Sekuriti)

Modul 7 – Financial Statement Analysis and Asset Valuation (Analisis Penyata Kewangan dan Penilaian Aset)

Bagi tahun 2026, yuran peperiksaan SC Licensing Examinations (SCLE) ialah RM1,250 bagi setiap modul untuk calon warganegara Malaysia, termasuk calon yang menduduki peperiksaan buat kali pertama atau mengulanginya.

Calon boleh merujuk laman rasmi SIDC untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai struktur yuran, bahan pembelajaran dan peperiksaan.

Dah Pergi Kelas, Ambil Peperiksaan Pula

Selepas mengikuti kelas persediaan dan membuat ulang kaji, calon perlu menduduki peperiksaan SC Licensing Examinations (SCLE) bagi modul yang ditetapkan.

Kedua-dua Modul 6 dan Modul 7 mengandungi 60 soalan objektif (Multiple Choice Questions atau MCQ) yang perlu dijawab dalam tempoh 90 minit.

Dengan markah lulus sebanyak 60%, calon perlu menjawab sekurang-kurangnya 36 daripada 60 soalan dengan betul untuk lulus peperiksaan bagi setiap modul.

Walau bagaimanapun, calon disarankan menyemak format dan struktur peperiksaan terkini melalui laman rasmi SIDC sebelum menduduki peperiksaan.

Yuran Peperiksaan

Bagi tahun 2026, yuran peperiksaan SC Licensing Examinations (SCLE) ialah RM1,250 bagi setiap modul, untuk calon yang menduduki peperiksaan buat kali pertama atau mengulanginya.

Struktur yuran ini berkuat kuasa mulai 1 Mac 2026 hingga 28 Februari 2027. Oleh itu, calon perlu mengambil kira kos peperiksaan bagi setiap modul sebelum membuat persediaan untuk mendapatkan lesen dalam industri pasaran modal.

Sumber rasmi: SIDC – The SC Licensing Examinations

Senang Ke Nak Lulus?

Prestasi kelulusan berbeza mengikut modul dan tahun. Calon boleh meneliti kadar kelulusan terdahulu sebagai salah satu rujukan untuk merancang persediaan peperiksaan.

Sumber: Kadar kelulusan mengikut modul, 2015–2024

Nota: Maklumat kadar kelulusan peperiksaan ini dirujuk daripada SIDC Prep, sebuah laman latihan peperiksaan bebas yang tidak berafiliasi, disokong atau disahkan oleh Securities Industry Development Corporation (SIDC), Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) atau Bursa Malaysia. Data disediakan untuk tujuan maklumat dan rujukan sahaja

Didoakan supaya anda berjaya menjadi seorang remisier, dan menjadi seorang pendidik bagi membantu lebih ramai orang terbuka mata tentang pelaburan saham patuh syariah di Malaysia.

Memang nampak macam senang, tetapi realitinya kita perlu bersabar kerana ianya mengambil masa beberapa bulan juga, daripada saat pergi ke kelas, belajar daripada buku, ambil exam olok-olok, ambil exam sebenar, dan akhirnya dapat sijil mengatakan “Tahniah, Anda Lulus”!

Soalan Lazim Tentang Cara Menjadi Remisier

1. Berapa umur minimum untuk menjadi remisier?

Calon perlu berumur sekurang-kurangnya 21 tahun dan memenuhi syarat pelesenan yang ditetapkan oleh Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC).

2. Adakah wajib lulus Modul 6 dan Modul 7?

Tidak semestinya. Terdapat beberapa kombinasi modul SCLE yang dibenarkan bagi aktiviti dealing in securities, tertakluk kepada keperluan pelesenan SC.

3. Berapakah yuran peperiksaan SCLE pada tahun 2026?

Bagi calon warganegara Malaysia, yuran peperiksaan ialah RM1,250 bagi setiap modul untuk tempoh 1 Mac 2026 hingga 28 Februari 2027.

4. Berapa soalan dalam peperiksaan Modul 6 dan Modul 7?

Setiap modul mengandungi 60 soalan objektif yang perlu dijawab dalam tempoh 90 minit. Markah lulus ialah 60%, bersamaan sekurang-kurangnya 36 jawapan betul.

5. Berapa lama masa diperlukan untuk menjadi remisier?

Tempoh bergantung kepada persediaan calon, jadual peperiksaan, kelulusan modul dan proses permohonan lesen. Tiada satu tempoh tetap yang terpakai kepada semua calon.