Hutang Menghalang Umat Islam Daripada Masuk Syurga

Hutang dapat disimpulkan sebagai tanggungan masa hadapan yang dipertanggungkan ke atas seseorang sama ada dalam bentuk wang atau seumpamanya. Hutang-piutang sebenarnya dapat memberikan manfaat kepada dua belah pihak.

Hutang piutang juga adalah salah satu perbuatan saling tolong menolong yang sangat dianjurkan oleh Allah S.W.T. Selama mana pertolongan  itu dalam perkara kebaikan. 

Oleh kerana Islam adalah agama yang sempurna dan meliputi pelbagai aspek kehidupan, banyak ayat Al-Quran mahupun hadis yang menceritakan perihal hutang. Bahkan jika ditinjau, ayat terpanjang di dalam Al-Quran iaitu Surah Al-Baqarah 182 yang dikenali sebagai ayat dan juga menceritakan tentang hutang.

Hutang adalah amanah yang wajib ditunaikan secara adil. Hukum melangsaikan hutang sesama manusia adalah wajib. Seperti firman Allah S.W.T:

إِنَّ اللَّـهَ يَأْمُرُكُمْ أَن تُؤَدُّوا الْأَمَانَاتِ إِلَىٰ أَهْلِهَا وَإِذَا حَكَمْتُم بَيْنَ النَّاسِ أَن تَحْكُمُوا بِالْعَدْلِ ۚ

Maksudnya: Sesungguhnya Allah menyuruh kamu supaya menyerahkan segala jenis amanah kepada ahlinya (yang berhak menerimanya), dan apabila kamu menjalankan hukum di antara manusia, (Allah menyuruh) kamu menghukum dengan adil.

(Surah al-Nisa: 58)

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا أَوْفُوا بِالْعُقُودِ ۚ

Maksudnya: Wahai orang-orang yang beriman, penuhi serta sempurnakanlah perjanjian-perjanjian.

(Surah al-Maidah: 1)

Meskipun terdapat perbahasan ulamak tentang membuat pinjaman dan berhutang dengan bank, namun bukanlah itu yang hendak diketengahkan. Apa-apa sahaja hutang adalah wajib dibayar kerana terdapat beberapa ancaman bagi mereka yang tidak membayar hutang.

نَفْسُ المُؤمِنِ مُعَلّقَةٌ بِدَيْنِه حَتَّى يُقْضَى عَنْهُ

Maksudnya: Jiwa seorang mukmin tergantung dengan hutangnya sehingga dilunaskan hutang baginya.

Hadith riwayat Tarmidzi: (1079)

Pertaruhan Di Akhirat Akibat Hutang

Sehebat manapun amalan seseorang jika tidak melunaskan hutang tidak ada gunanya. Bagi sesiapa yang tidak membayar hutangnya di dunia, dia akan dipertanggungjawabkan di akhirat nanti. Hutang akan dibayar kepada si pemiutang dengan pahala amal kebajikan si penghutang dan dosa si pemiutang akan diberi kepada penghutang.

وَ مَنْ مَاتَ وَ عَلَيْهِ دَيْنٌ فَلَيْسَ ثَمَّ دِينَارٌ وَلَا دِرْهَمٌ وَلَكِنَّهَا الحَسَنَاتُ وَ السَيِّئَاتُ

Maksudnya: Barangsiapa yang mati dalam keadaan masih memiliki hutang, maka di hari Akhirat tidak ada lagi urusan dinar dan dirham, yang ada hanyalah urusan berkaitan pahala kebaikan dan dosa kemaksiatan.

Hadith riwayat Abu Daud: (3597)

Natijahnya, terdapat banyak ancaman bagi orang yang tidak membayar hutang. Persoalan syurga atau neraka bukanlah hak kita sebagai manusia untuk menentukan. Akan tetapi, dalil-dalil syarak di atas jelas menunjukkan kebahagiaan seseorang akan diragut di akhirat kelak kerana hutangnya di dunia. Sebaiknya hendaklah kita mengelakkan diri daripada berhutang.

Wallahua’lam

Sumber Rujukan:

  1. Muamalat
  2. Mufti WP
  3. Sinar Harian
Iklan

Iklan

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Do NOT follow this link or you will be banned from the site!