Layan SahAAAm Show Setiap Khamis Malam Jumaat

Alhamdulillah, pada malam 3hb Februari telah berlangsungnya acara sulung SAHAAAM SHOW yang menampilkan mentor pelaburan syariah Tuan Hj Mohd Asri dan ramai tetamu undangan yang lain.

Berkonsepkan talk show secara santai, pelbagai topik-topik menarik dan isu semasa berkaitan pelaburan saham yang sah dan patuh syariah akan dikupas.

Memang another level sangat program ni.

Sesuai sangat untuk anak muda yang semakin ramai mula terlibat dalam dunia pelaburan.

Acara mingguan ini akan diadakan secara langsung di:

Facebook rasmi Tuan Hj Mohd Asri —> 
Youtube rasmi Asri Ahmad Academy —> bit.ly/AAA-Youtube

Program ini dihoskan oleh Hafiz Hamidun yang merupakan penyanyi, komposer, penerbit rakaman dan penulis lirik terkenal tanah air.

Sepanjang siaran sejam setengah tersebut, kita juga ada tetamu Prof Dr Mohd Afzanizam yang mengupas tentang isu kadar faedah, inflasi dan kesannya terhadap pasaran saham, Azfar Azeem (Mr Kripto), Tuan Yusnizam Yusoff, Tuan Fadzli Abdullah, Tuan Azmin Kamaludin, Tuan Rizwan Abdullah dan Mr Raguman.

Di samping mendengar mereka berkongsi ilmu dan pengalaman, di samping kita berhibur dengan kugiran dan permainan yang menarik berkonsepkan soalan berkenaan pelaburan saham. Siapa berjaya jawab dengan betul, dapat hadiah daripada pihak sponsor.

Oleh itu, jangan lepaskan peluang untuk bersama-sama kita menonton Sahaaam Show ini secara online pada setiap hari Khamis pada pukul 9 malam bersama dengan topik dan tetamu lain.

Previous ArticleNext Article
Individu berlesen/berdaftar dengan Suruhanjaya Sekuriti.

Portal Semak Sebelum Labur SC membolehkan anda menyemak sama ada seseorang individu atau entiti dibenarkan oleh SC untuk menawarkan, mempromosi atau menjual sebarang produk dan perkhidmatan pasaran modal.

Untung Bersih 99 Speed Mart Lonjak 13.4 Peratus Pada Suku Kedua

KUALA LUMPUR: 99 Speed Mart Retail Holdings Bhd (99 Holdings) mencatat keuntungan bersih RM163.95 juta bagi suku kedua berakhir 30 Jun 2026, meningkat 13.4 peratus daripada RM144.63 juta pada suku sama tahun lalu.

Hasil kumpulan meningkat 13.6 peratus tahun ke tahun kepada RM3.08 bilion daripada RM2.71 bilion sebelumnya, menurut syarikat itu dalam makluman kepada Bursa Malaysia hari ini.

“Peningkatan itu didorong terutamanya oleh pengembangan berterusan rangkaian cawangan, dengan pertambahan bersih 257 cawangan baharu tahun ke tahun, menjadikan jumlah keseluruhan kepada 3,151 cawangan setakat 30 Jun 2026 berbanding 2,894 cawangan setahun sebelumnya.

“Jumlah transaksi jualan meningkat 13.6 peratus kepada 146.4 juta, dengan nilai purata setiap bakul RM21,” menurut syarikat itu.

Bagi tempoh enam bulan berakhir 30 Jun 2026, 99 Holdings mencatat keuntungan bersih RM352.5 juta berbanding RM289.53 juta dalam tempoh sama tahun lalu.

Hasil bagi tempoh enam bulan pula meningkat kepada RM6.14 bilion daripada RM5.32 bilion sebelumnya.

Selain itu, platform e-dagang jualan pukal syarikat terus mencatat pertumbuhan kukuh apabila hasil meningkat 80.5 peratus tahun ke tahun kepada RM50.2 juta bagi enam bulan berakhir 30 Jun 2026.

Pengasas merangkap Ketua Pegawai Eksekutif 99 Holdings, Lee Thiam Wah, berkata momentum pertumbuhan positif pada suku berkenaan disokong pengembangan berterusan rangkaian cawangan serta pelaksanaan waktu operasi lebih awal di seluruh negara.

Thiam Wah berkata tumpuan berterusan terhadap kecekapan operasi turut mula memberikan manfaat ketara kepada kumpulan.

Menurutnya, inisiatif penjimatan tenaga dan penggunaan peralatan membantu mengurangkan kos utiliti serta meningkatkan kecekapan kos merentasi operasi kumpulan.

“Dengan rangkaian cawangan kami terus berkembang, kami kekal komited untuk memperkukuh rantaian bekalan bagi menyokong kecekapan operasi,” katanya.

Beliau berkata kumpulan itu juga terus memperluas penawaran produk bagi memenuhi keperluan pelanggan yang berubah susulan sambutan menggalakkan terhadap rangkaian peralatan rumah terpilih.

Rangkaian berkenaan kini diperluas ke semua cawangan di seluruh negara dan turut ditawarkan menerusi platform 99 Bulksales bagi memenuhi keperluan pelanggan korporat serta pembelian secara pukal.