Top 10 Saham Patuh Syariah Paling Rugi Januari 2022

Top 10 saham paling RUGI Januari 2022

Bursa Malaysia bermula dengan agak baik pada tahun 2022, namun akhirnya ditutup 2.66% lebih rendah sepanjang bulan lalu.

Rally Chinese New Year juga seperti tak menjadi tahun ini. Apabila pasaran saham tak berapa baik, maka banyak jugalah saham-saham yang jatuh merudum.

Jom kita tengok senarai Top 10 Saham Patuh Syariah Paling Rugi Bulan Januari 2022 ini dan semoga kita dijauhkan daripada kerugian yang besar.

1. BSL Corporation

Sumber: Bursa Marketplace

2. Toyo Ventures Holdings

Sumber: Bursa Marketplace

3. Top Builders Capital

Sumber: Bursa Marketplace

4. Muhibbah Engineering (M)

Sumber: Bursa Marketplace

5. Brahims Holdings

Sumber: Bursa Marketplace

6. Capital A (Dulu Dikenali Sebagai AirAsia Group)

Sumber: Bursa Marketplace

7. AirAsia X

Sumber: Bursa Marketplace

8. Dataprep Holdings

Sumber: Bursa Marketplace

9. Mi Technovation

Sumber: Bursa Marketplace

10. Bintai Kinden Corporation

Sumber: Bursa Marketplace

Market Berdarah Elok Lepak Tepi Mantapkan Ilmu Terlebih Dahulu

Apabila market tak berapa nak cantik, adalah lebih baik kita tingkatkan dulu ilmu dan paper trade terlebih dahulu. Ambillah iktibar daripada senarai Top 10 Saham Patuh Syariah Paling Rugi Bulan Januari 2022 ini.

Ini kerana banyak kaunter yang mencatatkan kejatuhan, walaupun saham dengan fundamental yang elok. Semoga pasaran saham kembali pulih, agar kita dapat menjana keuntungan yang baik.

Belum Terlambat, Masih Sempat Untuk Belajar

Ingat, pasaran saham tidak kalis rugi. Harga saham akan bergerak. Naik, turun atau duk situ saja. Namun begitu, pelaburan saham telah lama terbukti menjadi salah satu instrumen pelaburan yang paling menguntungkan. Paling penting, gunakan modal dari duit lebihan sahaja supaya tidak serabut dan kusut bila rugi.

Nak melabur saham tapi tak tahu caranya?

Dah mula melabur tapi asyik rugi?

Nak tahu cara cari saham yang boleh dibeli?

Nak tahu analisis teknikal untuk ‘entry’?

Banyak ilmu pelaburan saham turut dikongsikan secara percuma di TheKapital. Jika anda ingin mendapatkan ilmu-ilmu eksklusif berdasarkan kepada tajuk-tajuk yang lebih mendalam, dapatkan ilmu tersebut di sini >> Produk TheKapital

Previous ArticleNext Article

Perdagangan Edaran Malaysia Dijangka Cecah 6.1 Peratus Tahun Ini — Kenanga IB

KUALA LUMPUR, 12 Jun (Bernama) — Pertumbuhan perdagangan edaran Malaysia diunjur pada 6.1 peratus dalam 2026 berbanding 5.6 peratus pada 2025 susulan prestasi lebih kukuh tahun ini yang mengatasi jangkaan awal.

Prestasi itu dipacu oleh usaha seperti pengumpulan stok borong, peningkatan harga berkaitan petroleum serta pemulihan dalam jualan kenderaan motor, menurut Kenanga Investment Bank Bhd (Kenanga IB).

Bank pelaburan itu menyatakan pertumbuhan perdagangan edaran turut meningkat kepada 9.4 peratus daripada 7.5 peratus bagi tempoh Januari-Mac.

“Ini merujuk kepada permintaan awal di tengah-tengah kebimbangan terhadap peningkatan tekanan kos serta ketidaktentuan bekalan.

“Bagaimanapun, prestasi sektor runcit yang lebih sederhana mungkin menandakan momentum asas perbelanjaan pengguna yang mulai kembali normal selepas disokong oleh peningkatan perbelanjaan sempena musim perayaan sebelum ini,” menurutnya dalam nota penyelidikan hari ini.

Bank pelaburan itu memaklumkan lonjakan harga tenaga, ketegangan geopolitik yang ketara serta gangguan rantaian bekalan yang berlanjutan, berpotensi memberi tekanan ke atas aktiviti penggunaan serta perniagaan dalam separuh kedua 2026.

“Pengukuhan pada masa ini berkemungkinan bersifat sementara dan mungkin tidak lagi mampan dalam bulan-bulan akan datang” katanya.

Selain itu, Kenanga IB mengekalkan unjuran pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Malaysia pada kadar 4.5 peratus bagi 2026 berbanding pertumbuhan 5.2 peratus pada 2025, sekali gus mencerminkan prospek ekonomi yang berhati-hati namun masih kekal optimis.

Petunjuk bulanan termasuk prestasi perdagangan pengedaran lebih kukuh serta pertumbuhan pengeluaran perindustrian pada April yang mengatasi jangkaan menunjukkan aktiviti ekonomi domestik kekal berdaya tahan pada suku kedua 2026.

“Pemulihan dalam aktiviti motor dan jualan borong hanya menunjukkan sokongan peningkatan kepada pertumbuhan jangka masa terdekat, terutama dalam sektor berkaitan perkhidmatan.

“Sehubungan itu, kami mengekalkan unjuran bahawa momentum pertumbuhan akan mengukuh dalam suku kedua sebelum menyederhana dalam separuh kedua jika ketegangan geopolitik terus wujud dan menjejaskan rantaian bekalan.”

— BERNAMA