Pelajar Universiti Semakin Celik Dengan Saham – Bursa Uni Day

Khabarnya, semakin ramai golongan muda yang berminat nak tahu pasal pelaburan saham ni. Kalau dilihat kepada jumlah kehadiran pelajar universiti yang hadir dalam acara Bursa Uni Day, memang ramai.

Bursa Uni Day ini dianjurkan oleh Bursa Malaysia dengan kerjasama Monash Universiti di Sunway. Ia menampilkan 3 speaker hebat iaitu Tuan Haji Mohd. Asri, Fred Tam dan Ezone Constantine.

Bagi siapa yang tak kenal mereka, berikut ada sedikit biodata mengenai ketiga-tiga speaker tersebut.

Boleh dikatakan ada tiga generasi di sini, di mana Fred Tam daripada Gen-X merupakan di antara senior dalam dunia pelaburan saham. Beliau merupakan seorang Top Speaker dan Best Selling Author

Kemudian kita ada Tuan Haji Mohd Asri, seorang Master Trainer dari Asri Ahmad Academy mewakili Gen-Y bagi mereka yang berusia 30-an dan 40-an.

Manakala Ezone Constantine pula daripada Gen-Z atau golongan milenial yang baru nak memulakan catatan baru dalam kehidupan di dunia sebenar.

Syabas diucapkan kepada Bursa Malaysia yang dilihat semakin mendekati golongan muda bagi membuka mata mereka tentang potensi keuntungan yang dapat dijana dalam pasaran saham. Sekurang-kurangnya dapat juga memberi tentangan yang hebat kepada skim-skim cepat kaya yang semakin berleluasa di luar sana.

Sekalung tahniah juga buat Monash University kerana memberi peluang pelajar-pelajar untuk dengar terus daripada pakar-pakar pelaburan, dapat juga menambah ilmu pengetahuan tentang betapa pentingnya pelaburan dan peluang pelaburan yang wujud di Malaysia.

Kami biarkan gambar berbicara, bagaimana terujanya anak-anak muda ini apabila dapat bersemuka dengan tokoh-tokoh dalam dunia pelaburan saham.

 

Previous ArticleNext Article
Individu berlesen/berdaftar dengan Suruhanjaya Sekuriti.

Portal Semak Sebelum Labur SC membolehkan anda menyemak sama ada seseorang individu atau entiti dibenarkan oleh SC untuk menawarkan, mempromosi atau menjual sebarang produk dan perkhidmatan pasaran modal.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Untung Bersih 99 Speed Mart Lonjak 13.4 Peratus Pada Suku Kedua

KUALA LUMPUR: 99 Speed Mart Retail Holdings Bhd (99 Holdings) mencatat keuntungan bersih RM163.95 juta bagi suku kedua berakhir 30 Jun 2026, meningkat 13.4 peratus daripada RM144.63 juta pada suku sama tahun lalu.

Hasil kumpulan meningkat 13.6 peratus tahun ke tahun kepada RM3.08 bilion daripada RM2.71 bilion sebelumnya, menurut syarikat itu dalam makluman kepada Bursa Malaysia hari ini.

“Peningkatan itu didorong terutamanya oleh pengembangan berterusan rangkaian cawangan, dengan pertambahan bersih 257 cawangan baharu tahun ke tahun, menjadikan jumlah keseluruhan kepada 3,151 cawangan setakat 30 Jun 2026 berbanding 2,894 cawangan setahun sebelumnya.

“Jumlah transaksi jualan meningkat 13.6 peratus kepada 146.4 juta, dengan nilai purata setiap bakul RM21,” menurut syarikat itu.

Bagi tempoh enam bulan berakhir 30 Jun 2026, 99 Holdings mencatat keuntungan bersih RM352.5 juta berbanding RM289.53 juta dalam tempoh sama tahun lalu.

Hasil bagi tempoh enam bulan pula meningkat kepada RM6.14 bilion daripada RM5.32 bilion sebelumnya.

Selain itu, platform e-dagang jualan pukal syarikat terus mencatat pertumbuhan kukuh apabila hasil meningkat 80.5 peratus tahun ke tahun kepada RM50.2 juta bagi enam bulan berakhir 30 Jun 2026.

Pengasas merangkap Ketua Pegawai Eksekutif 99 Holdings, Lee Thiam Wah, berkata momentum pertumbuhan positif pada suku berkenaan disokong pengembangan berterusan rangkaian cawangan serta pelaksanaan waktu operasi lebih awal di seluruh negara.

Thiam Wah berkata tumpuan berterusan terhadap kecekapan operasi turut mula memberikan manfaat ketara kepada kumpulan.

Menurutnya, inisiatif penjimatan tenaga dan penggunaan peralatan membantu mengurangkan kos utiliti serta meningkatkan kecekapan kos merentasi operasi kumpulan.

“Dengan rangkaian cawangan kami terus berkembang, kami kekal komited untuk memperkukuh rantaian bekalan bagi menyokong kecekapan operasi,” katanya.

Beliau berkata kumpulan itu juga terus memperluas penawaran produk bagi memenuhi keperluan pelanggan yang berubah susulan sambutan menggalakkan terhadap rangkaian peralatan rumah terpilih.

Rangkaian berkenaan kini diperluas ke semua cawangan di seluruh negara dan turut ditawarkan menerusi platform 99 Bulksales bagi memenuhi keperluan pelanggan korporat serta pembelian secara pukal.