Saham QSR Dah Boleh Beli Melalui MITI

Ada yang teruja dengan penyenaraian QSR Brands (M) Holdings Bhd tak lama lagi? Kami ada maklumkan beberapa minggu yang lalu dalam QSR Brands Nak Disenaraikan Di Bursa Malaysia.

Tak kenal siapa QSR Brands ni? Mereka merupakan pengendali restoran KFC dan Pizza Hut di Malaysia yang berhajat untuk mengadakan Initial Public Offering (IPO). Ini bermakna saham-saham QSR boleh dibeli lepas ni.

Syarikat ini bakal dimiliki oleh Johor Corp yang bakal memegang 33.3% pegangan, BDO Assets Management Sdn Bhd sebanyak 9.8% and juga JCorp Capital Excellence Sdn Bhd sebanyak 7.9%.

Bagi yang tak tahu apa itu IPO, boleh rujuk artikel Jom Berkenalan Dengan IPO.

Menurut draf prospectus yang dihantar kepada Suruhanjaya Sekuriti, QSR Brands menawarkan sejumlah 1.465 bilion saham melalui IPO.

Sumber: Securities Commission

Boleh Mohon Nak Beli IPO Melalui MITI

Bermula daripada 29 Oktober 2018 (Isnin) Jam 10.00 pagi sehingga 09 November 2018 (Jumaat) 12.00 tengahari, orang ramai dah boleh memohon Peruntukan Saham Khas Bumiputera melalui Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI). Dan tarikh akhir penghantaran borang adalah pada 16 November 2018 (Jumaat) Jam 4.30 petang.

Langkah-Langkah Nak Beli IPO QSR Melalui MITI

1. Klik Laman Web Saham Online MITI

2. Log Masuk Dengan Menggunakan ID Pengguna (Nombor Kad Pengenalan) Dan Kata Laluan Bagi Pengguna Yang Telah Berdaftar

3a. Bagi Yang Belum Berdaftar, Pilih Jenis Pelabur (Individu) Dan Klik Daftar

3b. Lengkapkan Borang Pendaftaran

3c. Pendaftaran Dah Selesai, Semak Emel

3d. Log Masuk Menggunakan ID Pengguna (Nombor Kad Pengenalan) Dan Kata Laluan

4. Klik Pohon IPO QSR Brands

5. Masukkan Jumlah Unit Yang Hendak Dipohon (Minima 1000 Unit)

Katanya saham QSR ditawarkan pada harga RM1.44 seunit melalui IPO ini. Minimum nak beli adalah 1000 unit, maka modal yang diperlukan adalah sebanyak RM1,440. Kalau nak beli 10000 unit, modal sebanyak RM14,400 pula diperlukan.

6. Klik Cetak, Isi Borang Dan Hantar Ke Alamat Yang Tertera

Sediakan Dokumen Penting

Bila dah submit online, sila rujuk kepada senarai semak dan pastikan semua dokumen lengkap. Penyata Kewangan adalah penting, begitu juga Penyata ASB dan Tabung Haji.

Sebab menerusi penyata kewangan inilah, MITI boleh tahu berapa jumlah unit yang kita layak untuk beli. Kalau letak bilangan unit tinggi, tapi tiada dokumen sokongan yang cantik, kalau dapat nanti akan ikut kita punya kemampuan.

Bagi Pegawai Kerajaan pula, perlu disertakan surat kebenaran rasmi oleh Ketua Jabatan, Ketua Bahagian atau Ketua Seksyen.

Kelebihan Memohon IPO Melalui MITI

Senang cerita, permohonan IPO melalui MITI adalah sedikit leceh kerana perlu isi borang, sertakan penyata kewangan, minta bos sign (bagi pegawai kerajaan), kemudian perlu pos atau hantar sendiri ke pejabat MITI di Kuala Lumpur. Tetapi cuba tanya mereka yang dah pernah memohon melalui MITI, mesti berpeluang cerah untuk dapat IPO tersebut.

Sebaliknya bagi IPO yang dipohon melalui bank pelaburan atau broker pula, proses sangat mudah dan semuanya dibuat secara online, tetapi peluang tipis nak dapat IPO tersebut. Ini kerana persaingan sangat tinggi, ramai orang yang apply IPO online, dan terpaksa pula bersaing dengan golongan Bukan-Bumiputera.

Apa-apa pun, kami doakan anda berjaya dalam permohonan IPO. Ini kerana kalau kita tengok kepada Prestasi IPO Bagi Tahun 2017. Ada Yang Harganya Naik 22% Selepas Sehari. Manakala ada 91.67% Peluang Untuk Untung Menerusi IPO Dalam Masa Sehari pada tahun 2016.


Nak belajar lagi? Boleh dengar sendiri dari mulut pegawai Kementerian Perdagangan Antarabangsa Dan Industri (MITI) di Simposium Saham Syariah 2018 pada 3 November ini. Daftar segera di www.asriahmadacademy.com

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Untung Bersih 99 Speed Mart Lonjak 13.4 Peratus Pada Suku Kedua

KUALA LUMPUR: 99 Speed Mart Retail Holdings Bhd (99 Holdings) mencatat keuntungan bersih RM163.95 juta bagi suku kedua berakhir 30 Jun 2026, meningkat 13.4 peratus daripada RM144.63 juta pada suku sama tahun lalu.

Hasil kumpulan meningkat 13.6 peratus tahun ke tahun kepada RM3.08 bilion daripada RM2.71 bilion sebelumnya, menurut syarikat itu dalam makluman kepada Bursa Malaysia hari ini.

“Peningkatan itu didorong terutamanya oleh pengembangan berterusan rangkaian cawangan, dengan pertambahan bersih 257 cawangan baharu tahun ke tahun, menjadikan jumlah keseluruhan kepada 3,151 cawangan setakat 30 Jun 2026 berbanding 2,894 cawangan setahun sebelumnya.

“Jumlah transaksi jualan meningkat 13.6 peratus kepada 146.4 juta, dengan nilai purata setiap bakul RM21,” menurut syarikat itu.

Bagi tempoh enam bulan berakhir 30 Jun 2026, 99 Holdings mencatat keuntungan bersih RM352.5 juta berbanding RM289.53 juta dalam tempoh sama tahun lalu.

Hasil bagi tempoh enam bulan pula meningkat kepada RM6.14 bilion daripada RM5.32 bilion sebelumnya.

Selain itu, platform e-dagang jualan pukal syarikat terus mencatat pertumbuhan kukuh apabila hasil meningkat 80.5 peratus tahun ke tahun kepada RM50.2 juta bagi enam bulan berakhir 30 Jun 2026.

Pengasas merangkap Ketua Pegawai Eksekutif 99 Holdings, Lee Thiam Wah, berkata momentum pertumbuhan positif pada suku berkenaan disokong pengembangan berterusan rangkaian cawangan serta pelaksanaan waktu operasi lebih awal di seluruh negara.

Thiam Wah berkata tumpuan berterusan terhadap kecekapan operasi turut mula memberikan manfaat ketara kepada kumpulan.

Menurutnya, inisiatif penjimatan tenaga dan penggunaan peralatan membantu mengurangkan kos utiliti serta meningkatkan kecekapan kos merentasi operasi kumpulan.

“Dengan rangkaian cawangan kami terus berkembang, kami kekal komited untuk memperkukuh rantaian bekalan bagi menyokong kecekapan operasi,” katanya.

Beliau berkata kumpulan itu juga terus memperluas penawaran produk bagi memenuhi keperluan pelanggan yang berubah susulan sambutan menggalakkan terhadap rangkaian peralatan rumah terpilih.

Rangkaian berkenaan kini diperluas ke semua cawangan di seluruh negara dan turut ditawarkan menerusi platform 99 Bulksales bagi memenuhi keperluan pelanggan korporat serta pembelian secara pukal.