[2018] Berapa Gaji Pengarah Syarikat Top 30 di Malaysia?

Mungkin ada yang nak tahu berapa gaji pengarah-pengarah syarikat terkemuka di Malaysia ni kan? Orang kata gajinya besar, betul ke?

Tapi sebelum itu, kami akan hanya fokus kepada syarikat-syarikat Top 30 Yang Tersenarai dalam FBMKLCI. Apa pulak tu FBMKLCI?

FBMKLCI Sebagai Penanda Aras Bursa Malaysia

Sama seperti saham, FBMKLCI juga ada turun naiknya, tetapi kalau saham menggunakan harga untuk menilaikan saham tersebut – FBMKLCI pula menggunakan sistem mata (point).

Dan ianya terdiri daripada 30 syarikat terbesar di Bursa Malaysia berdasarkan market capitalization mereka.

Nota :

Market Capitalization = Nilai sesuatu saham

Market Capitalization = Harga Saham x Jumlah Volume Saham

Senang cerita, 30 syarikat terbesar Bursa Malaysia yang bergabung menjadi FBMKLCI. Maka apabila penanda aras menunjukkan tanda-tanda positif, pasaran saham di Malaysia turut mengalami kenaikan. Dan apabila penanda aras positif, pelabur dari dalam dan luar negara akan lebih bergiat aktif bagi mengaut keuntungan yang lebih besar.

30 Syarikat Terbesar Malaysia

Dah tau apa itu FMBKLCI, jom kita tengok senarai 30 syarikat tersebut:

1. Gaji Pengarah AMMB Holdings (AmBank)

Sumber: Bursa Malaysia – AMMB 2017_Corporate_2.pdf (Annual Report 2017)

Pendapatan Tertinggi: Tan Sri Azman Hashim – RM3,415,000 setahun atau RM284,583 sebulan

2. Gaji Pengarah Astro Malaysia Holdings

Sumber: Bursa Malaysia – ASTRO AR2018_ Part 1.pdf (Annual Report 2018)

Pendapatan Tertinggi: Tun Dato’ Seri Zaki bin Tun Azmi – RM522,000 setahun atau RM43,500 sebulan

3. Gaji Pengarah Axiata Group

Sumber: Bursa Malaysia – Governance and Audited Financial Statements 2017.pdf (Annual Report 2017)

Pendapatan Tertinggi: Dr Muhammad Chatib Basri – RM716,000 setahun atau RM59,666 sebulan

4. Gaji Pengarah CIMB Group

Sumber: Bursa Malaysia – Annual Report 2017 – Financial Statements.pdf (Annual Report 2017)

Pendapatan Tertinggi: Tengku Dato’ Sri Zafrul bin Tengku Abdul Aziz – RM9,885,000 setahun atau RM823,750 sebulan

5. Gaji Pengarah Digi

Sumber: Bursa Malaysia – Digi – Annual Report 2017.pdf (Annual Report 2017)

Pendapatan Tertinggi: Tan Sri Saw Choo Boon – RM275,626 setahun atau RM22,968 sebulan

6. Gaji Pengarah Genting

Sumber: Bursa Malaysia – GENT Annual Report 2017.pdf (Annual Report 2017)

Pendapatan Tertinggi: Tan Sri Lim Kok Thay – RM225,900,000 setahun atau RM18,825,000 sebulan RM168,000,000 atau RM14,000,000 sebulan (ambil kira Group saja, dah termasuk Company)

7. Gaji Pengarah Genting Malaysia

Sumber: Bursa Malaysia – GENM_2017 Annual Report.pdf (Annual Report 2017)

Pendapatan Tertinggi: Tan Sri Lim Kok Thay – RM80,607,000 atau RM6,717,250 sebulan

8. Gaji Pengarah Hap Seng Consolidated

Sumber: Bursa Malaysia – HSCB – Annual Report 2017 (Part 2).pdf (Annual Report 2017)

Tidak dinyatakan secara spesifik individu mana yang memperolehi pendapatan tertinggi

9. Gaji Pengarah Hong Leong Bank

Sumber: Bursa Malaysia – Hong Leong Bank Berhad Annual Report 2017.pdf (Annual Report 2017)

Pendapatan Tertinggi: Domenic Fuda – RM8,115,000 atau RM676,250 sebulan

10. Gaji Pengarah Hong Leong Financial

 Sumber: Bursa Malaysia – HLFG Annual Report 2017.pdf (Annual Report 2017)

Pendapatan Tertinggi: Tan Kong Khoon – RM6,195,000 setahun atau RM516,250 sebulan

11. Gaji Pengarah IHH Healthcare

Sumber: Bursa Malaysia – 1b_IHH Healthcare Berhad_AR 2017_for Bursa_page 32 to 172.pdf (Annual Report 2017)

Pendapatan Tertinggi: Dr Tan See Leng: RM33,893,000 setahun atau RM2,824,416 sebulan

12. Gaji Pengarah IOI Corporation

Sumber: Bursa Malaysia – IOI Corp – Annual Report 2017 (Part 2).pdf (Annual Report 2017)

Pendapatan Tertinggi: Tan Sri Dato’ Lee Shin Cheng – RM23,149,000 setahun atau RM1,929,083 sebulan

13. Gaji Pengarah KLCC

Sumber: Bursa Malaysia – KLCCP Stapled Group Annual Report 2017_Part 3.pdf (Annual Report 2017)

Pendapatan Tertinggi: Dato’ Halipah binti Esa – RM99,000 setahun atau RM8,250 sebulan (Kategori Pengarah) & Annuar Marzuki Abdul Aziz – RM700,000 setahun atau RM58,333 sebulan (Kategori Pengurusan)

14. Gaji Pengarah Kuala Lumpur Kepong

Sumber: Bursa Malaysia – KLK – 2017 Annual Report (Part 2).pdf (Annual Report 2017)

Tidak dinyatakan secara spesifik individu mana yang memperolehi pendapatan tertinggi, tetapi seorang Pengarah dapat RM10,050,000 setahun atau RM837,500 sebulan

15. Gaji Pengarah Malayan Banking (Maybank)

Sumber: Bursa Malaysia – Maybank AR2017_Corporate-Part 2.pdf (Annual Report 2017)

Pendapatan Tertinggi: Datuk Abdul Farid Alias – RM10,111,610 setahun atau RM842,634 sebulan

16. Gaji Pengarah Maxis

Sumber: Bursa Malaysia – Maxis Annual Report 2017.pdf (Annual Report 2017)

Pendapatan Tertinggi: Raja Tan Sri Dato’ Seri Arshad bin Raja Tun Uda – RM520,715 setahun atau RM43,392 sebulan

17. Gaji Pengarah MISC

Sumber: Bursa Malaysia – MISC AR 2017 – Part 3.pdf (Annual Report 2017)

Pendapatan Tertinggi: Datuk Nasarudin Md Idris – RM500,000 setahun atau RM41,666 sebulan

18. Gaji Pengarah Nestle

Sumber: Bursa Malaysia – Corporate Governance Financial Report 2017.pdf (Annual Report 2017)

Pendapatan Tertinggi: Alois Hofbauer – RM3,327,991 setahun atau RM277,332 sebulan

19. Gaji Pengarah Petronas Chemicals

Sumber: Bursa Malaysia – PCG AR17_Part C.PDF (Annual Report 2017) & PCG-CG REPORT 2017.pdf

Pendapatan Tertinggi: Dong Soo Kim – RM279,000 setahun atau RM23,250 sebulan

20. Gaji Pengarah Petronas Dagangan

Sumber: Bursa Malaysia – PDB 2017 Annual Report – Page 114 to Proxy Form.pdf (Annual Report 2017) & PDB 2017 Corporate Governance Report.pdf

Tidak diberitahu secara spesifik individu mana yang memperolehi pendapatan tertinggi, tetapi Chairman akan dapat RM9,000 sebulan

21. Gaji Pengarah Petronas Gas

Sumber: Bursa Malaysia – PGB_AR 2017_Bursa_2.pdf (Annual Report 2017) & CG Report- PGB V5.pdf

Pendapatan Tertinggi: Datuk Anuar Taib – RM132,000 setahun atau RM11,000 sebulan

22. Gaji Pengarah PPB Group

Sumber: Bursa Malaysia – Annual Report 2017 – Part 1.pdf (Annual Report 2017)

Pendapatan Tertinggi: Lim Soon Huat – RM3,045,000 setahun atau RM253,750 sebulan

23. Gaji Pengarah Press Metal

Sumber: Bursa Malaysia – Press Metal Aluminium Holdings Berhad – CG Report 2017.pdf (Annual Report 2017)

Pendapatan Tertinggi: Tan Sri’ Dato’ Koon Poh Keong – RM2,280,000 setahun atau RM190,000 sebulan

24. Gaji Pengarah Public Bank

Sumber: Bursa Malaysia – PBB 2017 Annual Report (Page 1 – Page 135).pdf – (Annual Report 2017) & Public Bank Corporate Governance Report 2017.pdf

Pendapatan Tertinggi: Tan Sri Dato’ Sri Dr. Teh Hong Piow – RM32,048,000 setahun atau RM2,670,666 sebulan

25. Gaji Pengarah RHB Bank

Sumber: Bursa Malaysia – RHBB – Annual Report 2017 (Part 1).pdf – (Annual Report 2017)

Pendapatan Tertinggi: YBhg Dato’ Khairussaleh Ramli – RM6,229,000 setahun atau RM519,083 sebulan

26. Gaji Pengarah Sime Darby

Sumber: Bursa Malaysia – SDIAR 2017 (95-end).pdf – (Annual Report 2017)

Pendpatan Tertinggi: Tan Sri Dato’ Seri Mohd Bakke Salleh – RM7,861,000 setahun atau RM655,083 sebulan

27. Gaji Pengarah Sime Plantation

– Syarikat baru pecah tiga pada November 2017, belum ada Annual Report

28. Gaji Pengarah Telekom Malaysia

Sumber: Bursa Malaysia – TM IAR2017 Corporate Overview Book 1 Part 3.pdf – (Annual Report 2017) & TM 2017 CG Report.pdf

Pendapatan Tertinggi: Tan Sri Dato’ Sri Zamzamzairani Mohd Isa – RM5,537,926 setahun atau RM461,493 sebulan

29. Gaji Pengarah Tenaga Nasional

Sumber: Bursa Malaysia – TENAGA – Cover-Page 106.pdf (Annual Report 2017)

Pendapatan Tertinggi: Datuk Seri Ir. Azman bin Mohd – RM1,706,502 untuk empat bulan atau RM426,625 sebulan

30. Gaji Pengarah YTL Corporation

Sumber: Bursa Malaysia – YTL Corporation Berhad_Annual Report 2017-File 2.pdf – (Annual Report 2017)

Tidak diberitahu secara spesifik individu mana yang memperolehi pendapatan tertinggi, tetapi seorang Pengarah dapat RM22,700,000 setahun atau RM1,891,666 sebulan

Gaji Lebih RM1 Juta Sebulan

  1. Pengarah Genting: Tan Sri Lim Kok Thay – RM168,000,000 atau RM14,000,000 sebulan
  2. Pengarah IHH Healthcare: Dr Tan See Leng: RM33,893,000 setahun atau RM2,824,416 sebulan
  3. Pengarah Public Bank: Tan Sri Dato’ Sri Dr. Teh Hong Piow – RM32,048,000 setahun atau RM2,670,666 sebulan
  4. Pengarah IOI: Tan Sri Dato’ Lee Shin Cheng – RM23,149,000 setahun atau RM1,929,083 sebulan
  5. Pengarah YTL (Tidak Dinamakan): RM22,700,000 setahun atau RM1,891,666 sebulan

Gaji Paling Rendah

  1. Pengarah KLCC: Dato’ Halipah binti Esa – RM99,000 setahun atau RM8,250 sebulan
  2. Pengarah Petronas Gas: Datuk Anuar Taib – RM132,000 setahun atau RM11,000 sebulan
  3. Pengarah Petronas Chemicals: Dong Soo Kim – RM279,000 setahun atau RM23,250 sebulan
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Pinduoduo: Ancaman Baharu kepada Shopee dan MR DIY?

Selama ini, pengguna Malaysia sudah terbiasa membeli barangan murah melalui Shopee. Untuk barangan rumah, aksesori, perkakasan dan keperluan harian pula, MR DIY menjadi antara pilihan utama pengguna yang mementingkan harga berpatutan.

Tetapi kini, muncul satu lagi pemain yang berpotensi mengubah landskap persaingan tersebut: Pinduoduo.

Platform e-dagang dari China ini mula menjalankan kempen khusus untuk pengguna Malaysia pada Disember 2025. Menjelang Mac dan April 2026, aplikasinya semakin mendapat perhatian apabila pengguna berkongsi penemuan produk yang dijual pada harga jauh lebih rendah berbanding pasaran tempatan.

Menurut laporan The Edge Malaysia pada September 2026, seorang pengguna membeli krim pada harga RM8 berbanding lebih RM24 di pasaran tempatan. Seorang lagi membeli 30 gulung tisu tandas pada harga RM20.

Malah, laporan yang sama membandingkan harga selipar di kedai fizikal, sekitar RM16 dengan produk serupa di Pinduoduo pada harga RM3.50. Perbezaan harganya kira-kira 78%!

Ini bukan lagi sekadar persaingan antara dua aplikasi membeli-belah. Ia membuka persoalan lebih besar tentang bagaimana produk dihasilkan, diedarkan dan dijual kepada pengguna.

1. Apa sebenarnya kelebihan Pinduoduo?

Pinduoduo diasaskan di China pada 2015 dan syarikat induknya, PDD Holdings, disenaraikan di Nasdaq pada 2018.

Model perniagaannya menggabungkan beberapa pendekatan yang menarik.

Pertama, platform ini menghubungkan pengguna dengan rangkaian pengeluar dan penjual, termasuk pengeluar yang mampu membekalkan barangan pada kos rendah.

Kedua, Pinduoduo membangunkan model social commerce, termasuk pembelian berkumpulan atau team purchase. Pengguna boleh berkongsi tawaran dengan orang lain bagi mendapatkan harga yang lebih menarik.

Ketiga, platform ini memanfaatkan skala permintaan. Apabila ramai pengguna membeli produk yang sama, penjual mempunyai peluang untuk meningkatkan jumlah jualan dan mengoptimumkan kos pengeluaran serta pengedaran.

Walau bagaimanapun, harga murah bukan bermaksud semua produk semestinya lebih berkualiti rendah atau setiap produk pasti lebih murah daripada Shopee. Pengguna masih perlu membandingkan spesifikasi, kualiti, kos penghantaran dan syarat pembelian.

2. Berapa murah produk Pinduoduo berbanding pasaran tempatan?

Laporan The Edge Malaysia memberikan beberapa contoh yang menunjukkan jurang harga yang ketara.

ProdukHarga di PinduoduoHarga perbandingan tempatan
KrimRM8Lebih RM24
30 gulung tisu tandasRM20Dilaporkan 30%–40% lebih murah berbanding kedai runcit tempatan
SeliparRM3.50Sekitar RM16 di kedai fizikal

Sumber: The Edge Malaysia, September 2026. Harga ialah contoh yang dilaporkan, bukan purata harga pasaran atau perbandingan bagi semua produk.

Bagi selipar, perbezaan RM12.50 bersamaan kira-kira 78.1% daripada harga runcit RM16.

Namun, perbandingan ini perlu dilihat secara berhati-hati. Produk yang kelihatan serupa mungkin berbeza dari segi bahan, ketahanan, spesifikasi, jaminan dan kos selepas jualan.

Selain itu, laporan tersebut menyatakan bahawa penghantaran percuma melalui laluan laut boleh mengambil masa sekitar 15 hingga 30 hari untuk transit, tidak termasuk keseluruhan proses pemenuhan pesanan.

Maka, pengguna sebenarnya membuat pertukaran antara harga dengan masa menunggu dan kemudahan mendapatkan produk.

3. Adakah Shopee berada dalam bahaya?

Shopee bukan pemain kecil yang mudah diketepikan.

Shopee dikendalikan oleh Sea Limited, syarikat teknologi yang turut mempunyai perniagaan permainan digital Garena serta perkhidmatan kewangan digital Monee.

Berdasarkan keputusan kewangan tahun penuh 2025, Sea Limited mencatatkan:

  • Hasil kumpulan sebanyak US$22.9 bilion, meningkat 36.4% berbanding 2024.
  • Keuntungan bersih sebanyak US$1.6 bilion, berbanding US$447.8 juta pada 2024.
  • Shopee merekodkan nilai barangan kasar atau GMV sebanyak US$127.4 bilion, meningkat 26.8%.
  • Hasil Shopee mencapai US$16.6 bilion, meningkat 33.4%.
  • Shopee mempunyai kira-kira 400 juta pembeli aktif dan 20 juta penjual sepanjang 2025.

Angka ini menunjukkan bahawa Shopee masih mempunyai skala operasi yang besar.
Sumber: Sea Limited, keputusan kewangan 2025.

Tetapi skala besar tidak bermaksud tiada tekanan persaingan.

Shopee perlu mengekalkan keseimbangan antara harga yang menarik, kos penghantaran, subsidi promosi, komisen penjual dan keuntungan platform.

Jika pengguna mula membandingkan setiap produk dengan harga terus dari China, penjual yang bergantung kepada produk generik mungkin berdepan tekanan margin keuntungan.

Sebahagian penjual juga mungkin perlu mengurangkan harga, mencari pembekal lebih kompetitif atau menawarkan produk yang mempunyai nilai tambah.

Dalam jangka panjang, persaingan bukan hanya tentang siapa yang mempunyai aplikasi paling popular, tetapi siapa yang mampu menawarkan gabungan harga, kualiti, penghantaran dan pengalaman pelanggan yang paling menarik.

4. Bagaimana pula dengan MR DIY?

Bagi MR DIY, ancamannya berbeza daripada Shopee.

MR DIY mempunyai rangkaian kedai fizikal dan menawarkan pelbagai barangan perkakasan, aksesori rumah, produk dapur, alat tulis serta keperluan harian.

Pengguna boleh datang ke kedai, melihat barangan dan membawanya pulang pada hari yang sama. Kelebihan ini tidak mudah digantikan oleh penghantaran rentas sempadan yang mengambil masa lebih lama.

Namun, terdapat kategori produk yang lebih mudah dibandingkan dari segi harga, seperti bekas penyimpanan, aksesori dapur, barangan plastik, hiasan rumah dan peralatan kecil.

Jika produk serupa boleh diperoleh pada harga yang jauh lebih rendah melalui platform luar negara, sebahagian pengguna mungkin mengubah tabiat membeli-belah mereka.

Prestasi kewangan MR DIY masih menunjukkan pertumbuhan

Bagi tahun kewangan 2025, MR DIY mencatatkan:

  • Hasil sebanyak RM4.95 bilion, berbanding RM4.65 bilion pada 2024.
  • Keuntungan bersih sebanyak RM632.69 juta, berbanding RM568.94 juta pada 2024.
  • Rangkaian sebanyak 1,556 cawangan, meningkat 8.4% berbanding tahun sebelumnya.
  • Jumlah transaksi sebanyak 197.8 juta, meningkat 8.2%.
  • Purata nilai setiap bakul pembelian menurun 1.6%.

Angka tersebut dilaporkan oleh Bernama berdasarkan keputusan kewangan MR DIY.
Sumber: BernamaBiz, Februari 2026.

Data ini penting kerana ia menunjukkan bahawa MR DIY masih berkembang ketika persaingan e-dagang semakin sengit.

Penurunan purata nilai bakul pembelian pula tidak boleh dikaitkan secara langsung dengan Pinduoduo. Ia hanya satu petunjuk yang wajar diperhatikan bersama faktor lain seperti strategi harga, campuran produk dan keadaan pengguna.

Bagi MR DIY, cabarannya ialah memastikan pengguna masih mempunyai sebab untuk membeli di kedai fizikal walaupun terdapat alternatif lebih murah dalam talian.

5. Berapa harga saham PDD Holdings, Sea Limited dan MR DIY?

Jika mahu melihat isu ini daripada perspektif pelaburan, tiga saham yang boleh diperhatikan ialah PDD Holdings di Nasdaq, Sea Limited di New York Stock Exchange dan MR DIY di Bursa Malaysia.

Berikut ialah harga penutupan pada 23 Oktober 2026.

SyarikatKod sahamHarga penutupanPasaran
PDD HoldingsNASDAQ: PDDUS$79.04Amerika Syarikat
Sea LimitedNYSE: SEUS$74.63Amerika Syarikat
MR DIY GroupBursa: 5296RM1.15Malaysia

Sumber: StockAnalysis, Sea Limited Investor Relations dan The Star Market Watch. Harga dalam mata wang asal dan bukan harga masa nyata.

Saham PDD Holdings, syarikat induk kepada Pinduoduo dan Temu, pernah mencecah paras tertinggi 52 minggu pada US$139.41 pada 29 Oktober 2025. Namun, pada 23 Oktober 2026, sahamnya ditutup pada US$79.04, iaitu penurunan sekitar 43.3% daripada paras tertinggi tersebut. Berdasarkan semakan terkini pada Oktober 2026, saham PDD Holdings diklasifikasikan sebagai tidak patuh Syariah oleh beberapa platform saringan saham Islam seperti Musaffa dan HalalScreener.

Ini bermakna harga penutupannya kira-kira 43.3% di bawah paras tertinggi 52 minggu yang dipaparkan. Walau bagaimanapun, pergerakan tersebut tidak boleh dianggap berpunca daripada persaingan di Malaysia kerana PDD Holdings mempunyai operasi besar di China dan turut mengendalikan Temu.

Bagi Sea Limited, harga penutupannya ialah US$74.63. Sea turut mempunyai pendedahan kepada permainan digital dan perkhidmatan kewangan, jadi prestasi sahamnya tidak mencerminkan Shopee sahaja.

Sementara itu, saham MR DIY ditutup pada RM1.15, penurunan 25.81% sejak awal tahun (YTD), bersamaan susut RM0.40 sesaham daripada RM1.55 pada awal tahun.

Nota: Ketiga-tiga saham ini tidak boleh dibandingkan secara terus berdasarkan harga seunit. Jumlah saham diterbitkan, struktur modal, mata wang, pertumbuhan keuntungan dan penilaian pasaran mereka berbeza. Harga saham yang menurun juga tidak membuktikan bahawa Pinduoduo telah menjejaskan prestasi kewangan pesaingnya.

6. PDD Holdings sendiri mencatatkan hasil lebih RMB400 bilion

Saiz perniagaan syarikat induk Pinduoduo turut menjelaskan mengapa model perniagaannya wajar diberi perhatian.

Bagi tahun kewangan 2025, PDD Holdings melaporkan:

  • Hasil sebanyak RMB431.85 bilion, meningkat kira-kira 9.7% berbanding 2024.
  • Keuntungan bersih sebanyak RMB97.84 bilion, menurun daripada RMB112.43 bilion pada 2024.

Angka ini merangkumi perniagaan kumpulan PDD Holdings, termasuk Pinduoduo dan Temu, bukannya prestasi Pinduoduo di Malaysia sahaja. Sumber: Laporan tahunan PDD Holdings 2025 kepada SEC.

Hasil yang besar memberikan gambaran tentang skala operasi kumpulan tersebut. Namun, penurunan keuntungan bersih pada 2025 menunjukkan bahawa pertumbuhan hasil tidak semestinya membawa kepada pertumbuhan keuntungan pada kadar yang sama.

Bagi pelabur, perkara yang lebih penting ialah sama ada syarikat dapat mengekalkan pertumbuhan, mengurus kos, mempertahankan margin dan memenuhi keperluan kawal selia di pasaran yang diceburinya.

7. Isu lebih besar: Adakah semua pemain bersaing di padang yang sama?

Persaingan harga bukan semata-mata isu antara platform e-dagang.

Peniaga tempatan perlu menanggung pelbagai kos, termasuk sewa premis, gaji pekerja, caruman berkanun, pergudangan, pengedaran dan pematuhan peraturan yang berkaitan.

Penjual yang menghantar barangan terus dari luar negara mungkin mempunyai struktur kos yang berbeza. Perbezaan ini boleh memberi kesan kepada harga yang mampu ditawarkan kepada pengguna.

Dalam laporan September 2026, The Edge Malaysia mengetengahkan kebimbangan pemain industri tentang kesamarataan syarat persaingan, termasuk isu pematuhan dan struktur kos.

Pada masa yang sama, pengguna mendapat manfaat daripada pilihan yang lebih banyak dan harga yang lebih kompetitif.

Cabaran kepada pihak berkuasa ialah memastikan peraturan dilaksanakan secara adil tanpa menafikan manfaat e-dagang rentas sempadan kepada pengguna.

Bagi peniaga Malaysia, jawapannya juga bukan sekadar meminta perlindungan daripada pesaing luar. Mereka perlu meningkatkan produktiviti, memperkukuh jenama, memperbaiki pengalaman pelanggan dan membangunkan produk yang tidak mudah digantikan oleh barangan generik.

Kesimpulan: Persaingan baharu bukan lagi sekadar siapa menjual paling murah

Kehadiran Pinduoduo memberi isyarat bahawa persaingan runcit semakin merentas sempadan.

Shopee mempunyai skala pembeli dan penjual yang besar. MR DIY mempunyai rangkaian kedai fizikal serta kemudahan pembelian segera. Pinduoduo pula membawa pendekatan yang menekankan harga rendah dan hubungan terus antara pengguna dengan penjual.

Ketiga-tiganya mempunyai kekuatan dan cabaran yang berbeza.

Bagi pengguna, perkembangan ini membuka lebih banyak pilihan. Bagi peniaga dan pelabur, ia menimbulkan persoalan tentang kemampuan mengekalkan margin keuntungan apabila pengguna semakin mudah membandingkan harga di seluruh dunia.

Akhirnya, syarikat yang mampu menggabungkan harga kompetitif, kualiti, kemudahan, kepercayaan dan keuntungan yang mampan akan mempunyai kedudukan lebih baik dalam persaingan jangka panjang.

Persoalannya, adakah peniaga tempatan mampu menyesuaikan diri dengan era harga terus dari China, atau mereka akan terus bersaing menggunakan model perniagaan yang sama?

Penafian :
Kandungan ini tidak disemak atau diluluskan oleh Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC). Maklumat yang terkandung di dalam artikel ini adalah untuk tujuan maklumat sahaja dan tidak boleh dianggap sebagai nasihat pelaburan. Semua keputusan pelaburan adalah tanggungjawab individu dan anda harus mendapatkan nasihat daripada penasihat kewangan berlesen sebelum membuat sebarang keputusan pelaburan. Pelaburan dalam saham melibatkan risiko dan keuntungan sendiri. Prestasi masa lalu juga tidak menjamin prestasi masa hadapan.

Berminat nak buka akaun saham CDS dengan CGSI (sebelum ini dikenali sebagai CGS-CIMB)? Sekarang dah mudah, boleh buka secara atas talian (online) sahaja. Kelulusan pun segera jika tiada apa-apa isu.

Rujuk tutorial mudah ini > Tutorial Buka Akaun CDS Online Dengan CGSI (CGS-CIMB), Beli Saham Bursa Malaysia & Global (China, Hong Kong, Singapura, Indonesia)

Masukkan kod SP1M538 pada ruang Remisier Reference.