Senarai Terkini Saham Patuh Syariah (Kemas Kini Nov 2025)

Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) baru saja mengeluarkan senarai kemas kini sekuriti patuh Syariah yang berkuatkuasa 28 November 2025. Aktiviti ini pada kebiasaannya akan dijalankan pada bulan Mei dan November setiap tahun.

Ada beberapa nama-nama besar yang kini dah tak patuh syariah.

Senarai Terkini Saham Patuh Syariah

Jom kita tengok syarikat-syarikat yang baru masuk dalam senarai saham patuh syariah pada bulan November 2025.

Ada sebanyak 48 syarikat kini dah patuh syariah, termasuklah beberapa IPO yang baru seperti Aquawalk Group Berhad dan Farmiera Bhd.

Berikut pula merupakan saham-saham yang terkeluar daripada senarai patuh syariah yang terkini. Contohnya Azam Jaya Bhd dan Malayan Flour Mills Bhd.

858 Atau 80% Saham Di Bursa Malaysia Adalah Patuh Syariah, Meningkat Sedikit Daripada Mei 2025 Lalu

PENTING! Apa nak buat kalau saham yang kita beli sebelum ini patuh Syariah, tapi bukan lagi patuh Syariah?

1. Saham Patuh Syariah Jadi Tidak Patuh Syariah, Harga Melebihi Pelaburan Pokok

2. Saham Patuh Syariah Jadi Tidak Patuh Syariah, Harga Kurang Daripada Pelaburan Pokok

Macam Mana Nak Kenal Saham Patuh Syariah?

Baca dulu: Tutorial Buka Akaun Online Dengan Webull, Dapat Antara Caj Terendah Di Pasaran

Selain daripada merujuk di laman web Suruhanjaya Sekuriti, kita juga boleh tengok di trading platform dan akan ada simbol yang membezakannya dengan saham-saham syarikat yang tidak patuh syariah.

Contohnya ada simbol ‘[S]’ atau simbol bulat kecil [°] di sebelah nama saham.

Sumber rujukan: Suruhanjaya Sekuriti

BUKU INI WAJAR DIMILIKI OLEH MEREKA YANG BERANI BERIMPIAN !

Ramai yang nak gandakan duit simpanan dalam saham tapi fikir berpuluh kali. Jadi buku ini adalah step pertama. Bila baca buku ini, boleh 99% stay ahead dari orang lain! Bonusnya dapat jimat banyak masa.

Kami juga faham yang 2 sebab utama kenapa anak muda masih belum mula melabur saham adalah sebab TAKUT dan BELUM CUKUP DUIT. Yelah, kita melabur sebab nak tenang, bukan nak risau setiap masa.

Sambil kami terlibat dalam pasaran saham, sambil pandaikan orang lain tentang saham.

Terima kasih yang tidak terhingga kepada anda semua yang tak putus-putus menyokong kami dari awal sehingga ke hari ini.

Berita Baik : Kami sedang buat jualan penghabisan stok di Shopee!!

Previous ArticleNext Article

Kajian Segmen Pasaran SC Perkukuh Rangka Kerja Pasaran Awam

Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) hari ini mengeluarkan Garis Panduan Ekuiti yang disemak semula serta Kertas Respons, memperkenalkan penambahbaikan bersasar terhadap rangka kerja pasaran utama.

Inisiatif ini bertujuan meningkatkan akses kepada penyenaraian awam bagi penerbit, di samping memperjelas peranan serta memperkukuh pembezaan antara setiap segmen pasaran seperti berikut:

  • Pasaran Utama  – Pasaran utama bagi syarikat lebih besar dan dikenali
  • Pasaran ACE        – Pasaran bagi syarikat kecil dan sederhana yang berfungsi sebagai laluan peralihan ke Pasaran Utama

Penambahbaikan ini adalah susulan proses rundingan awam yang telah selesai  pada Disember 2025 di bawah kajian segmentasi pasaran, dengan mengambil kira maklum balas daripada pelbagai pihak berkepentingan.

Cadangan yang diterima pakai bagi Pasaran Utama akan berkuat kuasa pada 3 Jun 2026 melalui Garis Panduan Ekuiti yang disemak semula.

Pengerusi SC, Dato’ Mohammad Faiz Azmi berkata penambahbaikan ini mencerminkan komitmen berterusan SC terhadap pengawalseliaan yang bersesuaian dengan tujuan (fit-for-purpose) — seimbang, memudah cara serta responsif terhadap  evolusi model perniagaan.

“Usaha ini menyokong inisiatif lebih luas SC dalam meningkatkan kecekapan kawal selia dan kecemerlangan tadbir urus seperti yang digariskan dalam Pelan Induk Pasaran Modal 2026–2030,” katanya.

Penambahbaikan utama termasuk:

  • Pasaran Utama: Keperluan keuntungan yang lebih tinggi, kualiti pelaporan kewangan yang diperkukuh, penambahan fleksibiliti dalam penilaian aliran tunai operasi serta peluasan kelayakan bagi penyenaraian berasaskan infrastruktur.
  • Pasaran ACE: Diperkukuh sebagai pasaran berasaskan penaja (sponsor-driven), dengan keperluan rekod prestasi minimum dua tahun selepas penyenaraian sebelum boleh dipindahkan ke Pasaran Utama, pemansuhan pengecualian terhadap penajaan dan moratorium, serta pengenalan keperluan peruntukan pegangan saham awam minimum.

Dato’ Faiz menambah, “Secara keseluruhannya, segmentasi yang lebih jelas ini memperkukuh pembezaan antara lapisan pasaran, meningkatkan kualiti penyenaraian serta menyediakan laluan peralihan yang lebih tersusun bagi syarikat untuk berkembang daripada Pasaran ACE ke Pasaran Utama.”

Untuk maklumat lanjut, sila layari laman berikut: