Senarai Terkini Saham Patuh Syariah (Mei 2020)

Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) baru saja mengeluarkan senarai kemas kini sekuriti patuh Syariah yang berkuatkuasa 29 Mei 2020. Aktiviti ini dijalankan pada bulan Mei dan November setiap tahun.

Nak tengok syarikat yang baru masuk dan syarikat yang baru keluar daripada senarai terkini saham patuh syariah Mei 2020?

Ini dia…

Sebanyak 12 saham baru telah bertukar ke patuh Syariah, termasuk 3 saham yang baru saja IPO iaitu ACO Group, InNature dan Solarvest Holdings.

Di antara nama-nama popular yang baru bertukar kepada patuh Syariah adalah Berjaya Food yang merupakan pemilik francais Starbucks dan Kenny Rogers Roasters di Malaysia dan Pentamaster Corporation yang merupakan saham pujaan ramai.

77% Saham Di Bursa Malaysia Adalah Patuh Syariah

Daripada 900 buah saham yang tersenarai di Bursa Malaysia, kini ada 697 buah saham yang patuh Syariah. Ini bermakna 77% daripada saham yang tersenarai adalah patuh Syariah.

Ada 21 Saham Patuh Syariah Di Papan LEAP

Bagi pelabur sofistikated pula, kini terdapat 21 saham patuh Syariah di papan LEAP.

Ada 4 REIT dan 6 ETF Patuh Syariah Di Bursa Malaysia

Bagi mereka yang berminat untuk melabur ke dalam Real Estate Investment Trust (REIT) dan Exchange Traded Fund (ETF), ada 4 REIT dan 6 ETF yang patuh Syariah di Bursa Malaysia.

Baca: Kenali Kaunter REIT Patuh Syariah Di Bursa Malaysia dan Ketahui Apa Itu ETF Dan 4 Kelebihan Melabur Dalam ETF.

Apa nak buat kalau saham yang kita beli sebelum ini patuh Syariah, tapi bukan lagi patuh Syariah mengikut pengumuman terbaru Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC)?

1. Saham Patuh Syariah Jadi Tidak Patuh Syariah, Harga Melebihi Pelaburan Pokok

This image has an empty alt attribute; its file name is saham-syariah-ke-non-syariah1.jpg

2. Saham Patuh Syariah Jadi Tidak Patuh Syariah, Harga Kurang Daripada Pelaburan Pokok

This image has an empty alt attribute; its file name is saham-syariah-ke-non-syariah2.jpg

Macam Mana Nak Kenal Saham Patuh Syariah?

This image has an empty alt attribute; its file name is indicator-saham-syariah-700x265.png

Selain daripada rujuk dekat laman web Suruhanjaya Sekuriti, kita juga boleh tengok di trading platform dan akan ada simbol yang membezakannya dengan saham-saham syarikat yang tidak patuh syariah.

Contohnya ada simbol ‘[S]’ atau simbol bulat kecil [°] di sebelah nama saham.

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Untung Bersih 99 Speed Mart Lonjak 13.4 Peratus Pada Suku Kedua

KUALA LUMPUR: 99 Speed Mart Retail Holdings Bhd (99 Holdings) mencatat keuntungan bersih RM163.95 juta bagi suku kedua berakhir 30 Jun 2026, meningkat 13.4 peratus daripada RM144.63 juta pada suku sama tahun lalu.

Hasil kumpulan meningkat 13.6 peratus tahun ke tahun kepada RM3.08 bilion daripada RM2.71 bilion sebelumnya, menurut syarikat itu dalam makluman kepada Bursa Malaysia hari ini.

“Peningkatan itu didorong terutamanya oleh pengembangan berterusan rangkaian cawangan, dengan pertambahan bersih 257 cawangan baharu tahun ke tahun, menjadikan jumlah keseluruhan kepada 3,151 cawangan setakat 30 Jun 2026 berbanding 2,894 cawangan setahun sebelumnya.

“Jumlah transaksi jualan meningkat 13.6 peratus kepada 146.4 juta, dengan nilai purata setiap bakul RM21,” menurut syarikat itu.

Bagi tempoh enam bulan berakhir 30 Jun 2026, 99 Holdings mencatat keuntungan bersih RM352.5 juta berbanding RM289.53 juta dalam tempoh sama tahun lalu.

Hasil bagi tempoh enam bulan pula meningkat kepada RM6.14 bilion daripada RM5.32 bilion sebelumnya.

Selain itu, platform e-dagang jualan pukal syarikat terus mencatat pertumbuhan kukuh apabila hasil meningkat 80.5 peratus tahun ke tahun kepada RM50.2 juta bagi enam bulan berakhir 30 Jun 2026.

Pengasas merangkap Ketua Pegawai Eksekutif 99 Holdings, Lee Thiam Wah, berkata momentum pertumbuhan positif pada suku berkenaan disokong pengembangan berterusan rangkaian cawangan serta pelaksanaan waktu operasi lebih awal di seluruh negara.

Thiam Wah berkata tumpuan berterusan terhadap kecekapan operasi turut mula memberikan manfaat ketara kepada kumpulan.

Menurutnya, inisiatif penjimatan tenaga dan penggunaan peralatan membantu mengurangkan kos utiliti serta meningkatkan kecekapan kos merentasi operasi kumpulan.

“Dengan rangkaian cawangan kami terus berkembang, kami kekal komited untuk memperkukuh rantaian bekalan bagi menyokong kecekapan operasi,” katanya.

Beliau berkata kumpulan itu juga terus memperluas penawaran produk bagi memenuhi keperluan pelanggan yang berubah susulan sambutan menggalakkan terhadap rangkaian peralatan rumah terpilih.

Rangkaian berkenaan kini diperluas ke semua cawangan di seluruh negara dan turut ditawarkan menerusi platform 99 Bulksales bagi memenuhi keperluan pelanggan korporat serta pembelian secara pukal.