Kenali Kaunter REIT Patuh Syariah Di Bursa Malaysia

Nak melabur dalam hartanah tapi taknak pening-pening fikir kena kejar penyewa untuk bayar sewa, nak urus rumah kalau ada sebarang kerosakan, nak bayar cukai pintu dan macam-macam hal yang lain?

REIT adalah cara termudah dan termurah untuk anda melabur secara tak langsung ke dalam industri hartanah. Malah REIT juga mempunyai kadar bayaran dividen yang tinggi.

Sebab apa? Sebab REIT dibolehkan untuk dikecualikan daripada pembayaran cukai dengan syarat mereka perlu berkongsi 90% daripada keuntungan kasar mereka kepada semua pemilik saham REIT tersebut.

Bagi mereka yang nak tahu lebih lanjut pasal REIT ni, boleh rujuk Apa itu Real Estate Investment Trust (REIT)? Ambil tahu juga 4 Kelebihan Melabur di dalam REIT seperti yang dinyatakan dalam artikel tersebut.

Umumnya, buat masa ini terdapat 18 kaunter REIT di seluruh negara, dan 4 daripadanya adalah patuh syariah.

Jom kita berkenalan dengan mereka yang patuh syariah.

#1: Al-’Aqar Healthcare Reit (ALAQAR)

Sumber: Bursa Marketplace

Amanah Pelaburan Harta Tanah Al-‘Aqar Healthcare (“Al-‘Aqar Healthcare REIT” atau “Amanah”) telah ditubuhkan pada 28 Jun 2006 menurut surat ikatan amanah (“Surat Ikatan”) yang dimeterai antara Damansara REIT Managers Sdn Bhd (“DRMSB “atau” Pengurus “) dan AmanahRaya Trustees Berhad (” Pemegang Amanah “). Al-‘Aqar Healthcare REIT telah disenaraikan di Pasaran Utama Bursa Malaysia Securities Berhad (“Bursa Securities”) sejak 10 Ogos 2006.

Al-‘Aqar Healthcare REIT diuruskan dan ditadbir oleh DRMSB, yang mempunyai objektif utama:

– Menyediakan pemegang unit amanah (“Pemegang Unit”) dengan pengagihan tunai yang stabil dengan potensi untuk pertumbuhan mapan, terutamanya dari pemilikan harta;

– Meningkatkan Nilai Aset Bersih Unit-unit Al-‘Aqar Healthcare REIT (“Unit”)

Objektifnya dapat dicapai dengan mengoptimumkan prestasi dan meningkatkan mutu keseluruhan bagi portfolio aset aset hartanah patuh Syariah yang besar dan geografi melalui pelbagai strategi pelaburan dan perniagaan yang dibenarkan.

Sehingga hari ini, Al-Aqar sudah mempunyai 22 buah milikan hartanah dengan nilai sekitar RM1.52 Bilion. 19 darinya adalah hospital dan 3 hartanah berkaitan kesihatan.

#2: Al-Salam REIT (ALSREIT)

Sumber: Bursa Marketplace

AL-SALĀM TRUST INVESTASI ESTATE adalah amanah pelaburan hartanah berasaskan Malaysia (REIT). Ia adalah REIT Islam yang pelbagai di Malaysia dengan aset yang terletak di Johor Bahru dan juga di bandar-bandar utama di seluruh Malaysia. Al-Salam REIT disenaraikan di Pasaran Utama Bursa Malaysia pada 29 September 2015.

Aktiviti utama amanah adalah untuk melabur dalam hartanah patuh Syariah. Segmen Dana termasuk Runcit, Pejabat, Makanan dan Minuman (F&B), yang terdiri daripada restoran dan bukan restoran.

Portfolio hartanah Dana ini termasuklah KOMTAR JBCC, Menara KOMTAR, restoran Jamartas, 22 KFC dan Pizza Hut, 5 hartanah bukan restoran dan bangunan Kolej.

Dana ini diuruskan oleh Damansara REIT Managers Sdn Bhd (DRMSB atau Pengurus) sebuah anak syarikat milik penuh Johor Corporation. Pengurus adalah pemegang Lesen Perkhidmatan Pasaran Modal, yang diberi kuasa untuk menjalankan aktiviti pengurusan dana berhubung dengan REIT.

#3: AXIS REIT (AXREIT)

Sumber: Bursa Marketplace

Axis-REIT adalah amanah pelaburan hartanah yang dikuatkuasakan oleh Surat Ikatan dan dikawal selia oleh undang-undang sekuriti yang berkaitan, Garis Panduan SC mengenai REIT, Garis Panduan SC mengenai REIT Islam, Keperluan Penyenaraian Bursa Malaysia, peraturan undang-undang depositori dan undang-undang yang berkaitan dan peraturan.

Pada 15 Jun 2005, Akta yang membentuk Axis-REIT telah dilaksanakan di antara Axis REIT Managers Berhad sebagai Pengurus Axis-REIT dan RHB Trustees Berhad sebagai Pemegang Amanah Axis-REIT. Surat Ikatan itu telah didaftarkan dengan SC pada 16 Jun 2005, yang menandakan penubuhan Axis-REIT di Malaysia. Axis-REIT kemudiannya dikelaskan semula sebagai REIT Islam pada 11 Disember 2008.

Axis-REIT dibentuk untuk memiliki dan melabur terutamanya di pejabat dan harta industri.

Objektif utamanya ialah:

– Menyediakan Pemegang Unit dengan pengagihan pendapatan yang stabil dan berkembang

– Untuk mencapai pertumbuhan jangka panjang dalam nilai aset bersih setiap Unit Dana.

Axis REIT Managers Berhad adalah Pengurus Axis-REIT dan dilesenkan sebagai Pengurus Dana Islam untuk menguruskan REIT.

Sehingga kini, Axis REIT sudah memiliki 44 buah hartanah di seluruh negara.

#4: KLCC Property Holding (KLCC)

Sumber: Bursa Marketplace

KLCC REIT adalah sebuah REIT patuh Syariah yang ditubuhkan untuk melabur secara langsung dan tidak langsung ke dalam portfolio yang mematuhi Syariah di Malaysia dan di luar negara, yang digunakan terutamanya untuk tujuan pejabat dan runcit serta Aset Berkaitan Harta Tanah.

KLCC REIT diuruskan secara dalaman oleh KLCC REIT Management Sdn Bhd (“Pengurus”).

Pengurus tertumpu kepada pengurusan aset aktif dan strategi pertumbuhan pemerolehan untuk menyediakan pengagihan tetap dan stabil kepada pemegang unit dan memastikan pertumbuhan modal dan pulangan yang lebih baik daripada portfolio hartanahnya.

Kalau nak jadi sebahagian daripada pemilik Menara Berkembar PETRONAS, Suria KLCC, Mandarin Oriental Kuala Lumpur, Menara ExxonMobil dan Menara 3 PETRONAS di sekitar KLCC, maka KLCC REIT adalah jawapannya.

Siapa pelabur terbesar?

Perlukan Modal Yang Rendah Untuk Mulakan Pelaburan REIT

Kalau ada yang persoalkan tentang ke’halalan’ model bisnes ni, boleh tunjukkan kepada mereka 4 kaunter REIT yang patuh syariah ini. Dan nak mula dengan REIT ni cukup mudah dan memerlukan modal yang sangat rendah.

Previous ArticleNext Article

Minat Nak Jadi Remisier? Begini Caranya

Sebelum ini kami ada cerita serba sedikit tentang Best Ke Jadi Remisier? Kita dapat tahu kelebihan menjadi seorang remisier, selain daripada berkongsi ilmu dapat juga menjana pendapatan yang lumayan.

Malah Master Yus yang dahulunya dikenali sebagai seorang perempit di litar bursa, kini telah maju selangkah lagi untuk menjadi seorang remisier. Ikuti kisah beliau yang penuh inspirasi di Kisah Perempit Di Litar Bursa Kepada Seorang Remisier.

Berminat untuk menjadi remisier? Langkah pertama adalah memahami keperluan pelesenan, kelayakan dan peperiksaan yang ditetapkan oleh Suruhanjaya Sekuriti Malaysia.

Eh, nampak macam mudah je kan? Mesti kacang putih punya.

Berkenalan Dengan Suruhanjaya Sekuriti Terlebih Dahulu

Untuk menjadi seorang remisier, kita perlu tahu dulu siapa itu Suruhanjaya Sekuriti. Kalau berkaitan bank, simpanan dan takaful kita ada Bank Negara Malaysia (BNM), kalau berkaitan bank pelaburan dan pelaburan pula kita ada Suruhanjaya Sekuriti atau Securities Commission (SC).

Siapakah Securities Commission (SC)?

Sumber gambar: The Malaysian Reserve

Untuk itu, kita rujuk kepada laman web SC untuk tahu lebih lanjut:

Ditubuhkan pada 1 Mac 1993 bawah Akta Suruhanjaya Sekuriti 1993, SC merupakan badan statutori biaya kendiri dengan kuasa penyiasatan dan penguatkuasaan. SC melapor kepada Menteri Kewangan dan akaunnya dibentangkan di Parlimen secara tahunan. SC mempunyai banyak fungsi pengawalseliaan termasuk:

  • Mengawal selia bursa-bursa, rumah-rumah penjelasan dan depositori pusat;
  • Mendaftarkan prospektus syarikat selain daripada kelab-kelab rekreasi tidak tersenarai;
  • Meluluskan terbitan bon;
  • Mengawal selia semua perkara yang berhubung kait dengan sekuriti dan derivatif;
  • Mengawal selia pengambilalihan dan percantuman syarikat-syarikat;
  • Mengawal selia semua perkara yang berkaitan dengan skim unit amanah;
  • Melesenkan dan mengawasi semua individu yang berlesen;
  • Menggalakkan kawal selia sendiri; dan
  • Memastikan perilaku yang betul di kalangan institusi pasaran dan individu berlesen.

Melaksanakan semua fungsi ini merupakan tanggungjawab besar SC dalam melindungi pelabur. Selain daripada melaksanakan fungsi kawal selia, SC juga bertanggungjawab di bawah undang-undang untuk menggalakkan dan mempromosikan pembangunan sekuriti dan derivatif di Malaysia.

Perhatikan tiga point yang terakhir tersebut, betapa pentingnya SC menitikberatkan bab lesen di dalam industri pelaburan di Malaysia.

Aktiviti Yang Memerlukan Lesen Di Malaysia

Sumber: Licensing Handbook mukasurat 10 – fail PDF

Tengok betul-betul lapan aktiviti yang digariskan oleh SC seperti di atas. Nak berurusan dengan sekuriti (saham, waran, REIT, ETF dan bon) kita kena jadi seorang remisier yang berdaftar dengan SC. Nak jual unit trust atau amanah saham pun kena daftar juga tau. Kalau nak promote dan jual Skim PRS atau Private Retirement Scheme pun kena daftar dengan SC.

Ada Syarat Nak Jadi Remisier?

Ya, terdapat beberapa syarat yang perlu dipenuhi untuk menjadi remisier atau wakil berlesen bagi aktiviti dealing in securities.

Antara syarat yang ditetapkan oleh Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) ialah:

  1. Berumur sekurang-kurangnya 21 tahun.
  2. Memenuhi kriteria fit and proper yang ditetapkan oleh SC.
  3. Memenuhi keperluan kelayakan akademik dan pengalaman kerja yang berkaitan.
  4. Lulus kombinasi modul peperiksaan SC Licensing Examinations (SCLE) yang ditetapkan bagi aktiviti dealing in securities.

Untuk mengetahui kombinasi modul peperiksaan yang diperlukan, anda boleh merujuk kepada panduan modul peperiksaan CMSRL mengikut aktiviti.

Nota: Panduan modul peperiksaan ini disediakan oleh SIDC Prep, sebuah platform persediaan peperiksaan bebas yang tidak berafiliasi, disokong atau disahkan oleh Securities Industry Development Corporation (SIDC), Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) atau Bursa Malaysia. Maklumat ini disediakan untuk tujuan rujukan sahaja. Calon hendaklah merujuk kepada sumber rasmi SC bagi mendapatkan keperluan pelesenan terkini.

Maklumat lanjut mengenai syarat kelayakan dan pelesenan boleh dirujuk dalam Licensing Handbook Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC).

Untuk memohon lesen sebagai wakil berlesen dalam aktiviti dealing in securities, calon perlu memenuhi kriteria kelayakan akademik, pengalaman dan kompetensi yang ditetapkan oleh Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC).

Bagi keperluan peperiksaan, calon perlu lulus kombinasi modul SC Licensing Examinations (SCLE) yang ditetapkan, antaranya:

  • Modul 6 dan Modul 7
  • Modul 6 dan Modul 18
  • Modul 7 dan Modul 17
  • Modul 17 dan Modul 18

Keperluan sebenar tertakluk kepada kategori aktiviti terkawal dan kriteria pelesenan semasa SC. Calon disarankan merujuk Licensing Handbook terkini sebelum membuat permohonan.

Nak Jadi Remisier? Ini Modul Peperiksaan SCLE Yang Perlu Anda Lulus

Kebanyakan calon yang ingin menjadi remisier memilih untuk mengambil Modul 6 dan Modul 7. Tetapi, apakah yang dipelajari dalam kedua-dua modul ini?

Modul 6 – Stock Market and Securities Law (Pasaran Saham dan Undang-undang Sekuriti)

Modul 7 – Financial Statement Analysis and Asset Valuation (Analisis Penyata Kewangan dan Penilaian Aset)

Bagi tahun 2026, yuran peperiksaan SC Licensing Examinations (SCLE) ialah RM1,250 bagi setiap modul untuk calon warganegara Malaysia, termasuk calon yang menduduki peperiksaan buat kali pertama atau mengulanginya.

Calon boleh merujuk laman rasmi SIDC untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai struktur yuran, bahan pembelajaran dan peperiksaan.

Dah Pergi Kelas, Ambil Peperiksaan Pula

Selepas mengikuti kelas persediaan dan membuat ulang kaji, calon perlu menduduki peperiksaan SC Licensing Examinations (SCLE) bagi modul yang ditetapkan.

Kedua-dua Modul 6 dan Modul 7 mengandungi 60 soalan objektif (Multiple Choice Questions atau MCQ) yang perlu dijawab dalam tempoh 90 minit.

Dengan markah lulus sebanyak 60%, calon perlu menjawab sekurang-kurangnya 36 daripada 60 soalan dengan betul untuk lulus peperiksaan bagi setiap modul.

Walau bagaimanapun, calon disarankan menyemak format dan struktur peperiksaan terkini melalui laman rasmi SIDC sebelum menduduki peperiksaan.

Yuran Peperiksaan

Bagi tahun 2026, yuran peperiksaan SC Licensing Examinations (SCLE) ialah RM1,250 bagi setiap modul, untuk calon yang menduduki peperiksaan buat kali pertama atau mengulanginya.

Struktur yuran ini berkuat kuasa mulai 1 Mac 2026 hingga 28 Februari 2027. Oleh itu, calon perlu mengambil kira kos peperiksaan bagi setiap modul sebelum membuat persediaan untuk mendapatkan lesen dalam industri pasaran modal.

Sumber rasmi: SIDC – The SC Licensing Examinations

Senang Ke Nak Lulus?

Prestasi kelulusan berbeza mengikut modul dan tahun. Calon boleh meneliti kadar kelulusan terdahulu sebagai salah satu rujukan untuk merancang persediaan peperiksaan.

Sumber: Kadar kelulusan mengikut modul, 2015–2024

Nota: Maklumat kadar kelulusan peperiksaan ini dirujuk daripada SIDC Prep, sebuah laman latihan peperiksaan bebas yang tidak berafiliasi, disokong atau disahkan oleh Securities Industry Development Corporation (SIDC), Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) atau Bursa Malaysia. Data disediakan untuk tujuan maklumat dan rujukan sahaja

Didoakan supaya anda berjaya menjadi seorang remisier, dan menjadi seorang pendidik bagi membantu lebih ramai orang terbuka mata tentang pelaburan saham patuh syariah di Malaysia.

Memang nampak macam senang, tetapi realitinya kita perlu bersabar kerana ianya mengambil masa beberapa bulan juga, daripada saat pergi ke kelas, belajar daripada buku, ambil exam olok-olok, ambil exam sebenar, dan akhirnya dapat sijil mengatakan “Tahniah, Anda Lulus”!

Soalan Lazim Tentang Cara Menjadi Remisier

1. Berapa umur minimum untuk menjadi remisier?

Calon perlu berumur sekurang-kurangnya 21 tahun dan memenuhi syarat pelesenan yang ditetapkan oleh Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC).

2. Adakah wajib lulus Modul 6 dan Modul 7?

Tidak semestinya. Terdapat beberapa kombinasi modul SCLE yang dibenarkan bagi aktiviti dealing in securities, tertakluk kepada keperluan pelesenan SC.

3. Berapakah yuran peperiksaan SCLE pada tahun 2026?

Bagi calon warganegara Malaysia, yuran peperiksaan ialah RM1,250 bagi setiap modul untuk tempoh 1 Mac 2026 hingga 28 Februari 2027.

4. Berapa soalan dalam peperiksaan Modul 6 dan Modul 7?

Setiap modul mengandungi 60 soalan objektif yang perlu dijawab dalam tempoh 90 minit. Markah lulus ialah 60%, bersamaan sekurang-kurangnya 36 jawapan betul.

5. Berapa lama masa diperlukan untuk menjadi remisier?

Tempoh bergantung kepada persediaan calon, jadual peperiksaan, kelulusan modul dan proses permohonan lesen. Tiada satu tempoh tetap yang terpakai kepada semua calon.