Seorang Pelabur Saham Perlu Tahu 3 Perkara Ini

Saham adalah salah satu alat pelaburan yang kebiasaannya ditawarkan di pasaran modal. Ia dapat dikomersialkan jika harga jual saham tersebut dapat memberi hasil kepada pelabur. Berdasarkan definisi Bursa Malaysia, saham ialah sekuriti yang mewakili sebahagian modal pemilik dalam perniagaan.

Prestasi perniagaan akan dihitung melalui hasil dividen yang diterima oleh pemegang saham. Pemilik perniagaan yang merupakan pemegang saham itu sendiri haruslah berkongsi keuntungan atau kerugian dalam perniagaan tersebut.

Ternyata ramai orang mula menjinakkan diri dalam sektor saham atau pun dalam erti kata lain, pelaburan, kerana ia terbukti dapat memberi hasil yang sangat lumayan. Mereka sedar bahawa mereka tidak perlu lagi bertungkus lumus untuk mendapatkan wang. Dengan hanya melabur di syarikat yang baik, maka impian mereka akan menjadi kenyataan.

Walaupun ada yang memberi peringatan tentang risiko mahupun kerugian yang bakal terjadi akibat turun naik harga di bursa saham, malah terdapat juga testimoni positif mengenai pelaburan saham. Sebagai contoh, Warren Edward Buffett merupakan salah seorang jutawan yang mencapai hasil yang lumayan dalam dunia pelaburan.

Justeru, artikel ini akan membincangkan tentang rahsia melabur yang para pelabur perlu tahu dalam dunia pelaburan saham. Hal ini kerana pada era globalisasi ini, pelabur-pelabur baharu umpama cendawan yang tumbuh selepas hujan tetapi hakikatnya mereka masih cetek dalam ilmu pelaburan saham sehingga menyebabkan mereka mengalami kerugian.

Jom kita tengok 3 perkara seorang pelabur saham perlu tahun.

1. Menggunakan Screener

Kebiasaanya, pelabur saham yang baru menapak dalam sektor ini tidak mengetahui jenis-jenis saham yang perlu dibeli. Sebelum pelabur membuat keputusan untuk membeli saham, mereka perlulah mengetahui dan menyaring dahalu saham tersebut bagi mengelakkan sebarang kemungkinan. Proses ini dikenali sebagai ‘Screening’. ‘Screener’ saham merupakan sebuah aplikasi yang digunakan untuk menyaring ribuan saham yang ada berdasarkan ciri yang telah ditetapkan oleh pelabur itu sendiri.

Semasa proses menyaring kaunter saham, pelabur haruslah menggabungkan analisis fundamental dan teknikal. Pelabur boleh memasukkan parameter yang mereka inginkan dari segi teknikal, fundamental ataupun deskriptif saham itu sendiri. Sebagai contoh, pelabur boleh menggunakan parameter seperti PE kurang dari 20, ROE lebih dari 1, net margin lebih dari 10% dan ‘moving average break uptrend’.

Tambahan lagi, terdapat pelbagai screener yang boleh digunakan untuk memudahkan proses pelaburan. Antaranya ialah SpeedSaham, Trading View, BursaStation dan Bursa Marketplace.

Sumber:

2. Counter Small Cap Atau Mid Cap

‘Small Cap’  adalah untuk syarikat yang permodalan pasarannya dibawah RM200 juta manakala ‘Mid Cap’ adalah untuk syarikat yang permodalan pasarannya antara RM200 juta hingga ke kurang dari RM2 billion. Pengkategorian ‘Small Cap’ serta ‘Mid Cap’ sebenarnya dibuat mengikut saiz permodalan pasaran. Manakala, permodalan pasaran  pula adalah nilai harga semasa di pasaran didarab dengan jumlah saham syarikat berkenaan.

Eugene Fama dan Ken French telah membuat konklusi terhadap hasil kajian mereka bahawa saham Small Cap lebih memberi keuntungan berbanding saham Mid Cap. Namun,  mereka mendapati proses keuntungan pelaburan tersebut lebih memerlukan masa panjang berbanding Mid Cap.

Tambahan lagi, mereka mengemukakan bahawa saham ‘Small Cap’ lebih terdedah kepada kebankrapan pihak syarikat walaupun mampu memberi keuntungan yang tinggi. Walaubagaimanapun, mereka tidak melihat hasil kajian mereka sebagai satu berita baik kepada pelabur-pelabur. 

Perbandingan kenaikan harga Saham ‘Small Cap’ dan ‘Mid Cap’ pada tahun 2019

3. Ambil Tahu Berita Terkini

Para pelabur haruslah mengikuti perkembangan terkini di peringkat antarabangsa dan tempatan sebagai indikator untuk menilai dan membuat jangkaan pasaran.

Sebagai contoh, pelabur haruslah melihat harga komoditi dunia seperti minyak.  Hal ini kerana negara kita adalah antara pengeluar minyak mentah terbesar di Asia. Petronas Chemicals Group, Petronas Dagangan Berhad dan juga Petronas Gas Berhad merupakan antara syarikat domestik yang terlibat dengan minyak mentah yang membentuk indeks FBM KLCI.

Jadi, sebarang perubahan harga minyak dunia akan memberikan kesan kepada pasaran saham tempatan.

Selain itu, para pelabur juga perlu mengambil tahu tentang nilai pertukaran antara matawang Ringgit Malaysia dan matawang US Dollar. Hal ini kerana secara tidak langsung, pertukaran nilai matawang ini akan memberi kesan yang besar kepada pendapatan perniagaan syarikat tempatan di peringkat global.

Dalam kes ini, kelemahan matawang sesebuah negara juga menjadi aspek utama terhadap kestabilan ekonomi dan politik sesebuah negara.

Akhir kata, setiap aktiviti pelaburan saham akan mempunyai risiko yang tersendiri dari segi keuntungan dan kerugian. Walaupun terdapat ramai pelabur yang menghadapi kerugian, akan tetapi banyak juga faedah yang mereka pelajari. Kami yakin bahawa rahsia yang kami kongsikan ini dapat membantu ramai pelabur untuk membuat keputusan dalam proses pelaburan saham. Selamat maju jaya kami ucapkan kepada para pelabur diluar sana!

Nama saham yang didedahkan adalah untuk tujuan pendidikan dan bukan sebagai satu saranan belian.

Penulis boleh dihubungi di:

Adielatul Hanim Bt Muhamad Roshdi ([email protected])

Sarah Nur Ariesha Binti Fazilah ([email protected])

Prof Madya Dr Nuradli Ridzwan Shah Bin Mohd Dali ([email protected])

BUKU INI WAJAR DIMILIKI OLEH MEREKA YANG BERANI BERIMPIAN !

Ramai yang nak gandakan duit simpanan dalam saham tapi fikir berpuluh kali. Jadi buku ini adalah step pertama. Bila baca buku ini, boleh 99% stay ahead dari orang lain! Bonusnya dapat jimat banyak masa.

Kami juga faham yang 2 sebab utama kenapa anak muda masih belum mula melabur saham adalah sebab TAKUT dan BELUM CUKUP DUIT. Yelah, kita melabur sebab nak tenang, bukan nak risau setiap masa.

Sambil kami terlibat dalam pasaran saham, sambil pandaikan orang lain tentang saham.

Terima kasih yang tidak terhingga kepada anda semua yang tak putus-putus menyokong kami dari awal sehingga ke hari ini.

Berita Baik : Kami sedang buat jualan penghabisan stok di Shopee!!

Previous ArticleNext Article

Sunway Cadang Tawaran Pengambilalihan Bersyarat Bagi Memiliki IJM Corp Pada Harga RM3.15 Sesaham

KUALA LUMPUR, 12 Jan (Bernama) — Sunway Bhd mencadangkan tawaran pengambilalihan sukarela bersyarat untuk memiliki keseluruhan 3.51 bilion saham dalam IJM Corp Bhd pada harga tawaran RM3.15 sesaham.

Sunway dalam satu makluman di Bursa Malaysia hari ini berkata Maybank Investment Bank Bhd yang bertindak bagi pihaknya, telah menyerahkan notis tawaran pengambilalihan sukarela bersyarat kepada lembaga pengarah IJM Corp mengenai hasratnya untuk memiliki keseluruhan kepentingan ekuiti pada harga tawaran itu.

Ia menambah Sunway mungkin mencalonkan sebuah anak syarikat milik penuhnya sebagai penerima saham tawaran berkenaan.

“Dengan mengandaikan tawaran yang dicadangkan itu diterima sepenuhnya dan tiada pelarasan dibuat terhadap harga tawaran, jumlah pertimbangan bagi tawaran itu dianggarkan sekitar RM11.0 bilion yang akan diselesaikan melalui gabungan tunai dan penerbitan saham biasa baharu dalam Sunway,” kata Sunway.

Sekiranya tiada berlakunya sebarang keadaan yang diluar jangka, syarikat itu berkata tawaran yang dicadangkan dijangka selesai menjelang suku ketiga 2026.

Syarikat itu berkata tawaran yang dicadangkan itu adalah tertakluk kepada, antaranya Sunway mesti menerima, pada atau sebelum tarikh tutup, penerimaan sah yang akan menyebabkan Sunway memegang, secara keseluruhan lebih daripada 50 peratus saham undian IJM Corp.

Sunway berkata ia mungkin akan cuba untuk menyahsenarai IJM Corp melalui kaedah yang dibenarkan di bawah undang-undang dan peraturan yang terpakai, dengan keputusan untuk meneruskan dan pilihan kaedah akan dibuat pada masa yang relevan.

Ia berkata penyelesaian tawaran yang dicadangkan itu akan mewujudkan sebuah konglomerat yang diperbesarkan yang terlibat dalam pembangunan hartanah dan pembinaan di Malaysia berdasarkan hasil dan asas asetnya.

“Sunway akan dapat menggabungkan prestasi kewangan IJM Group dan turut mengembangkan aktiviti perniagaan Sunway dan anak syarikatnya,” kata syarikat itu sambil menambah pihaknya berhasrat untuk meneruskan perniagaan sedia ada IJM Group.

Selain itu, Sunway berkata IJM Corp akan dikekalkan sebagai anak syarikat berasingan, selari dengan syarikat operasi sedia ada yang lain dalam Sunway Group.

“Mengandaikan tawaran yang dicadangkan itu diterima sepenuhnya, syarikat berhasrat untuk membentuk sebuah jawatankuasa pemandu integrasi untuk, antara lain mengkaji operasi perniagaan IJM Group dan keperluan pelesenan berhubung perniagaan masing-masing bagi Sunway Group yang diperbesarkan,” katanya.

Sunway berkata ia tidak mempunyai rancangan pada masa ini untuk memperkenalkan atau melaksanakan sebarang perubahan besar dalam struktur IJM Group, atau menjual atau menggunakan semula aset utama IJM Group.

“Bagaimanapun, penggunaan semula aset atau penjualan aset bukan teras mungkin diperlukan sebagai sebahagian daripada rasionalisasi aktiviti perniagaan dan untuk kekal berdaya saing dalam industri, meningkatkan penggunaan sumber dan memperoleh manfaat sinergi,” tambah syarikat itu.
la berkata rancangan terperinci untuk IJM Group hanya akan dimuktamadkan selepas Sunway menjalankan semakan terperinci terhadap kedudukan kewangan dan operasi IJM Group setelah tawaran yang dicadangkan berjaya diselesaikan.

Sunway berkata pihaknya juga tidak mempunyai rancangan pada masa ini untuk memberhentikan atau menjadikan pekerja IJM Group tidak diperlukan secara langsung hasil daripada tawaran yang dicadangkan itu.
— BERNAMA