Top 10 Saham Patuh Syariah Paling Rugi Mac 2018

Indeks FMBKLCI pada bulan Mac ni, kelihatan seperti menurun pada awal bulan. Namun ianya kembali mengukuh sehinggalah ke akhir bulan Mac.

Tanpa sebarang hala tuju yang jelas, dicampur dengan ketegangan ‘perang’ di antara Amerika Syarikat dan China berkaitan tarif; memang ramai yang kecundang.

Sebab itulah kita disarankan untuk mengikut Trading Plan masing-masing dan terus Cut Loss apabila telah jatuh ke paras yang kita telah tetapkan. Tak perlu nak berharap yang ia akan naik semula.

Jom kita tengok senarai Top 10 Saham Patuh Syariah Paling Rugi Untuk Bulan Mac 2018 seperti di bawah.

Sumber: iSaham Screener

Sumber: Bursa Marketplace

2. Lion Industries Corporation

Sumber: Bursa Marketplace

3. Malaysia Steel Works (MASTEEL)

Sumber: Bursa Marketplace

4. Sasbadi Holdings

Sumber: Bursa Marketplace

5. JHM Consolidation

Sumber: Bursa Marketplace

6. M3 Technologies (Asia)

Sumber: Bursa Marketplace

7. Priceworth International (PWORTH)

Sumber: Bursa Marketplace

8. Globetronics Technology (GTRONIC)

Sumber: Bursa Marketplace

9. Mercury Industries

Sumber: Bursa Marketplace

10. United U-LI Corporation

Sumber: Bursa Marketplace

Kebanyakannya Dalam Senarai Rugi 30% Sebulan

Memang tak dapat dibayangkan kalau kita menanggung kerugian 30% sebulan, tapi itulah realitinya apabila kita terlibat dalam pelaburan saham. Orang kata, ‘High Risk High Return’.

Sebab itu diingatkan sekali lagi betapa pentingnya kita perlu amalkan Cut Loss bagi melindungi modal kita. Kalau modal RM10 ribu, tak sanggup rasanya nak rugi RM3 ribu dalam masa sebulan.

Senarai Top 10 Saham Patuh Syariah Paling Rugi Bulan Mac 2018 di atas adalah berdasarkan Screener Worst Performance (Last Month) iSaham. Mereka juga ada screener-screener lain seperti 52 Weeks High Screener, All-Time High Screener, Bollinger Band Breakout, Magic Formula Investing dan banyak lagi.

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Untung Bersih 99 Speed Mart Lonjak 13.4 Peratus Pada Suku Kedua

KUALA LUMPUR: 99 Speed Mart Retail Holdings Bhd (99 Holdings) mencatat keuntungan bersih RM163.95 juta bagi suku kedua berakhir 30 Jun 2026, meningkat 13.4 peratus daripada RM144.63 juta pada suku sama tahun lalu.

Hasil kumpulan meningkat 13.6 peratus tahun ke tahun kepada RM3.08 bilion daripada RM2.71 bilion sebelumnya, menurut syarikat itu dalam makluman kepada Bursa Malaysia hari ini.

“Peningkatan itu didorong terutamanya oleh pengembangan berterusan rangkaian cawangan, dengan pertambahan bersih 257 cawangan baharu tahun ke tahun, menjadikan jumlah keseluruhan kepada 3,151 cawangan setakat 30 Jun 2026 berbanding 2,894 cawangan setahun sebelumnya.

“Jumlah transaksi jualan meningkat 13.6 peratus kepada 146.4 juta, dengan nilai purata setiap bakul RM21,” menurut syarikat itu.

Bagi tempoh enam bulan berakhir 30 Jun 2026, 99 Holdings mencatat keuntungan bersih RM352.5 juta berbanding RM289.53 juta dalam tempoh sama tahun lalu.

Hasil bagi tempoh enam bulan pula meningkat kepada RM6.14 bilion daripada RM5.32 bilion sebelumnya.

Selain itu, platform e-dagang jualan pukal syarikat terus mencatat pertumbuhan kukuh apabila hasil meningkat 80.5 peratus tahun ke tahun kepada RM50.2 juta bagi enam bulan berakhir 30 Jun 2026.

Pengasas merangkap Ketua Pegawai Eksekutif 99 Holdings, Lee Thiam Wah, berkata momentum pertumbuhan positif pada suku berkenaan disokong pengembangan berterusan rangkaian cawangan serta pelaksanaan waktu operasi lebih awal di seluruh negara.

Thiam Wah berkata tumpuan berterusan terhadap kecekapan operasi turut mula memberikan manfaat ketara kepada kumpulan.

Menurutnya, inisiatif penjimatan tenaga dan penggunaan peralatan membantu mengurangkan kos utiliti serta meningkatkan kecekapan kos merentasi operasi kumpulan.

“Dengan rangkaian cawangan kami terus berkembang, kami kekal komited untuk memperkukuh rantaian bekalan bagi menyokong kecekapan operasi,” katanya.

Beliau berkata kumpulan itu juga terus memperluas penawaran produk bagi memenuhi keperluan pelanggan yang berubah susulan sambutan menggalakkan terhadap rangkaian peralatan rumah terpilih.

Rangkaian berkenaan kini diperluas ke semua cawangan di seluruh negara dan turut ditawarkan menerusi platform 99 Bulksales bagi memenuhi keperluan pelanggan korporat serta pembelian secara pukal.