Top 10 Saham Patuh Syariah Paling Rugi Mei 2023

Indeks FBM KLCI secara keseluruhannya jatuh 19.53 mata sepanjang Mei 2023 dan menutup tirai Mei pada paras 1396.68 mata.

Indeks FBMKLCI telah bocor paling tampungan 1,400 mata dan kini amat merisaukan pelabur-pelabur.

Mari kita lihat senarai 10 top saham patuh syariah paling rugi untuk bulan Mei tahun 2023. Senarai saham paling rugi untuk bulan Mei tahun 2023 adalah seperti berikut:

1. Vinvest Capital Holdings Berhad

Vinvest Capital Holdings Berhad merupakan saham patuh syariah paling rugi untuk bulan Mei 2023 dengan mencatatkan kejatuhan sebanyak 70.73% dalam tempoh sebulan dagangan. 

2. MMAG Holdings Berhad

MMAG Holdings Berhad pula merupakan saham kedua paling rugi untuk bulan Mei 2023 dengan kejatuhan harga sebanyak 50.0%. 

3. Techna-X Berhad

Di tempat ketiga pula adalah saham syarikat Techna-X Berhad dengan kejatuhan sebanyak 50.0% dalam tempoh satu bulan dagangan. 

4. Eduspec Holdings Berhad

Eduspec Holdings Berhad berada di tangga keempat untuk saham paling rugi sepanjang bulan Mei 2023 dengan kejatuhan sebanyak 44.44%.

5. PjBumi Bhd

Di tempat kelima pula adalah syarikat Pjbumi Bhd yang mencatatkan kejatuhan sebanyak 41.9% untuk tempoh sebulan pada Mei 2023. 

6. Bahvest Resources Berhad

Seterusnya di tempat keenam adalah saham syarikat Bahvest Resources Berhad dengan kejatuhan sebanyak 38.89% dalam tempoh sebulan dagangan. 

7. Texchem Resources Berhad

Pada tempat ketujuh adalah saham syarikat Texchem Resources Bhd yang mencatatkan kejatuhan harga sebanyak 29.58% dalam tempoh sebulan dagangan pada Mei 2023. 

8. Revenue Group Berhad

Syarikat Revenue Group Berhad pula adalah kaunter saham kelapan paling rugi untuk bulan Mei 2023 dengan penurunan sebanyak 29.58%. 

9. Hong Seng Consolidated Berhad

Hong Seng Consolidated merupakan saham kesembilan paling rugi pada bulan Mei 2023 dengan kejatuhan sebanyak 28.00%.

10. Zelan Bhd

Yang terakhir di tempat kesepuluh adalah saham daripada syarikat Zelan Bhd dengan penurunan sebanyak 14.29% dalam tempoh sebulan dagangan pada bulan Mei 2023.

Mei 2023, Bulan Paling Suram Di Bursa Malaysia

Bursa Malaysia telah jatuh ke paras terendah untuk tahun 2023 apabila paras indeks jatuh dibawah paras 1,400 mata. 

Tetapi sinar kebangkitan pasaran saham di Wall Street telah kelihatan, semoga sinar tersebut menyuluh pasaran saham tempatan kita sekali. 

Ramai sangat give up dalam saham. Kawan-kawan kami pun ramai dah give up.

Tapi kenapa give up?

Sebab kita sibuk mencari rahsia, teknik, indikator dan terlalu cepat nak kaya.

Bila dah rugi, mulalah salahkan cikgu, mentor, sifu yang ajar kita.

Hidup ni tak perlu complicated sangat.

Dan tak perlu pun tengok saham ni setiap masa. Yang penting kita tahu caranya dan aplikasikan dengan betul.

Kami suka kongsikan kaedah Swing ini sebab:

  • Kita tak perlu melekat di screen
  • Kita boleh bekerja seperti biasa
  • Kurang risiko untuk rugi
  • Set siap-siap bila nak jual saham tu
  • Kurang stress

Insya-Allah berbaloi……
Sesi baharu BAKAL dibuka!! Pra-daftar dahulu untuk dapat diskaun Early-Bird dan jadi terawal yang dapat info.

Previous ArticleNext Article

Untung Bersih 99 Speed Mart Lonjak 13.4 Peratus Pada Suku Kedua

KUALA LUMPUR: 99 Speed Mart Retail Holdings Bhd (99 Holdings) mencatat keuntungan bersih RM163.95 juta bagi suku kedua berakhir 30 Jun 2026, meningkat 13.4 peratus daripada RM144.63 juta pada suku sama tahun lalu.

Hasil kumpulan meningkat 13.6 peratus tahun ke tahun kepada RM3.08 bilion daripada RM2.71 bilion sebelumnya, menurut syarikat itu dalam makluman kepada Bursa Malaysia hari ini.

“Peningkatan itu didorong terutamanya oleh pengembangan berterusan rangkaian cawangan, dengan pertambahan bersih 257 cawangan baharu tahun ke tahun, menjadikan jumlah keseluruhan kepada 3,151 cawangan setakat 30 Jun 2026 berbanding 2,894 cawangan setahun sebelumnya.

“Jumlah transaksi jualan meningkat 13.6 peratus kepada 146.4 juta, dengan nilai purata setiap bakul RM21,” menurut syarikat itu.

Bagi tempoh enam bulan berakhir 30 Jun 2026, 99 Holdings mencatat keuntungan bersih RM352.5 juta berbanding RM289.53 juta dalam tempoh sama tahun lalu.

Hasil bagi tempoh enam bulan pula meningkat kepada RM6.14 bilion daripada RM5.32 bilion sebelumnya.

Selain itu, platform e-dagang jualan pukal syarikat terus mencatat pertumbuhan kukuh apabila hasil meningkat 80.5 peratus tahun ke tahun kepada RM50.2 juta bagi enam bulan berakhir 30 Jun 2026.

Pengasas merangkap Ketua Pegawai Eksekutif 99 Holdings, Lee Thiam Wah, berkata momentum pertumbuhan positif pada suku berkenaan disokong pengembangan berterusan rangkaian cawangan serta pelaksanaan waktu operasi lebih awal di seluruh negara.

Thiam Wah berkata tumpuan berterusan terhadap kecekapan operasi turut mula memberikan manfaat ketara kepada kumpulan.

Menurutnya, inisiatif penjimatan tenaga dan penggunaan peralatan membantu mengurangkan kos utiliti serta meningkatkan kecekapan kos merentasi operasi kumpulan.

“Dengan rangkaian cawangan kami terus berkembang, kami kekal komited untuk memperkukuh rantaian bekalan bagi menyokong kecekapan operasi,” katanya.

Beliau berkata kumpulan itu juga terus memperluas penawaran produk bagi memenuhi keperluan pelanggan yang berubah susulan sambutan menggalakkan terhadap rangkaian peralatan rumah terpilih.

Rangkaian berkenaan kini diperluas ke semua cawangan di seluruh negara dan turut ditawarkan menerusi platform 99 Bulksales bagi memenuhi keperluan pelanggan korporat serta pembelian secara pukal.