Top 10 Saham Patuh Syariah Paling Untung Mei 2023

“Indeks FBMKLCI kecundang bawah paras 1,400 mata”

Bulan Mei 2023 kita menyaksikan indeks FBMKLCI jatuh dibawah paras 1,400 mata dan ini sangat merisaukan para pelabur. 

Dibuka pada 1,416.21 mata pada awal Mei 2023 dan menutup tirai bulan Mei 2023 di paras 1,396.68 mata.

Secara keseluruhan, indeks Bursa Malaysia jatuh sekitar 1.38% sepanjang Mei 2023. Tetapi ada juga saham yang boleh buat untung sepanjang Mei 2023. 

Mari kita lihat saham patuh syariah yang paling untung untuk Mei 2023 ini. Antara senarai saham patuh syariah paling untung bulan Mei tahun 2023 adalah seperti berikut:

1. Yong Tai Bhd

Yong Tai Bhd merupakan saham patuh syariah paling untung pada bulan Mei 2023 dengan kenaikan sehingga 70.69% untuk tempoh satu bulan dagangan pada bulan Mei 2023.

2. Bintai Kinden Corporation Bhd

Di tempat kedua pula adalah saham syarikat Bintai Kinden Corporation Bhd dengan kenaikan sebanyak 57.143% dalam tempoh satu bulan dagangan. 

3. Sarawak Consolidated Ind Bhd

Sarawak Consolidated Ind Bhd berada di tangga ketiga untuk saham paling untung sepanjang bulan Mei 2023 dengan kenaikan sebanyak 53.57%.

4. AHB Holdings Bhd

Di tempat keempat pula adalah syarikat AHB Holdings Bhd yang mencatatkan peningkatan sebanyak 52.17% untuk tempoh sebulan pada Mei 2023.

5. Silver Ridge Holdings Bhd

Pada tempat kelima adalah saham syarikat Silver Ridge Holdings Bhd yang mencatatkan kenaikan sebanyak 46.97% dalam tempoh sebulan dagangan pada Mei 2023. 

6. Wellspire Holding Berhad

Wellspire Holding Berhad pula adalah saham keenam paling untung untuk bulan Mei 2023 dengan kenaikan 41.33%. 

7. Airasia X Berhad

Airasia X Berhad merupakan saham ketujuh paling untung pada bulan Mei 2023 dengan kenaikan sebanyak 31.915%.

8. Redtone Digital Berhad

Yang ketiga terakhir di tempat kelapan adalah saham daripada syarikat Redtone Digital Berhad dengan kenaikan sebanyak 26.214% dalam tempoh sebulan dagangan pada bulan Mei 2023.

9. APB Resources Bhd

Yang kedua terakhir paling untung pada bulan Mei 2023 adalah saham syarikat APB Resources Bhd yang mengalami kenaikan harga sebanyak 21.192% dalam tempoh sebulan dagangan. 

10. ACME Holdings Berhad

Di tempat kesepuluh untuk saham paling untung Mei 2023 adalah syarikat ACME Holdings Berhad. Syarikat ini telah membuat kenaikan sebanyak 19.44% dalam tempoh sebulan dagangan. 

Wall Street Dah Bersinar, Bursa Bila Lagi?

Walaupun pasaran saham Amerika Syarikat dalam suasana yang sangat gentir, tetapi kelihatan pasaran saham dan harga-harga saham dilihat mula membuat kebangkitan yang sangat dahsyat. 

Walaupun begitu, pergerakan positif di Wall Street ini seakan tidak memberikan impak kepada pasaran saham tempatan kita. 

Ramai sangat give up dalam saham. Kawan-kawan kami pun ramai dah give up.

Tapi kenapa give up?

Sebab kita sibuk mencari rahsia, teknik, indikator dan terlalu cepat nak kaya.

Bila dah rugi, mulalah salahkan cikgu, mentor, sifu yang ajar kita.

Hidup ni tak perlu complicated sangat.

Dan tak perlu pun tengok saham ni setiap masa. Yang penting kita tahu caranya dan aplikasikan dengan betul.

Kami suka kongsikan kaedah Swing ini sebab:

  • Kita tak perlu melekat di screen
  • Kita boleh bekerja seperti biasa
  • Kurang risiko untuk rugi
  • Set siap-siap bila nak jual saham tu
  • Kurang stress

Insya-Allah berbaloi……
Sesi baharu BAKAL dibuka!! Pra-daftar dahulu untuk dapat diskaun Early-Bird dan jadi terawal yang dapat info.

Previous ArticleNext Article

Pintaras Jaya: Mencatat Keuntungan Untuk Suku Ketujuh

Saranan BELI kekal, dengan harga sasar (TP) baharu mencecah MYR1.92 daripada MYR2.18, potensi kenaikan harga saham 47% dan kadar hasil dividen kira-kira 4% untuk FY27F (Jun)

Perolehan teras berjumlah MYR19.6j (-1.4% YoY) sepanjang 9 bulan pertama pada FY26 (9MFY26) yang dicatatkan oleh Pintaras Jaya gagal mencapai jangkaan kami. Keputusan ini mencapai 67% unjuran sepenuh tahun kami. Penyimpangan negatif ini berlaku akibat paras margin untung kasar (GPM) lebih rendah daripada ramalan. Oleh sebab prospek pembinaan lebih baik di Singapura, penilaian PINT murah pada P/BV FY27F 0.5x (-1SD daripada purata 10 tahunnya 1.1x dan purata lima tahun sebanyak 1x oleh Indeks Pembinaan Bursa Malaysia).

Rumusan keputusan

Bahagian pembinaan meneruskan rentak positif apabila mencatat PBT untuk suku ketujuh berturut-turut pada 3QFY6 walaupun prestasinya 1.7% YoY lebih rendah pada paras MYR6.2j. Walau bagaimanapun, keputusan ini diimbangi oleh pengiktirafan peruntukan untuk kos-kos pembaikan bernilai MYR2.3j pada suku yang sama berbanding dengan penarikan peruntukan kos-kos pembaikan bernilai MYR1.7j pada 3QFY25. Sementara itu, bahagian pembuatan merekodkan PBT 3QFY26 berjumlah MYR1.3j (-52% YoY) ketika jumlah jualan lebih rendah dan kos buruh lebih mahal.

Tawaran kerja baharu YTD-FY26 bernilai sekitar MYR250j (berbanding sasaran tawaran kerja FY26 awal kami berjumlah MYR300j)

Dengan buku pesanan belum bayar semasa MYR264j setakat akhir Mac. Buku pesanan semasa termasuk gabungan projek berkaitan kereta api, kediaman persendirian, dan Badan Perumahan & Pembangunan (HDB) khususnya di Singapura manakala buku tender yang mencecah kira-kira MYR3bn juga lebih cenderung kepada projek di Singapura.

Prospek

Projek Laluan Transit Aliran Massa Cross Island (Fasa 3) dijangka akan memulakan kerja pembinaan pada CY27. Kami juga mendapat tahu bahawa PINT sudahpun memulakan sebahagian kerja awal pembinaan untuk Changi Terminal 5 dan kami tidak menolak kemungkinan untuk PINT meraih pakej-pakej kerja yang lebih besar apabila kemajuan projek meningkat. Jika diimbaskan kembali, PINT pernah terlibat dalam pembinaan Terminal 4 antara CY15 dan CY16.

Oleh sebab keputusan tersasar

Kami rendahkan perolehan FY26F-28F sebanyak 8%, 11% dan 10% setelah menyemak sasaran penambahan kerja FY26 dan FY27 kami kepada MYR250j (daripada MYR300j) dan MYR300j (daripada MYR400j) dan memberikan andaian margin yang lebih konservatif. Kami turut menurunkan P/BV sasar kepada 0.8x (0.9x sebelum ini) untuk BVPS FY27F supaya dapat mencerminkan risiko-risiko harga bahan meninggi yang berlarutan (dengan kesan sebahagiannya diimbangi oleh langkah Kerajaan Singapura untuk berkongsi kenaikan kos (pada 50% tambahan langsung) untuk kerja-kerja sektor awam kritikal. Oleh itu, kami meraih TP baharu sebanyak MYR1.92 termasuk diskaun ESG 4%.

P/BV sasar (melebihi P/BV purata 5 tahun bernilai 0.7x oleh PINT) adalah wajar kerana permintaan pembinaan sektor awam 2027-2030 diramalkan mencecah nilai SGD39-47bn di Singapura. Bagi tujuan penghematan dan keseragaman dengan kontraktor pembinaan cerucuk lain, kami terus berpegang dengan penilaian P/BV kerana kontraktor cerucuk besar yang tersenarai sedang berdepan risiko harga bahan yang tinggi.

Risiko utama

Penambahan kerja lebih perlahan daripada jangkaan dan penangguhan projek.

Asas Penilaian

Kami gunakan P/BV 0.8x untuk FY27F (Jun)

Pemacu Utama

Pelancaran untuk pelbagai projek prasarana besar di Singapura berjalan lebih pantas daripada yang dijangkakan

Risiko Utama

Penambahan kerja lebih perlahan daripada jangkaan dan penangguhan projek

Profil Syarikat

Pintaras Jaya ialah pakar pembinaan cerucuk. Dengan memanfaatkan kemahiran terasnya dalam pembinaan cerucuk, ia juga mengembangkan jenis-jenis perkhidmatan yang ditawarkan kepada segmen-segmen pembinaan am dan kerja kejuruteraan awam. Pintaras Jaya juga memiliki sebuah jabatan pembuatan yang kecil, tetapi menjana keuntungan dengan mengeluarkan kontena keluli industri.

Sekilas Pandang Keputusan

Carta Saranan

Penganalisis
Adam Bin Mohamed Rahim +603 2302 8101 ([email protected])

Penafian :
Laporan penyelidikan ini disediakan oleh pasukan Penyelidikan RHB (RHB Research Team) dari RHB Investment Bank Bhd.