Top 10 Saham Patuh Syariah Paling Rugi November 2024

Kita telah lihat sepuluh saham paling untung November 2024 pada artikel yang juga telah diterbitkan. Kini mari kita lihat pula 10 saham patuh syariah paling rugi November 2024.

Sebelum itu, baca juga: Tutorial Buka Akaun Trading Dengan Webull, Caj RM0 Untuk 180 Hari Pertama!

1. Mpire Global Berhad

Nama yang jarang didengar, Mpire Global Berhad merupakan saham patuh syariah paling rugi bagi bulan November 2024. Saham ini rugi 39.47% dalam tempoh sebulan. 

2. Lotte Chemical Titan Holding Berhad

Lotte Chemical merupakan saham kedua paling rugi November 2024 dengan kejatuhan sebanyak 27.13%. Lotte telah merekodkan kerugian pada setiap suku tahunan sejak tahun 2022 sehingga kini. Maka tidak hairanlah pelabur mula melepaskan pegangan mereka daripada saham ini.

3. Ocean Vantage Holdings Berhad


Ocean Vantage sebuah syarikat yang terlibat dalam industri minyak & gas susut 26.32% pada November 2024. Prestasi kewangan OVH juga kurang memberangsangkan dengan kerugian sejak suku keempat 2023 sehingga kini untuk empat suku berturut-turut.

4. Microlink Solutions Berhad

Saham Microlink pernah berada di atas paras RM1.00 pada penghujung tahun 2022 namun jatuh dengan teruk pada Mac 2024 tahun ini. Terbaharu, harga saham Microlink jatuh sehingga RM0.120 pada 29 November 2024. 

Kejatuhan ini menyebabkan Microlink rugi 22.58%. Antara puncanya adalah prestasi kewangan Microlink sendiri yang agak teruk untuk beberapa suku terkini. Suku kedua 2024 menyaksikan Microlink mengalami kerugian bersih sebanyak RM85 juta.

5. Pos Malaysia Berhad

Pos Malaysia turut tidak terkecuali daripada senarai ini. Pos Malaysia dibuka pada RM0.320 dan ditutup pada RM0.250. Penurunan sebanyak RM0.07 ini menyebabkan harga saham Pos Malaysia turut turun 21.88%.

6. Oppstar Berhad

Oppstar Berhad seolah-olah tidak berjaya menarik minat pelabur semenjak IPO. Oppstar merupakan antara IPO terbaik tahun 2023 kini jatuh menghampiri harga IPOnya.

Harga IPO Oppstar adalah RM0.63. Pada hari terakhir dagangan November 2024, harga Oppstar ditutup pada RM0.670. Saham ini turun sebanyak 20.24% bagi tempoh sebulan lalu.

7. KESM Industries Berhad

KESM Industries Berhad yang berharga di atas RM4 turut berada dalam senarai ini. KESM Industries pada awal bulan November 2024 berharga RM4.260 namun ditutup pada RM3.420 pada penghujung November 2024.

Dalam tempoh sebulan KESM susut RM0.840 atau 19.72%.

8. Berjaya Food Berhad

Meskipun Berjaya Food berjaya bangkit selepas pandemik dengan mencatatkan keuntungan dengan agak konsisten, prestasi kewangan BJFOOD semakin merosot untuk empat suku terakhir. Dalam tempoh sebulan saham ini susut RM0.085 atau 19.32%.

Rangkaian minuman kopi jenama Starbucks yang diboikot antara penyumbang kepada kemerosotan ini.

9. George Kent (Malaysia) Berhad

George Kent dibuka pada RM0.390 pada 1 November 2024 dan ditutup pada RM0.325 pada 29 November 2024. Dalam tempoh sebulan George Kent rugi 16.67%.

10. Mr D.I.Y Group Berhad

Mr. D.I.Y kehilangan RM0.350 daripada harga sahamnya pada bulan November 2024. Pada hari terakhir dagangan November, Mr DIY berharga RM1.810. Jumlah penurunan bersamaan 16.20% untuk tempoh sebulan.

Kesimpulan

Banyak harga saham terkesan dengan laporan kewangan yang dilaporkan. Masih belum terlambat untuk anda review semula portfolio anda dan memilih saham terbaik sahaja untuk berada dalam portfolio anda.

Baca: Tutorial Buka Akaun CDS Online Dengan CGSI (CGS-CIMB), Beli Saham Bursa Malaysia & Global

Ramai sangat give up dalam saham. Kawan-kawan kami pun ramai dah give up.

Tapi kenapa give up?

Sebab kita sibuk mencari rahsia, teknik, indikator dan terlalu cepat nak kaya.

Bila dah rugi, mulalah salahkan cikgu, mentor, sifu yang ajar kita.

Hidup ni tak perlu complicated sangat.

Dan tak perlu pun tengok saham ni setiap masa. Yang penting kita tahu caranya dan aplikasikan dengan betul.

Kami suka kongsikan kaedah Swing ini sebab:

  • Kita tak perlu melekat di screen
  • Kita boleh bekerja seperti biasa
  • Kurang risiko untuk rugi
  • Set siap-siap bila nak jual saham tu
  • Kurang stress

Insya-Allah berbaloi……
Sesi baharu BAKAL dibuka!! Pra-daftar dahulu untuk dapat diskaun Early-Bird dan jadi terawal yang dapat info.

Previous ArticleNext Article

Untung Bersih 99 Speed Mart Lonjak 13.4 Peratus Pada Suku Kedua

KUALA LUMPUR: 99 Speed Mart Retail Holdings Bhd (99 Holdings) mencatat keuntungan bersih RM163.95 juta bagi suku kedua berakhir 30 Jun 2026, meningkat 13.4 peratus daripada RM144.63 juta pada suku sama tahun lalu.

Hasil kumpulan meningkat 13.6 peratus tahun ke tahun kepada RM3.08 bilion daripada RM2.71 bilion sebelumnya, menurut syarikat itu dalam makluman kepada Bursa Malaysia hari ini.

“Peningkatan itu didorong terutamanya oleh pengembangan berterusan rangkaian cawangan, dengan pertambahan bersih 257 cawangan baharu tahun ke tahun, menjadikan jumlah keseluruhan kepada 3,151 cawangan setakat 30 Jun 2026 berbanding 2,894 cawangan setahun sebelumnya.

“Jumlah transaksi jualan meningkat 13.6 peratus kepada 146.4 juta, dengan nilai purata setiap bakul RM21,” menurut syarikat itu.

Bagi tempoh enam bulan berakhir 30 Jun 2026, 99 Holdings mencatat keuntungan bersih RM352.5 juta berbanding RM289.53 juta dalam tempoh sama tahun lalu.

Hasil bagi tempoh enam bulan pula meningkat kepada RM6.14 bilion daripada RM5.32 bilion sebelumnya.

Selain itu, platform e-dagang jualan pukal syarikat terus mencatat pertumbuhan kukuh apabila hasil meningkat 80.5 peratus tahun ke tahun kepada RM50.2 juta bagi enam bulan berakhir 30 Jun 2026.

Pengasas merangkap Ketua Pegawai Eksekutif 99 Holdings, Lee Thiam Wah, berkata momentum pertumbuhan positif pada suku berkenaan disokong pengembangan berterusan rangkaian cawangan serta pelaksanaan waktu operasi lebih awal di seluruh negara.

Thiam Wah berkata tumpuan berterusan terhadap kecekapan operasi turut mula memberikan manfaat ketara kepada kumpulan.

Menurutnya, inisiatif penjimatan tenaga dan penggunaan peralatan membantu mengurangkan kos utiliti serta meningkatkan kecekapan kos merentasi operasi kumpulan.

“Dengan rangkaian cawangan kami terus berkembang, kami kekal komited untuk memperkukuh rantaian bekalan bagi menyokong kecekapan operasi,” katanya.

Beliau berkata kumpulan itu juga terus memperluas penawaran produk bagi memenuhi keperluan pelanggan yang berubah susulan sambutan menggalakkan terhadap rangkaian peralatan rumah terpilih.

Rangkaian berkenaan kini diperluas ke semua cawangan di seluruh negara dan turut ditawarkan menerusi platform 99 Bulksales bagi memenuhi keperluan pelanggan korporat serta pembelian secara pukal.