Top 10 Saham Patuh Syariah Paling Untung November 2024

Tidak banyak yang berubah pada indeks FBM KLCI pada bulan November 2024. Dibuka pada 1,591.06 pada 1 November 2024, KLCI ditutup pada 1,594.29 pada hari terakhir dagangan November.

Jika dilihat pada carta, indeks masih lagi dalam fasa downtrend dan kini bertahan di atas EMA 200.

Pada bulan November 2024, kemenangan Trump dalam pilhan raya Amerika sedikit sebanyak memberikan tempias pada pasaran saham tempatan buat seketika.

Adakah anda berjaya membuat keuntungan pada bulan November?

Sebelum itu, baca juga: Tutorial Buka Akaun CDS Online Dengan CGSI (CGS-CIMB), Beli Saham Bursa Malaysia & Global

Mari kita lihat Top 10 saham patuh syariah paling untung November 2024.

1. Genetec Technology Berhad

Pada bulan November 2024, saham patuh syariah paling untung adalah Genetec Technology Berhad dengan kenaikan 76.47%. Saham ini dibuka pada RM0.680 dan ditutup pada RM1.20. Dalam tempoh sebulan Genetec naik sebanyak RM0.520.

2. Iconic Worldwide Berhad

Di kedudukan kedua adalah Iconic Worldwide Berhad dengan kenaikan sebanyak 53.33%. Di hari terakhir dagangan bulan November 2024, saham ini ditutup pada RM0.115.

3. YNH Property Berhad

YNH Property Berhad pula naik sebanyak RM0.230 atau 50.55% dan ditutup pada RM0.685. YNH merupakan saham yang jatuh teruk di awal tahun ini dengan kejatuhan dari paras RM5 sehingga ke paras sekitar RM0.45. Akhir-akhir ini, YNH mempamerkan sedikit kebangkitan.

4. Kamdar Group Berhad

Kamdar Group Berhad tidak kurang hebatnya di kedudukan keempat. Syarikat tekstil ini naik dari harga RM0.220 kepada RM0.325 dalam tempoh sebulan. Saham ini naik 47.73%. 

5. MMAG Holdings Berhad

MMAG Holdings Berhad juga naik melebihi 40% iaitu sebanyak 45.61%. MMAG membuat breakout 52 week high pada 13 November 2024.

6. Yew Lee Pacific Group Berhad

Yew Lee Pacific dibuka pada RM0.325 pada 1 November 2024 dan ditutup pada RM0.460 di penghujung bulan November. Ia membolehkan Yew Lee naik sebanyak 41.54%.

7. Tanco Holdings Berhad

Tanco Holdings Berhad merupakan antara saham paling menyerlah pada tahun ini. Tahukah anda setakat ini 29 November 2024, Tanco telah naik sebanyak 188% YTD (Year-To-Date)?

Kenaikan pada bulan November turut menyumbang kepada kenaikan tersebut. Pada bulan November, Tanco naik sebanyak 40.50%.

8. Warisan TC Holdings Berhad

Warisan ini bukan parti politik Warisan yang kita kenali. Warisan TC Holdings Berhad terlibat dengan pelbagai produk dan perkhidmatan seperti pelancongan, kereta sewa, peralatan & mesin industry, automotif dan lain-lain.

Dalam tempoh sebulan, Warisan naik sebanyak RM0.450 atau 39.13%. YTD (Year-To-Date), Warisan telah naik sebanyak 60%. 

Baca juga: Tutorial Buka Akaun Trading Dengan Webull, Caj RM0 Untuk 180 Hari Pertama!

9. Go Hub Capital Berhad

Go Hub yang baru sahaja disenaraikan pada Julai tahun ini turut menempah nama dalam senarai Top 10 ini. Harga IPO Go Hub hanyalah RM0.35 sahaja.  Bayangkan sekiranya anda masih menyimpannya sejak IPO, harga Go Hub kini telah berjaya mencecah RM1.36 seunit.

Dalam tempoh sebulan, Go Hub naik sebanyak 36%.

Siapa kata hanya boleh buat untung dengan menjual IPO pada hari pertama didagangkan? Ada juga IPO yang memberi pulangan jauh lebih tinggi sekiranya diperam lebih lama.

10. Protasco Berhad

Melengkapi senarai ini adalah Protasco Berhad. Harganya meningkat dari RM0.230 seunit kepada RM0.310 seunit. Dalam tempoh sebulan, ia naik 34.78%.

Kesimpulan

Daripada kesemua 10 saham di atas, ada saham yang murah dan ada juga saham yang di atas RM1.00. Sudahkah anda bersedia untuk terus membuat keuntungan pada bulan terakhir tahun 2024?

Kami turut berharap agar anda menutup tirai 2024 dengan keuntungan bergaya.

Ramai sangat give up dalam saham. Kawan-kawan kami pun ramai dah give up.

Tapi kenapa give up?

Sebab kita sibuk mencari rahsia, teknik, indikator dan terlalu cepat nak kaya.

Bila dah rugi, mulalah salahkan cikgu, mentor, sifu yang ajar kita.

Hidup ni tak perlu complicated sangat.

Dan tak perlu pun tengok saham ni setiap masa. Yang penting kita tahu caranya dan aplikasikan dengan betul.

Kami suka kongsikan kaedah Swing ini sebab:

  • Kita tak perlu melekat di screen
  • Kita boleh bekerja seperti biasa
  • Kurang risiko untuk rugi
  • Set siap-siap bila nak jual saham tu
  • Kurang stress

Insya-Allah berbaloi……
Sesi baharu BAKAL dibuka!! Pra-daftar dahulu untuk dapat diskaun Early-Bird dan jadi terawal yang dapat info.

Previous ArticleNext Article

Meridian Ditegur Bursa, Didenda RM8,500

KUALA LUMPUR: Bursa Malaysia Securities Bhd mengenakan teguran secara terbuka terhadap Meridian Bhd dan Pengarah Eksekutifnya, Tang Boon Koon, selepas syarikat itu didapati melanggar Keperluan Penyenaraian Pasaran Utama Bursa Malaysia Securities (LR Utama).

Tang turut dikenakan denda keseluruhan RM8,500 berikutan pelanggaran berkenaan.

Bursa Malaysia Securities dalam kenyataan berkata, Meridian melanggar perenggan 9.23(1) LR Utama kerana gagal menerbitkan laporan tahunan termasuk penyata kewangan diaudit dalam tempoh ditetapkan bagi tempoh kewangan 17 bulan berakhir 30 November 2023 dan tempoh kewangan 18 bulan berakhir 31 Mei 2025.

Menurutnya, laporan tahunan bagi tempoh kewangan berakhir 30 November 2023 hanya diterbitkan pada 5 April 2024, iaitu lewat lima hari urus niaga selepas tarikh akhir pada 31 Mac 2024.

Sementara itu, laporan tahunan bagi tempoh kewangan berakhir 31 Mei 2025 diterbitkan pada 8 Oktober 2025, iaitu lewat enam hari urus niaga selepas tarikh akhir pada 30 September 2025.

“Tang, Pengarah Eksekutif Meridian pada masa itu, melanggar perenggan 16.13(b) LR Utama kerana membenarkan Meridian melakukan pelanggaran berkenaan serta dikenakan teguran secara terbuka selain denda keseluruhan berjumlah RM8,500,” katanya.

Bursa Malaysia Securities turut mengarahkan Meridian memastikan Tang dan kakitangan berkaitan menghadiri program latihan pematuhan LR Utama, khususnya berkaitan penyata kewangan.

Selain itu, lembaga pengarah syarikat diminta menyemak semula kecukupan serta kecekapan sumber kewangan dan perakaunan, selain dasar serta prosedur pelaporan kewangan syarikat.

Bursa Malaysia Securities berkata, dapatan pelanggaran dan tindakan terhadap Meridian serta Tang dibuat menurut perenggan 16.19 LR Utama selepas proses sewajarnya selesai dengan mengambil kira semua fakta dan keadaan berkaitan kes berkenaan.

Pertimbangan itu termasuk kepentingan material pelanggaran, kesannya terhadap Meridian serta pemegang saham atau pelabur, selain peranan, tanggungjawab, pengetahuan dan tingkah laku Tang.

Bursa Malaysia Securities memandang serius pelanggaran berkenaan kerana penyerahan penyata kewangan dalam tempoh ditetapkan adalah kewajipan asas bagi syarikat tersenarai.

“Amat penting untuk memastikan pasaran yang teratur dan adil bagi sekuriti yang diniagakan di Bursa Malaysia Securities serta perlu bagi membantu keputusan pelaburan yang termaklum.

“Bursa Malaysia Securities turut mengingatkan Meridian dan lembaga pengarahnya mengenai tanggungjawab masing-masing untuk mengekalkan piawaian tanggungjawab korporat serta akauntabiliti yang sewajarnya kepada pemegang saham dan orang awam yang melabur,” katanya.

Menurut Bursa Malaysia Securities, kelewatan penerbitan laporan tahunan berkenaan berpunca terutamanya daripada kegagalan Meridian menyelenggara serta menyediakan maklumat, dokumen dan rekod perakaunan yang diperlukan kepada juruaudit luar.

Keadaan itu turut menyebabkan juruaudit memberikan pendapat penafian terhadap kedua-dua set penyata kewangan diaudit berkenaan.

Pendapat penafian itu mencetuskan kriteria yang ditetapkan di bawah Nota Amalan 17 (PN17), sekali gus menyebabkan Meridian diklasifikasikan sebagai penerbit berstatus PN17 pada 8 April 2024.