Top 10 Saham Patuh Syariah Paling Untung Mac 2022

Bursa Malaysia pada bulan Mac berada dalam keadaan bercampur-campur dan ianya digambarkan dengan pergerakan indeks secara keseluruhannya dalam keadaan mendatar.. 

Indeks FBMKLCI bermula pada 1 Mac 2022 berada di paras 1,596.44 mata dan menutup tirai bulan Mac dengan kejatuhan sekitar 13.22 mata dan ditutup pada 1583.22 mata setelah membuat kebangkitan daripada kejatuhan terendah pada paras 1546.87 pada 8 Mac 2022.

Dengan sentimen perang antara Rusia dan Ukraine dilihat semakin reda, begitu juga dengan pergerakan pergerakan harga komoditi dunia seperti minyak mentah, emas, minyak kelapa sawit dan lain-lain. 

Mari kita lihat senarai 10 top saham patuh syariah paling untung untuk bulan Mac tahun 2022. Senarai saham paling untung untuk bulan Mac tahun 2022 adalah seperti berikut:-

1. ARTRONIQ BERHAD

Sumber: Bursa Marketplace

Artroniq Berhad merupakan kaunter saham paling untung untuk bulan Mac 2022 dengan kenaikan sehingga 133.33% dalam tempoh satu bulan dagangan bermula 1 Mac sehingga 31 Mac 2022. 

2. TANCO HOLDINGS BHD

Tanco Holding Bhd pula merupakan kaunter patuh syariah kedua paling untung pada bulan Mac 2022 dengan kenaikan sehingga 105.88% untuk tempoh satu bulan dagangan pada bulan Mac 2022. 

3. FSBM HOLDINGS BHD

Di tempat ketiga pula adalah kaunter syarikat FSBM Holding Bhd dengan kenaikan sebanyak 45.0% dalam tempoh satu bulan dagangan. 

4. COMPUTER FORMS (M) BHD

Computer Forms (M) Bhd berada di tangga keempat untuk kaunter paling untung sepanjang bulan Mac 2022 dengan kenaikan sebanyak 43.86%.

5. FIAMMA HOLDINGS BHD

Di tempat kelima pula adalah syarikat Fiamma Holding Bhd yang mencatatkan peningkatan sebanyak 38.21% untuk tempoh sebulan pada Februari 2022. 

6. RUBBEREX CORPORATION (M) BHD

Sumber: Bursa Marketplace

Seterusnya di tempat keenam adalah kaunter saham syarikat Rubberex Corporation (M) Bhd dengan kenaikan sebanyak 37.80% dalam tempoh sebulan dagangan. 

7. SKB SHUTTERS CORPORATION BHD

Pada tempat ketujuh adalah kaunter saham syarikat SKB Shutters Corporation Bhd yang mencatatkan kenaikan sebanyak 36.51% dalam tempoh sebulan dagangan pada Mac 2022. 

8. EDUSPEC HOLDINGS BERHAD

Syarikat Eduspec Holding Berhad pula adalah kaunter saham kelapan paling untung untuk bulan Mac 2022 dengan kenaikan 33.33%. 

9. MILUX CORPORATION BHD

Milux Corporation Bhd merupakan kaunter saham kesembilan paling untung pada bulan Mac 2022 dengan kenaikan sebanyak 25.53%.

10. PARAGON UNION BHD

Yang terakhir di tempat kesepuluh adalah kaunter daripada syarikat Paragon Union Bhd dengan kenaikan sebanyak 21.57% dalam tempoh sebulan dagangan pada bulan Mac 2022. 

Kebanyakan Daripada Saham Bawah RM1.00

Daripada 10 senarai diatas, hanya syarikat Paragon Union Bhd yang didagangkan atas RM1.00 sementara 9 yang lain didagangkan di bawah RM1.00.

Dalam banyak-banyak saham diatas, ada tak yang anda tumpung keuntungan pada bulan Mac lepas? Jika ada, cuba kongsikan kepada kami. 

Semoga ada duit raya di Bursa Malaysia pada bulan April ini. Selamat melabur dan selamat menjalankan ibadah puasa kepada semua pelabur muslim. 

Penafian :
Kandungan ini tidak disemak atau diluluskan oleh Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC). Maklumat yang terkandung di dalam artikel ini adalah untuk tujuan maklumat sahaja dan tidak boleh dianggap sebagai nasihat pelaburan. Semua keputusan pelaburan adalah tanggungjawab individu dan anda harus mendapatkan nasihat daripada penasihat kewangan berlesen sebelum membuat sebarang keputusan pelaburan. Pelaburan dalam saham melibatkan risiko dan keuntungan sendiri. Prestasi masa lalu juga tidak menjamin prestasi masa hadapan.

BUKU INI WAJAR DIMILIKI OLEH MEREKA YANG BERANI BERIMPIAN !

Ramai yang nak gandakan duit simpanan dalam saham tapi fikir berpuluh kali. Jadi buku ini adalah step pertama. Bila baca buku ini, boleh 99% stay ahead dari orang lain! Bonusnya dapat jimat banyak masa.

Kami juga faham yang 2 sebab utama kenapa anak muda masih belum mula melabur saham adalah sebab TAKUT dan BELUM CUKUP DUIT. Yelah, kita melabur sebab nak tenang, bukan nak risau setiap masa.

Sambil kami terlibat dalam pasaran saham, sambil pandaikan orang lain tentang saham.

Terima kasih yang tidak terhingga kepada anda semua yang tak putus-putus menyokong kami dari awal sehingga ke hari ini.

Berita Baik : Kami sedang buat jualan penghabisan stok di Shopee!!

Previous ArticleNext Article

Strategi Pasaran: Ketidaktentuan Dunia Menguntungkan Pasaran Pelaburan Yang Selamat

Nilai di ASEAN

Walaupun ramalan makroekonomi RHB optimis dan tahap kecairan dunia kukuh, faktor geopolitik tidak menentu dan kebimbangan akan gelembung kecerdasan buatan (AI) dan risiko-risiko pasaran kewangan AS menunjukkan pemindahan aset ke pasaran pelaburan selamat seperti Singapura diberikan penekanan lebih besar. Kami masih menyukai ekuiti Singapura kerana pertumbuhan perolehan bertahan, pulangan pemegang saham menarik dan sifat pasarannya yang selamat dan bertahan, namun pelabur harus mengambil pendekatan pemilihan saham lebih teliti, dan bukannya berdasarkan pendedahan indeks semata-mata.

Penilaian menarik sebagai prima facie untuk pasaran Indonesia mungkin memikat, tetapi pelabur mestilah berwaspada akan aspek kawal selia yang sering berubah-ubah, di samping risiko-risiko dasar. Kami terus melihat pasaran Malaysia sebagai sebuah pasaran perdagangan memandangkan ketahanan ekonomi yang baik dilemahkan oleh penilaian-penilaian saham yang premium.

Indonesia

Kami terus memandang baik akan pasaran ekuiti Indonesia meskipun persekitaran makroekonomi dan dasarnya lebih mencabar. Susulan penurunan mendadak pada 1H26, JCI kini diniagakan pada nilai antara paling menarik (-3SD daripada purata P/E lima tahun hadapan). Walaupun keadaan tidak menentu ini
mungkin berlarutan dalam jangka dekat, kami percaya ia menawarkan potensi pemulihan bermakna apabila keyakinan pelabur beransur-ansur naik. Kes asas sasaran JCI kami untuk akhir 2026 sebanyak 7,300 mata dibuat berdasarkan P/E FY26F 12.4x (-1SD daripada purata lima tahun), yang mencerminkan kerangka penilaian yang lebih konservatif dan premium risiko pasaran yang lebih tinggi.

Malaysia

Kami secara asasnya terus memberi pandangan membina dalam prospek ekuiti pasaran tanah air berpandukan andaian-andaian kes asas RHB. Sasaran akhir tahun 2026 kami untuk FBM KLCI terus berada pada paras 1,750 mata (EPS hadapan 15.5x). Melihat kepada faktor-faktor kekangan semasa yang ada bermakna potensi kenaikan mutlak akan terbatas, memandangkan prestasi pasaran terus terikat pada paras lingkungan tertentu. Asas-asas pasaran dan prestasi perolehan korporat akan menjadi faktor penentu utama kepada pertumbuhan pasaran ini.

Tahap kecairan kukuh dapat menawarkan sokongan apabila penurunan berlaku, sekali gus mewajarkan pendekatan pembelian saham semasa harga lemah yang dilindungi oleh sektor-sektor bertahan (tenaga, perladangan, penjagaan kesihatan, pengguna, REIT dan telekomunikasi). Sektor-sektor WAJARAN TINGGI lain termasuklah perbankan, minyak & gas (O&G), hartanah, pembinaan, bahan asas, teknologi dan pengangkutan. Perlu diingatkan bahawa portfolio pelaburan dijangka terus beralih kepada sahamsaham ketinggalan apabila pelabur mengamalkan pendekatan perdagangan taktikal.

Untuk Singapura

Ekuiti memasuki 3Q26 dengan penyertaan jumlah saham yang masih kecil setelah sektor perkhidmatan kewangan mengaut sebahagian besar keuntungan MSCI Singapura secara YTD. Prospek kami masih lagi optimis, namun menggemari strategi pemilihan saham secara teliti berbanding pendedahan indeks yang pasif, didorong oleh kes asas kami yang meramalkan gencatan senjata yang lama di Asia Barat, dasar Rizab Persekutuan AS (US Fed) yang tidak berubah, dan aliran kemasukan modal lebih kukuh pada 2026. Kami menjangkakan tarikan Singapura sebagai pasaran yang selamat akan menyokong kemasukan modal.

Kami juga menjangkakan momentum pertumbuhan perolehan akan berkembang di luar skop sektor perbankan, manakala REIT mendapat manfaat daripada kadar faedah lebih rendah. Tema-tema pelaburan terbaik kami ialah pulangan modal oleh pemain perkhidmatan kewangan, penerima manfaat AI, perlindungan daripada inflasi dan El Niño, tarikan Singapura sebagai pasaran selamat, dan REIT perindustrian dan pejabat terpilih, dengan memberikan keutamaan pada syarikat yang mempunyai perolehan bertahan, kuasa penetapan harga dan pulangan pemegang saham yang menarik.

Penganalisis
Alexander Chia +603 2302 8119 ([email protected])

Penafian :
Laporan penyelidikan ini disediakan oleh pasukan Penyelidikan RHB (RHB Research Team) dari RHB Investment Bank Bhd.