Top 10 Saham Patuh Syariah Paling Untung September 2019

September merupakan bulan yang ‘lemau’ bagi pasaran saham Malaysia. Tengok saja angka-angka berkenaan FBM KLCI seperti berikut:

Sumber: Trading View

Indeks FBM KLCI 3 September 2019: 1,591.52 Mata

Indeks FBM KLCI 6 September 2019 Paras Tertinggi Bulan September: 1,604.47 Mata

Indeks FBM KLCI 30 September 2019 Paras Terendah Bulan September: 1,583.91 Mata

Indeks FBM KLCI 30 September 2019: 1,583.91 Mata

Penurunan Sebulan: -7.61 Mata atau -0.48%

Walaupun Bursa Malaysia seakan ingin bangkit daripada kejatuhan yang besar, namun ianya jatuh semula di penghujung bulan. Di antara penyebab utama adalah penjualan saham oleh jerung-jerung antarabangsa. Hampir setiap hari dana asing dijual, berikutan sentimen yang tak berapa cantik buat Malaysia.

Walaupun pasaran nampak suram, tetapi siapa kata tiada peluang untuk buat duit?

Lihat saja senarai Top 10 Saham Patuh Syariah Paling Untung September 2019 berikut:

Sumber: Screener iSaham

1.PRG Holdings

Sumber: Bursa Marketplace

2. Scomi Energy Services (SCOMIES)

Sumber: Bursa Marketplace

3. Prolexus Berhad

Sumber: Bursa Marketplace

4. Sealink International

Sumber: Bursa Marketplace

5. Sern Kou Resources

Sumber: Bursa Marketplace

6. SCGM Berhad

Sumber: Bursa Marketplace

7. MESB Berhad

Sumber: Bursa Marketplace

8. Petra Energy

Sumber: Bursa Marketplace

9. Xin Hwa Holdings

Sumber: Bursa Marketplace

10. Solid Automotive

Sumber: Bursa Marketplace

7 Dalam Senarai Adalah Penny Stock

Ada 3 saham di atas RM1 dan selebihnya adalah penny stock. Kita perlu lebih berhati-hati apabila ingin berdagang saham penny stock ni, kerana cepat naik cepat juga turunnya. Trading Plan kena ada, Cut Loss bila perlu dan See Money Take Money.

Senarai di atas adalah berdasarkan Screener Best Performance (Last Month) iSaham. Mereka juga ada screener-screener lain seperti All-Time High Screener, Bollinger Band Breakout, MA7 Cross MA26, Near Support Screener, Smart Money Screener, Value Investing Screener dan banyak lagi.

Tak Tahu Nak Beli Saham Apa? Memperkenalkan SpeedSaham

Masalah juga bila ada banyak saham di Bursa Malaysia, mesti tak tahu nak beli saham apa ni kan? Kalau boleh, kita nak cari yang boleh beri pulangan yang baik, betul tak? Maka sekarang dah ada SpeedSaham untuk membantu kita semua.

SpeedSaham adalah screener saham berasaskan web yang menggunakan algorithm untuk bantu tunjukkan saham-saham berpotensi bagi Short-Term, Mid-Term dan Long-Term.

This image has an empty alt attribute; its file name is Onpay-Prev-Banner-Home-700x350.jpg

Saham Short Term?

Sesuai untuk pedagang yang nak buat duit dalam masa sejam, 2 jam, 3 jam atau sehari dua.

Saham Mid Term?

Sesuai untuk pedagang yang nak buat duit dalam masa seminggu dua.

Saham Long Term?

Sesuai untuk pelabur simpan dan peram, buat duit dalam masa berbulan-bulan atau bertahun-tahun.

Nak tahu lebih lanjut tentang bagaimana SpeedSaham boleh membantu kita, tak kisah kita seorang pelabur atau pedagang; klik untuk melanggan atau tempah tempat duduk anda di sesi previu SpeedSaham.

Jumpa anda di sana!

*Penafian: Sebarang tindakan atau keputusan untuk berdagang/melabur berdasarkan saham-saham yang berpotensi ini adalah keputusan anda. Kami tidak bertanggungjawab ke atas keuntungan atau kerugian anda apabila berdagang/melabur.

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Meridian Ditegur Bursa, Didenda RM8,500

KUALA LUMPUR: Bursa Malaysia Securities Bhd mengenakan teguran secara terbuka terhadap Meridian Bhd dan Pengarah Eksekutifnya, Tang Boon Koon, selepas syarikat itu didapati melanggar Keperluan Penyenaraian Pasaran Utama Bursa Malaysia Securities (LR Utama).

Tang turut dikenakan denda keseluruhan RM8,500 berikutan pelanggaran berkenaan.

Bursa Malaysia Securities dalam kenyataan berkata, Meridian melanggar perenggan 9.23(1) LR Utama kerana gagal menerbitkan laporan tahunan termasuk penyata kewangan diaudit dalam tempoh ditetapkan bagi tempoh kewangan 17 bulan berakhir 30 November 2023 dan tempoh kewangan 18 bulan berakhir 31 Mei 2025.

Menurutnya, laporan tahunan bagi tempoh kewangan berakhir 30 November 2023 hanya diterbitkan pada 5 April 2024, iaitu lewat lima hari urus niaga selepas tarikh akhir pada 31 Mac 2024.

Sementara itu, laporan tahunan bagi tempoh kewangan berakhir 31 Mei 2025 diterbitkan pada 8 Oktober 2025, iaitu lewat enam hari urus niaga selepas tarikh akhir pada 30 September 2025.

“Tang, Pengarah Eksekutif Meridian pada masa itu, melanggar perenggan 16.13(b) LR Utama kerana membenarkan Meridian melakukan pelanggaran berkenaan serta dikenakan teguran secara terbuka selain denda keseluruhan berjumlah RM8,500,” katanya.

Bursa Malaysia Securities turut mengarahkan Meridian memastikan Tang dan kakitangan berkaitan menghadiri program latihan pematuhan LR Utama, khususnya berkaitan penyata kewangan.

Selain itu, lembaga pengarah syarikat diminta menyemak semula kecukupan serta kecekapan sumber kewangan dan perakaunan, selain dasar serta prosedur pelaporan kewangan syarikat.

Bursa Malaysia Securities berkata, dapatan pelanggaran dan tindakan terhadap Meridian serta Tang dibuat menurut perenggan 16.19 LR Utama selepas proses sewajarnya selesai dengan mengambil kira semua fakta dan keadaan berkaitan kes berkenaan.

Pertimbangan itu termasuk kepentingan material pelanggaran, kesannya terhadap Meridian serta pemegang saham atau pelabur, selain peranan, tanggungjawab, pengetahuan dan tingkah laku Tang.

Bursa Malaysia Securities memandang serius pelanggaran berkenaan kerana penyerahan penyata kewangan dalam tempoh ditetapkan adalah kewajipan asas bagi syarikat tersenarai.

“Amat penting untuk memastikan pasaran yang teratur dan adil bagi sekuriti yang diniagakan di Bursa Malaysia Securities serta perlu bagi membantu keputusan pelaburan yang termaklum.

“Bursa Malaysia Securities turut mengingatkan Meridian dan lembaga pengarahnya mengenai tanggungjawab masing-masing untuk mengekalkan piawaian tanggungjawab korporat serta akauntabiliti yang sewajarnya kepada pemegang saham dan orang awam yang melabur,” katanya.

Menurut Bursa Malaysia Securities, kelewatan penerbitan laporan tahunan berkenaan berpunca terutamanya daripada kegagalan Meridian menyelenggara serta menyediakan maklumat, dokumen dan rekod perakaunan yang diperlukan kepada juruaudit luar.

Keadaan itu turut menyebabkan juruaudit memberikan pendapat penafian terhadap kedua-dua set penyata kewangan diaudit berkenaan.

Pendapat penafian itu mencetuskan kriteria yang ditetapkan di bawah Nota Amalan 17 (PN17), sekali gus menyebabkan Meridian diklasifikasikan sebagai penerbit berstatus PN17 pada 8 April 2024.