Top 30 Saham Pegangan KWSP

Selain ASB, setiap tahun ramai pekerja yang mencarum KWSP turut ternanti-nantikan pengumuman jumlah dan peratusan dividen yang bakal diagihkan. Pulangan daripada pelaburan juga dilihat agak baik untuk 10 tahun terkini. Bermula tahun 2017, kadar dividen yang diagihkan dipecahkan kepada shariah dan konvensional.

Sumber: KWSP

Berdasarkan maklumat daripada laman web KWSP, bahagian pelaburan mengurus dana pelaburan KWSP berdasarkan dua objektif utama pelaburan jangka panjang iaitu untuk melindung nilai simpanan ahli; dan untuk memastikan pulangan yang stabil dan konsisten untuk jangka panjang berdasarkan had toleransi risiko.

Dalam pasaran saham, pelabur menggelar KWSP sebagai jerung kerana memiliki dana pelaburan yang besar sehingga bernilai berbilion ringgit. Mempunyai aset di bawah pengurusan (AUM) yang sangat besar maka tidak mustahil pendapatan mereka juga mencecah berbilion ringgit.

Sumber: KWSP

Oleh itu, sebagai seorang pelabur yang mencarum kWSP, kita mesti nak tahu di mana KWSP melaburkan duit yang dicarumkan para pekerja?

Berdasarkan laman web KWSP, berikut merupakan Top 30 Pegangan Ekuiti berdasarkan peratusan saham diterbitkan syarikat dan data ini adalah setakat 30 Disember 2022.

Ulasan 30 saham terbesar pegangan KWSP berdasarkan peratusan saham terbitan

Mari lihat beberapa info menarik berkaitan pegangan KWSP.

  • Daripada 30 saham terbesar pegangan KWSP, 20 daripadanya adalah patuh syariah. Paling jelas tidak patuh syariah adalah pegangan saham dalam bank konvensional seperti RHB Bank, Public Bank, Malayan Banking (Maybank) dan CIMB Group.
  • 12 daripada 30 saham tersebut pula adalah komponen indeks FBM KLCI
  • Saham dari sektor kewangan merupakan saham paling banyak dalam senarai Top 30 tersebut dengan 7 saham 
  • Saham kedua terbanyak adalah dari sektor REITs dan Servis & Produk Pengguna masing-masing dengan 4 saham dari sektor tersebut
  • Berdasarkan senarai 30 saham tersebut, kita dapat kenal pasti bahawa KWSP melaburkan dana pelaburan di saham-saham blue chip sahaja.

Adakah anda ingin membentuk portfolio anda seperti KWSP? Mungkin anda sebagai pelabur runcit juga boleh mengkaji saham dan sektor mana jerung seperti KWSP melaburkan dana pelaburan mereka.

Untuk pengetahuan anda, KWSP bukan sahaja melabur di pasaran ekuiti tetapi juga instrumen lain seperti instrumen pendapatan tetap (fixed income), hartanah dan infrastruktur serta instrumen pasaran wang. 

Oleh itu, bagaimanakah prestasi KWSP setakat ini?

Sumber: KWSP

Baru-baru ini kita juga telah menerbitkan satu artikel bertajuk “Siapa pemegang saham terbesar Maybank”. Sekiranya anda berminat untuk membaca, sila kilk link di bawah.

Baca: Siapa Pemegang Saham Terbesar Maybank?

BUKU INI WAJAR DIMILIKI OLEH MEREKA YANG BERANI BERIMPIAN !

Ramai yang nak gandakan duit simpanan dalam saham tapi fikir berpuluh kali. Jadi buku ini adalah step pertama. Bila baca buku ini, boleh 99% stay ahead dari orang lain! Bonusnya dapat jimat banyak masa.

Kami juga faham yang 2 sebab utama kenapa anak muda masih belum mula melabur saham adalah sebab TAKUT dan BELUM CUKUP DUIT. Yelah, kita melabur sebab nak tenang, bukan nak risau setiap masa.

Sambil kami terlibat dalam pasaran saham, sambil pandaikan orang lain tentang saham.

Terima kasih yang tidak terhingga kepada anda semua yang tak putus-putus menyokong kami dari awal sehingga ke hari ini.

Berita Baik : Kami sedang buat jualan penghabisan stok di Shopee!!

Previous ArticleNext Article

Kerjaya Prospek: Terus Memperoleh Pelanggan Baharu

Saranan BELI dan harga sasar (TP) sebanyak MYR3.19, potensi kenaikan harga saham 41% dan kadar hasil dividen kira-kira 6% untuk FY27F

Semalam, Kerjaya Prospek berjaya meraih kontrak bernilai MYR529j daripada BRDB Developments (BRDB). Kontrak ini berkait dengan sebuah pembangunan bernama Eden Taman Duta yang merangkumi lapan buah blok bangunan kediaman berkonsepkan villa yang menempatkan 146 unit di Jalan Gallagher, Bukit Tunku, Kuala Lumpur. Kerja-kerja pembinaan dijadualkan bermula pada 15 Jun dan akan disiapkan dalam tempoh 33 bulan dari tarikh bermulanya pembinaan.

Kontrak ini merupakan tawaran kerja ketujuh KPG untuk FY26

Yang pertama daripada BRDB. Malahan, terdapat dua kontrak lebih awal pada FY26 yang diterima daripada pelanggan-pelanggan baharu; terutamanya Sena Letrik dan IJM Land. Oleh demikian itu, KPG berupaya mendapatkan tiga pelanggan baharu pada FY26 dan hal ini memberikan petanda bahawa rangkaian pelanggan kumpulan ini dapat diperluas.

Kami ramalkan paras margin bersih projek ini akan berlingkungan antara 8-10%. Berdasarkan anggaran kami, baki buku pesanan berjumlah MYR4.5bn (termasuk tawaran terbaharu) oleh KPG mempunyai 70-80% kerja yang datang daripada pihakpihak berkaitan seperti Kerjaya Prospek Property (KPPROP MK, TIADA SARANAN) dan Eastern & Oriental (EAST MK, BELI, TP: MYR1.05).

Mengambil kira tawaran kontrak terbaharu ini, KPG sudah memperoleh projekprojek baharu bernilai kira-kira MYR1.6bn

Sejak awal tahun ini hingga sekarang (YTD) berbanding dengan sasaran FY26F-nya berjumlah MYR2bn dan andaian penambahan kerja bernilai MYR2.3bn kami untuk tahun kewangan yang sama. Pada pandangan kami, projek-projek yang bakal diperoleh untuk tempoh FY26 yang berbaki termasuklah:

i) AVÉA yang dilancarkan baru-baru ini oleh EAST, yang mungkin mencatat nilai pembinaan sekitar MYR400j (GDV: MYR1bn)

ii) Mezon@Park Enclave oleh Aspen Group di Batu Kawan (yang mungkin bernilai MYR200-400j, berdasarkan kontrak-kontrak sebelum ini)

iii) projek dengan GDV berjumlah MYR720j oleh KPPROP (nilai pembinaan: kira-kira MYR288j) di Batu Kawan.

Pendorong tambahan ialah sekiranya KPG berjaya mendapatkan kerja-kerja baharu daripada segmen perindustrian

Kontrak kerja terakhir yang diperoleh dalam kategori ini adalahpada bulan Sep 2023, iaitu daripada Texas Instruments.

Jangkaan perolehan

Kami tidak membuat sebarang pindaan pada perolehan FY26F memandangkan kerja terbaharu menepati sasaran penambahan kerja berjumlah MYR2.3bn kami untuk FY26F. Sehubungan dengan itu, TP MYR3.19 kami yang diraih melalui kaedah SOP dikekalkan. Premium ESG 2% turut dimasukkan dalam pengiraan TP kami berikutan markah ESG sebanyak 3.1.

Faktor pemangkin besar untuk KPG

Seandainya kumpulan ini mengambil bahagian dalam mana-mana projek prasarana utama seperti Transit Aliran Ringan Pulau Pinang (LRT Pulau Pinang). Menurut majalah The Edge, KPG menerusi sebuah konsortium dengan SinoHydro Corp dan Power China Group berhasrat memperoleh pakej kedua LRT Pulau Pinang (dengan anggaran nilai MYR4bn).

Risiko negatif

Kemerosotan pasaran hartanah dan tekanan kos berlarutan.

Asas Penilaian

Kami menilai Kerjaya Prospek menerusi kaedah SOP, iaitu diperoleh daripada gabungan kaedah penilaian P/E, dan RNAV.

Faktor Pemacu Utama

Perolehan Kerjaya Prospek diperkukuh oleh pesanan kerja pembinaan, jualan hartanah dan pembuatan lekapan & kelengkapan dalaman.

Risiko Utama

i. Kemerosotan pasaran hartanah
ii. Tekanan kos berpanjangan.

Profil Syarikat

Kerjaya Prospek memperoleh penyenaraiannya melalui pengambilalihan terbalik ke atas Fututech. Syarikat ini terlibat dalam pembinaan, pembangunan hartanah, dan pembuatan

Carta Saranan

Penganalisis
Adam Bin Mohamed Rahim +603 2302 8101 ([email protected])

Penafian :
Laporan penyelidikan ini disediakan oleh pasukan Penyelidikan RHB (RHB Research Team) dari RHB Investment Bank Bhd.