Kelebihan Melabur Dalam Saham ‘Blue Chip’

Biasa kita dengar istilah blue chip ni, tapi tahukah kita apakah yang dimaksudkan dengan blue chip?

Saham blue chip adalah syarikat besar dengan reputasi yang sangat baik. Biasanya syarikat ini adalah sangat mantap daripada segi kewangan dan telah beroperasi selama bertahun-tahun lamanya.

Selain daripada itu, syarikat juga sering memberi dividen kepada para pelabur mereka. Biasanya yang suka beri dividen adalah syarikat yang membuat keuntungan, semakin tinggi untung maka semakin tinggi dividen yang diberikan.

Disebabkan inilah, saham blue adalah di antara yang paling popular di kalangan pelabur. Nak tahu saham blue chip di Malaysia ni senang, cuba tengok Apa Itu FBM KLCI? Hari-Hari Keluar Suratkhabar Dan TV.

Di antara contoh saham blue chip di Malaysia termasuklah Maybank, CIMB, Tenaga Nasional Berhad (TNB), Petronal Chemical, Sime Plantation, IOI, Nestle, Maxis, Axiata, Genting dan banyak lagi. Samada kita sedar atau tidak, kita pernah membeli barangan mereka atau pernah menggunakan perkhidmatan yang mereka tawarkan.

Asal-Usul Blue Chip?

Dalam pelaburan saham, istilah ini dipercayai berasal daripada permainan poker, di mana cip berwarna biru (blue chip) adalah cip yang paling mahal. Kalau dilihat daripada harga saham itu sendiri, memang tidak dinafikan harga saham-saham blue chip adalah mahal berbanding saham-saham lain.

Seperti yang dimaklumkan sebentar tadi, syarikat-syarikat blue chip ini mempunyai reputasi yang tinggi, merupakan leader dalam industri, mempunyai pendapatan dan keuntungan yang tinggi; maka harga saham pun tinggi juga.

Kestabilan Saham Blue Chip

Kebanyakan pelabur yang membeli saham-saham blue chip adalah mereka yang dikenali sebagai jerung. Harga saham ‘mahal’, maka mereka yang bermodal besar pun suka kerana kurang berlakunya manipulasi harga.

Kalau prestasi syarikat meningkat, harga saham pun akan meningkat sama. Bukan seperti saham-saham ‘murah’ yang senang untuk dimanipulasi, angin tiada ribut tiada – harga saham boleh naik mencanak.

Semasa berlakunya kegawatan ekonomi, para pelabur beralih kepada syarikat blue chip ini kerana harga sahamnya yang stabil. Maklumlah, syarikat besar kurang terkesan dengan ketidaktentuan ekonomi berbanding syarikat kecil.

Blue Chip, Pelaburan Jangka Masa Panjang

Tahu kan keuntungan dalam saham ini datang daripada kenaikan harga saham dan juga dividen yang diberikan?

Bagi blue chip, mungkin keuntungan hasil daripada kenaikan harga saham tidak begitu mengghairahkan; namun hasil daripada dividen adalah konsisten. Ekonomi teruk pun, mereka masih boleh survive.

Bila ekonomi naik, dividen pun pastinya naik. Dan harga saham blue chip pastinya akan cepat pulih apabila keadaan kembali seperti sediakala.

Sumber Rujukan:

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Perdagangan Edaran Malaysia Dijangka Cecah 6.1 Peratus Tahun Ini — Kenanga IB

KUALA LUMPUR, 12 Jun (Bernama) — Pertumbuhan perdagangan edaran Malaysia diunjur pada 6.1 peratus dalam 2026 berbanding 5.6 peratus pada 2025 susulan prestasi lebih kukuh tahun ini yang mengatasi jangkaan awal.

Prestasi itu dipacu oleh usaha seperti pengumpulan stok borong, peningkatan harga berkaitan petroleum serta pemulihan dalam jualan kenderaan motor, menurut Kenanga Investment Bank Bhd (Kenanga IB).

Bank pelaburan itu menyatakan pertumbuhan perdagangan edaran turut meningkat kepada 9.4 peratus daripada 7.5 peratus bagi tempoh Januari-Mac.

“Ini merujuk kepada permintaan awal di tengah-tengah kebimbangan terhadap peningkatan tekanan kos serta ketidaktentuan bekalan.

“Bagaimanapun, prestasi sektor runcit yang lebih sederhana mungkin menandakan momentum asas perbelanjaan pengguna yang mulai kembali normal selepas disokong oleh peningkatan perbelanjaan sempena musim perayaan sebelum ini,” menurutnya dalam nota penyelidikan hari ini.

Bank pelaburan itu memaklumkan lonjakan harga tenaga, ketegangan geopolitik yang ketara serta gangguan rantaian bekalan yang berlanjutan, berpotensi memberi tekanan ke atas aktiviti penggunaan serta perniagaan dalam separuh kedua 2026.

“Pengukuhan pada masa ini berkemungkinan bersifat sementara dan mungkin tidak lagi mampan dalam bulan-bulan akan datang” katanya.

Selain itu, Kenanga IB mengekalkan unjuran pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Malaysia pada kadar 4.5 peratus bagi 2026 berbanding pertumbuhan 5.2 peratus pada 2025, sekali gus mencerminkan prospek ekonomi yang berhati-hati namun masih kekal optimis.

Petunjuk bulanan termasuk prestasi perdagangan pengedaran lebih kukuh serta pertumbuhan pengeluaran perindustrian pada April yang mengatasi jangkaan menunjukkan aktiviti ekonomi domestik kekal berdaya tahan pada suku kedua 2026.

“Pemulihan dalam aktiviti motor dan jualan borong hanya menunjukkan sokongan peningkatan kepada pertumbuhan jangka masa terdekat, terutama dalam sektor berkaitan perkhidmatan.

“Sehubungan itu, kami mengekalkan unjuran bahawa momentum pertumbuhan akan mengukuh dalam suku kedua sebelum menyederhana dalam separuh kedua jika ketegangan geopolitik terus wujud dan menjejaskan rantaian bekalan.”

— BERNAMA