Siapa Pemegang Saham Terbesar Maybank?

Maybank merupakan salah satu syarikat yang tersenarai di FBM KLCI. Awal tahun ini, Maybank merekodkan peningkatan 10.7% keuntungan bersih kepada RM2.27 bilion pada suku pertama berakhir 31 Mac 2023.

Maybank juga adalah bank keempat terbesar di Asia Tenggara dari segi aset.

Siapa pula agaknya pemegang saham Maybank? Setakat 30 Jun 2023, Amanah Saham Bumiputera (ASB) merupakan pemegang saham terbesar Maybank, dengan jumlah pegangan saham sebanyak 31.67%. Bersamaan jumlah pegangan sebanyak 3.82 bilion unit saham.

Tempat kedua pula diduduki oleh KWSP dengan pegangan saham sebanyak 1.456 bilion unit saham atau mewakili sebanyak 12.08%.

Permodalan Nasional Berhad (PNB) pula menduduki tempat ketiga dengan pegangan sebanyak 831 juta saham. Mewakili jumlah peratus pegangan sebanyak 6.89%.

Majoriti tempat dalam senarai 10 teratas diisi oleh unit amanah ASNB; ASM 2, ASM, ASM 3, dan ASB 2.

Jom kita tengok 10 pemilik saham terbesar Maybank seperti berikut:

Kita juga boleh menjadi pemegang saham Maybank. Harga saham Maybank pada hari ini adalah RM9 sesaham. Tapi kena ingat, saham Maybank ini tidak patuh syariah. Banyak lagi saham-saham patuh syariah yang boleh kita pilih di Bursa Malaysia. Artikel ini bertujuan pendidikan sahaja.

Sumber: Maybank

Previous ArticleNext Article

FCPO: Penurunan Harga Kian Menguat

  • Kekalkan pegangan jualan

FCPO mengalami penurunan mendadak pada hari Jumaat apabila menyusut MYR76 untuk ditutup pada harga MYR4,475. Komoditi ini membuka sesi dagangan pada paras MYR4,560. Ia mencecah paras tertinggi intrahari pada MYR4,577 sebelum kegiatan jualan yang besar mengheretnya ke arah paras terendah sesi tersebut pada MYR4,455. Ia kemudiannya menutup dagangan berhampiran paras terendah sesi hari itu dengan corak lilin menurun yang kuat, sekali gus mengesahkan tekanan jualan mendominasi pasaran.

Pergerakan ini menyaksikan FCPO menurun ke arah paras sokongan terdekat bernilai MYR4,390. RSI berada dalam zon menurun, lalu memberikan isyarat bahawa momentum menurun adalah kukuh dan mungkin akan berlarutan. Komoditi ini sekarang diramalkan untuk menguji paras sokongan seterusnya pada MYR4,390. Kami bertindak mengekalkan bias dagangan negatif kerana sentimen menurun jelas menguasai pasaran.

Para pedagang disarankan untuk mengekalkan pegangan jualan yang dimulakan pada penutupan 12 Mei, iaitu MYR4,481. Untuk mengurangkan risiko-risiko dagangan yang ada, paras ambang henti rugi masih dikekalkan pada MYR4,700.

Paras sokongan pertama berada pada MYR4,390 yang diikuti oleh paras MYR4,300. Paras rintangan pertama sebaliknya ialah MYR4,700 dan diikuti oleh paras rintangan lebih tinggi sebanyak MYR4,600.